Membesarkan anak lelaki atau anak perempuan masing-masing ada cabaran yang tersendiri. Walaupun kadang-kadang cabaran itu memenatkan, tapi saya anggap ia berbaloi buat memori. Lagipun, bukan semua cabaran memenatkan. Ada juga cabaran yang penuh dengan kisah lucu disebaliknya.
Saya ketawa riang mendengar cerita ibu mertua tentang pengalamannya mengurus suami saya dan 3 lagi abangnya ketika mereka kecil. Dikelilingi oleh semua anak lelaki mampu menduga kesabaran dengan pelbagai keletah aneh.
Cuba bayangkan, ketika anda sedang leka termenung di kerusi sambil baca buku resepi, tiba-tiba anda diserang dari belakang. Bau kain buruk yang busuk menusuk hidung. Itu bau kain buruk dengan kimia, kan???!!!
Ibu kepada semua anak lelaki pasti faham kekacauan yang boleh terjadi di rumah. Mari baca apa yang Familyshare telah kongsi tentang 14 perkara lucu hanya ibu kepada anak lelaki yang akan faham!
14 Perkara Lucu Ketika Membesarkan Anak Lelaki
1. Bilik mandi bau air kencing
Tak kisahlah sama ada bilik mandi itu baru dibersihkan semalam atau hari ini. Pasti akan berbau air kencing! Sebab… air kencing akan terkena penutup tandas, bahagian luar mangkuk tandas, lantai atau dinding! Pasti.
2. Kencing di mana-mana
Atau lebih kacau, mereka tak perlu bilik mandi pun untuk kencing. Mereka boleh kencing di mana-mana!
3. Hidup Star Wars!
Kalau anda tidak biasa dengan filem arahan George Lucas ini, pasti kini anda tahu tentang Darth Vader atau Darth Maul dari anak anda. Filem ini seperti satu filem wajib bagi lelaki, dan anda terkena tempiasnya.
4. Poket serbaguna
Macam-macam benda boleh ada dalam poket mereka. Kadang-kadang, ada serangga, reptilia atau binatang kecil. Seronok cuci baju sambil jumpa semua benda aneh mereka simpan.
5. Alat sulit ada “nama”
Ya, ada nama pelik. Anak rakan baik saya menjerit “Mak, tengok Superman saya tengah menangis!” sambil kencing di sofa.
6. Semua benda boleh jadi senapang/senjata
Anda mungkin tidak akan membeli barang permainan seperti senapang atau senjata. Tapi, mereka penuh imaginasi! Jadi, semua benda boleh jadi senjata. Saya pernah lihat anak saya guna pensil dan kapur untuk jadi senjata dalam permainan perang.
7. Lasak… dan sangat lasak!
Ya, semua tentang lelaki melibatkan fizikal. Sebab itu mereka akan panjat kerusi, lompat atas badan adik-beradik atau bertumbuk tanpa sebab. Kadang, pelukan dengan abang sendiri pun boleh tiba-tiba jadi adegan WWE pula.
8. Biasa dengan kentut
Kentut seperti gelak. Mereka akan kentut di mana-mana saja, pada bila-bila masa. Kalau lebih ramai adik-beradik, lebih meriah jadinya! Kentut boleh jadi satu pertandingan!
9. Baju? Apa itu?
Pernah sekali, anak saya tak pakai baju ketika kami ingin keluar ke pasaraya. Nasib saya sempat tengok!
10. Sakit pijak LEGO!
Lego DI MANA-MANA! Lego atas karpet, dalam mulut bayi, dalam vakum, atau paling teruk… bawah kaki anda ketika anda terbangun di tengah malam!
11. Semua benda runtuh/rosak
Tak perlu buat penghadang untuk apa-apa. Mereka akan robohkannya.
12. Pelukan ikhlas
Pelukan dari anak lelaki lebih ikhlas, tanpa sebarang agenda. Mereka akan peluk anda tanpa memikirkan apa-apa.
13. Jadi ibu yang istimewa
Seronoknya jadi queen bee dalam satu koloni. Anak lelaki sanggup buat apa saja demi ibu mereka. Anak perempuan akan cenderung ingin jadi “seperti” ibu mereka, tetapi anak lelaki hanya ingin melindungi ibunya.
14. Marvel atau DC. Pilih siap-siap.
Anak lelaki anda akan ada pilihannya yang sendiri. Tapi, anda kena buat pilihan siap-siap juga, kerana mereka akan menyoal pilihan anda!
Walaupun anak lelaki memiliki pelbagai gelagat dan keletah aneh yang kadang-kadang membawa kekacauan pada minda semua ibu, tapi saya amat bangga dengan anak lelaki saya. Siapa sangka, anak lelaki yang buas, degil dan memiliki keletah aneh ini akan jadi pelindung utama anda, kelak?
Sumberu rujukan: Familyshare