Perkara yang anak anda ingin anda lakukan bersama-sama dengan mereka setiap hari

Dalam kesibukan menempuhi aktiviti seharian, kita terlupa untuk memikirkan tentang keinginan anak-anak. Jom kita ketahui 10 perkara yang anak anda ingin anda lakukan bersama-sama dengan mereka setiap hari. Anda pasti terkejut melihat betapa mudah dan ringkasnya permintaan tersebut!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi kita sebagai ibu bapa, tiada apa yang kita inginkan selain melihat anak-anak kita tumbuh dewasa dengan sihat dan berjaya.

Maka, kita selalu memikirkan aktiviti-aktiviti sekolah, tuisyen, dan kokurikulum lain yang patut mereka lakukan supaya menjadi anak yang bijak. Tetapi, adakah anda tahu perkara yang anak anda inginkan sebenarnya dari anda?

Anda pasti akan terkejut apabila mendengar yang sebenarnya mereka hanya mahu melakukan perkara-perkara yang ringkas sahaja. Tetapi yang penting, anak-anak mahu anda ada bersama dengan mereka, melakukannya bersama-sama setiap hari!

Keinginan Anak-Anak – Perkongsian Seorang Guru Sekolah

Perkongsian ini telah dilakukan oleh seorang guru sekolah, Erin Kurt, yang telah bertahun-tahun mengajar (16 tahun secara tepatnya!) dan berinteraksi dengan murid-muridnya dari pelbagai latar belakang.

Setiap kali menjelang Hari Ibu, Erin akan bertanya pada pelajarnya tentang perkara yang mereka mahu dari ibu bapa mereka.

Source: Imperfecthomemaker.com

Beliau bertanya apakah perkara yang akan membuatkan anak-anak ini terasa sangat disayangi dan dihargai oleh ibu dan ayah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Saban tahun juga, beliau pasti akan mendengar keinginan yang sama dari anak muridnya.

Mesej daripada keinginan-keinginan ini adalah satu dan ianya sangat mudah: Mereka sangat suka akan perkara-perkara kecil yang dilakukan bersama-sama dengan ibu bapa mereka setiap hari!

10 Perkara yang Anak Anda ingin Anda Lakukan Bersama-sama dengan Mereka Setiap Hari

  • Berikan pelukan dan ciuman mesra pada saya setiap hari. Dengarlah saya bercerita tentang hari-hari saya atau tentang apa sahaja tanpa menyuruh saya senyap
  • Luangkan masa dengan saya, dan dengan saya sahaja. Kadangkala, saya hanya ingin bersendirian dengan papa dan mama, tanpa abang, kakak, atau adik-adik di sekeliling
  • Bawalah saya masuk tidur, duduklah seketika dengan saya, dan berceritalah pada saya tentang kisah papa dan mama, atau tentang keluarga kita
  • Berilah saya peluang dan masa untuk bermain di luar bersama rakan-rakan atau adik beradik – selalu dan tanpa rasa bersalah
  • Disiplin dan ajarilah saya. Ia membuatkan saya rasa dijaga dan membuatkan saya tahu yang papa serta mama ambil berat tentang saya
  • Duduk, peluk dan berguraulah dengan saya ketika kita menonton TV bersama-sama
  • Berikanlah saya makanan yang bernutrisi supaya saya membesar dengan sihat (walaupun kadangkala saya meminta makanan yang kurang menyihatkan…)
  • Ketepikanlah telefon itu, pandang, beri perhatian, dan bersembanglah dengan saya selalu tentang agama, kehidupan, kasih sayang, keluarga atau apa sahaja.
  • Tinggalkan nota kasih sayang dan kata-kata semangat dalam beg sekolah atau bekal makanan saya – ‘surprise’kan saya!
  • Makanlah bersama-sama supaya kita sekeluarga boleh duduk semeja dan bersembang tentang hari-hari kita

Seperti yang anda perasan, ia bukanlah memori bergegas ke sekolah atau tempat tuisyen yang anak-anak ingin cipta. Ia juga bukan memori ke tempat belajar piano atau melukis.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Source: Transformativeparenting.com

Selalunya, aktiviti sebegini bukanlah atas keinginan anak-anak; ia lebih kepada pengharapan dan tujuan ibu bapa yang ingin anaknya berjaya (jangan salah anggap, tidak ada apa yang salah tentang menginginkan kejayaan sebegini).

Namun, kadangkala, kita sebagai ibu bapa terlupa untuk memikirkan tentang perasaan dan keadaan anak-anak.

Adakah mereka penat dengan aktiviti sibuk dan tanpa henti ini?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Adakah mereka tertekan dengan pengharapan yang sebegitu tinggi?

Adakah mereka terasa kehilangan zaman kanak-kanak atau waktu bermain? 

Jom Penuhi Permintaan Mudah Anak-Anak Kita – Mereka Hanya Ingin Meluangkan Masa Dengan Kita!

Apabila anda mendengar tentang perkara yang anak anda ingin anda lakukan bersama-sama dengan mereka setiap hari, anda pasti terfikir, “Alangkah mudah dan naifnya permintaan tersebut.”

Ia merupakan perkara yang remeh-temeh buat anda, namun ketahuilah, ia cukup meninggalkan kesan yang mendalam pada kotak pemikiran dan memori mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi, jom! Mulai hari ini, kita luangkan lebih banyak masa berkualiti dengan anak-anak kita. Anda tidak perlu melakukan perkara-perkara berat atau aktiviti yang mahal, cukuplah sekadar salah satu daripada 10 perkara yang kami kongsikan di atas ini!

Anak-anak ingin merasakan yang anda sentiasa dekat dengan mereka. Sentuhan dan kata-kata anda mampu membuatkan mereka berasa yakin dan disayangi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Noor