Perkara Penting Yang Anda Perlu Tahu Tentang Alat Perancang Keluarga IUD (Intra-Uterine Device)

IUD bermaksud intra-uterine-device dan berfungsi sebagai alat pencegah kehamilan dengan menghalang sperma daripada sampai ke telur dan mempersenyawakannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebelum anak pertama, saya telah menggunakan pil pencegah hamil sebagai kontraseptif. Tetapi selepas melahirkan anak pertama, saya semakin pelupa kerana sering sibuk menjaga anak sepanjang masa.

Masa itu, saya masih menyusu secara eksklusif dan belum datang bulan. Klinik KK telah mensyorkan pil mini, dengan pilihan untuk menukar semula ke pil pencegah hamil kemudian.

Namun, saya merasakan ia mungkin bukan pilihan yang sesuai lagi untuk saya. Tatkala itulah saya mula mempertimbangkan untuk menggunakan IUD.

Apa itu IUD?

IUD bermaksud intra-uterine-device dan berfungsi sebagai alat pencegah kehamilan dengan menghalang sperma daripada sampai ke telur dan mempersenyawakan telur.

Apabila ia berada dalam kedudukan yang betul di dalam rahim, peluang untuk hamil adalah kurang daripada 1%.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Terdapat dua jenis IUD di pasaran:

  • IUD jenis copper(tembaga)  - Tembaga adalah bahan toksik bagi sperma. Ia boleh menyebabkan rahim dan tiub Fallopian untuk menghasilkan cecair yang boleh membunuh sperma.
  • IUCD Mirena - Menghalang persenyawaan dengan merosakkan atau membunuh sperma dan menjadikan mukus dalam serviks tebal dan melekit, supaya sperma tidak dapat tembus ke rahim. Ia juga memastikan lapisan rahim (endometrium) tidak menjadi tebal dan ini menghalang persenyawaan serta perkembangan telur. Hormon dalam IUD ini juga boleh mengurangkan pendarahan haid dan senggugut.

Semasa berbincang tentang pilihan yang lebih baik bagi saya, doktor pakar wanita saya telah mengesyorkan IUD tanpa hormon. Jadi hari ni kita akan bincang lebih kepada IUD biasa iaitu jenis copper. 

Apakah kebaikannya?
  • boleh bertahan 3, 5  dan sehingga 10 tahun, bergantung kepada jenama
  • hanya memerlukan 1 sesi lawatan doktor untuk memasukkan IUD
  • berkesan dengan serta merta selepas sebaik sahaja dimasukkan dalam rahim
  • selamat digunakan oleh ibu-ibu menyusu
  • tidak mengandungi hormon, jadi anda tidak perlu risau tentang sebarang gangguan hormon
  • tidak menyebabkan kenaikan berat badan

Apakah kesan sampingannya?
Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kebanyakan wanita yang sihat boleh menggunakan kaedah ini. Tetapi sesetengah wanita mungkin akan mengalami kesan sampingan tersendiri yang berbeza beza. Di antaranya ialah:

Sumber gambar: INLIFE Healthcare

  • Aliran haid yang lebih banyak dan lama
  • senggugut dan sakit belakang
  • keputihan faraj yang lebih banyak dari biasa
  • sedikit pendarahan faraj di tengah bulan
  • pendarahan selepas hubungan seks.

Siapa yang tidak digalakkan untuk menggunakan IUD
Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda tidak digalakan untuk menggunakan kaedah ini sekiranya anda

  • jangkitan kelamin
  • mempunyai kehamilan di luar rahim
  • hamil
  • mengalami kanser rahim atau serviks
  • mengalami pendarahan faraj tidak normal
  • mempunyai alahan terhadap tembaga ( cooper allergy)

Bagaimanakah ia dimasukkan dan dikeluarkan?

IUD boleh dimasukkan dengan mudah dan memakan masa kurang dari 5 minit. Anda akan berbaring di atas katil seperti menjalankan ujian Pap Smear.

Sesetengah doktor mungkin akan membuat ujian ultrasound sebelum itu untuk memastikan anda tidak hamil. Kemudian, serviks anda akan dikenalpasti dengan menggunakan spekulum.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Doktor akan masukkan IUD dengan perlahan-lahan melalui serviks dan seterusnya ke dalam rahim. 

Wanita yang belum melahirkan anak selalunya akan disyorkan kaedah perancang lain disebabkan serviks yang sempit dan risiko kegagalan yang lebih tinggi untuk memasukkannya.

Anda mungkin akan rasa sedikit tidak selesa tetapi ia akan berakhir dengan cepat.

Sedikit pendarahan juga mungkin berlaku bersama dengan rasa macam sakit haid, tetapi jangan risau, ia akan baik selepas beberapa hari. 

Prosedur mengeluarkannya adalah lebih senang. Doktor cuma perlu tarik tali IUD anda dengan perlahan dan ia cuma mengambil masa beberapa minit sahaja. 

Risiko lain atau komplikasi?
Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ia jarang memberikan masalah yang serius tetapi komplikasi yang mungkin boleh terjadi termasuklah

  • Jangkitan kuman bakteria dalam rahim
  • Tembus dinding rahim (embeded)
  • Kehamilan diluar rahim

Pastikan anda memeriksa tali IUD sebulan sekali terutama selepas haid untuk memastikan kedudukannya tidak berubah.

Jika tali terasa lebih pendek atau lebih panjang dari biasa, mungkin kedudukan IUD itu sudah berubah dan anda mungkin boleh hamil.

Jika ini berlaku, hubungi doktor anda untuk memasukkannya semula.

Sumber: Fox News, Dr R Juhaidah, Web MD

Penulis

Rosanna Chio