5 Perkara Tentang Anak Yang Tiada Siapa Beritahu Anda (Tapi Anda Perlu Tahu!)

Tiada siapa pernah cakap tentang perangai semulajadi seorang kanak-kanak ketika membesar. Kalau anda tahu 5 perkara ini dari awal, pasti senang kerja anda!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada sesuatu tentang anak yang kita tidak tahu...

Sebagai ibu bapa, kita berazam ingin jadi yang terbaik untuk anak-anak. Sebab itu kalau boleh, semua tip tentang keibubapaan kita nak baca dan guna.

Kebanyakan tip memang membantu. Tapi, ada sesuatu tentang pengalaman membesarkan anak ini yang kita tak tahu.

Ia tentang perangai semulajadi seorang kanak-kanak, iaitu anak kita sendiri. 

Tapi, perkongsian dari seorang doktor, ibu kepada 3 orang anak, dan Pengarah Barnard College Center For Toddler Development ini akan membuka mata anda tentang perangai semulajadi mereka.

Dr. Tovah Klein telah memerhati tingkahlaku kanak-kanak sejak 20 tahun lalu. Kini, beliau mendedahkan 5 rahsia tentang membesarkan anak yang tiada siapa beritahu anda.

Mari baca apa yang beliau bongkarkan.

1. Anak kecil tak faham konsep jam (waktu)

Kredit: iStock

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mesti ramai ibu bapa yang frust dan naik angin bila anak kecil tak faham maksud "kita kena kemas/gerak SEKARANG". 

Mereka macam tidak faham langsung konsep waktu/jam. Dan sebenarnya, mereka memang tak faham pun!

Menurut Dr Klein, minda kanak-kanak masih belum membentuk konsep tersebut kerana ia sedang membangun. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi, mereka hanya faham tentang waktu sekarang. Bila anda cakap "kita akan kemas 5 minit lagi", mereka faham yang kalian tidak akan mengemas sekarang. 

Anda mungkin boleh ajar anak tentang konsep waktu ini dengan ayat - pertama sekali, kemudian, nanti dan sebagainya.

Tapi mereka hanya akan betul-betul faham apabila masuk ke sekolah kelak.

2. Mereka anggap dunia tentang kuasa dan kawalan

Kredit: iStock

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cuba anda perhati perangai mereka.

Mesti ada saja yang mereka ingin komen/cakap tentang apa yang mereka mahu makan, ke mana mereka nak pergi dan apa mereka nak pakai, kan?

Ini kerana mereka sedang belajar untuk buat keputusan.

Sebab itu bila mereka buat perangai ketika memilih nak pakai baju, anda perlu tanya baju apa yang mereka mahu pakai sebenarnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Biar mereka buat keputusan supaya mereka rasa ada kawalan. Tapi jangan beri terlalu banyak pilihan untuk mereka pilih.

3. Mereka takkan gembira kalau mereka tidak mahu

Kredit: iStock

Anda mesti ingat anak-anak akan gembira kalau mereka dapat apa yang mereka mahu. Tapi sebenarnya tak.

Mereka akan gembira kalau mereka rasa selamat. Selamat di sini bermaksud mereka tahu tiada apa akan terjadi pada mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Contohnya jika anda kehabisan gula-gula yang mereka suka, anda pasti mahu terus pergi beli ia kan? 

Tapi, kalau anda mengajar anak yang tanpa gula-gula itu, tiada apa pun yang akan terjadi, mereka akan faham yang mereka "selamat".

Di situ, anda bukan saja membantu mereka melalui sesuatu fasa, malah anda juga mengajar mereka tentang mengenali emosi.

4. Mereka perlu bangun dan jatuh

Kredit: iStock

Ibu bapa mana yang mahu anak mereka cedera atau gagal? Tapi, mereka perlu perkara itu untuk pengalaman.

Kegagalan mengajar kanak-kanak untuk menghadapi waktu sukar, malah meningkatkan semangat mereka.

Dari kegagalan mereka belajar yang hidup ini penuh cabaran dan anda perlu buat kesalahan untuk belajar.

5. Biar anak jadi diri sendiri

Sifat anak yang penuh rasa ingin tahu, nak cuba pelbagai benda, suka mendesak malah degil memang boleh buat semua ibu bapa gila.

Tapi percayalah, semua kualiti itu yang membentuk diri mereka yang sebenar. Dari pembentukan itu, mereka akan lebih berjaya di kemudian hari.

Asalkan anak tidak membahayakan orang lain (seperti membuli), cukuplah membiarkan mereka membentuk diri sendiri dengan didikan dari anda.

Sekarang semuanya masuk dek akal, kan? Sepatutnya 5 perkara ini harus diketahui oleh semua ibu bapa.

Mungkin apabila kita tiada nanti, kita meninggalkan anak-anak dan generasi yang berguna buat masa hadapan :)

Sumber rujukan: Popsugar

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

 

Penulis

Ayu Idris