Jijik! Berikut adalah 5 perkara yang anda tidak patut sentuh dalam bilik hotel anda

Bilik hotel yang bersinar mungkin tidak sebersih seperti yang anda sangkakan! Berikut adalah 5 benda yang anda tidak patut sentuh dalam bilik hotel anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda mungkin fikir yang bilik hotel mewah (tidak lupa juga mahal) yang anda tempah untuk keluarga anda cantik dan bersih, bagaimanapun ia mungkin tidak seperti yang dilihat menurut satu kajian baru-baru ini. Berikut adalah senarai benda yang paling kotor boleh dijumpai di dalam bilik hotel.

1. Suis lampu adalah sangat kotor

via GIPHY

Menurut satu kajian yang telah dilakukan pada tahun 2015, suis lampu utama merupakan tempat yang paling dicemari di dalam bilik hotel. Jika anda tidak dapat mengelak dari menyentuh suis lampu, pastikan anda mencuci tangan anda sejurus selepas itu, atau gunakan siku anda untuk menekan suis lampu.

2. Alat kawalan jauh televisyen

via GIPHY

Lebih baik anda fikir dahulu sebelum menggunakan alat kawal jauh itu, atau sekurang-kurangnya basmikan ia dahulu. Menurut Charles Gerba, seorang profesor mikrobiologi di Univerisiti Arizona, alat kawalan jauh bilik hotel mempunyai banyak bakteria, dan ini menjadi lebih menjijikan apabila didapati lebih 20% dicemari dengan air mani.

Jika anda tidak mempunyai cara untuk membasmi alat kawalan jauh tersebut, anda boleh letak bag plastik ke atasnya supaya anda tidak perlu menyentuhnya secara langsung.

3. Sinki, kaunter bilik mandi, dan lantai bilik air

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

via GIPHY

Anda mungkin fikir tandas hotel adalah bersih kerana pekerja hotel selalu membersihkan ia, namun hakikatnya, ia boleh dicemari melalui span, mop dan kain pembersih yang digunakan. Jika boleh, bawalah kain lap pembersih anda sendiri supaya anda boleh membasmi tandas hotel.

4. Sofa di bilik hotel anda

via GIPHY
Ini adalah salah satu benda yang sangat dicemari di dalam bilik hotel anda. Sofa memang sangat sukar dibersihkan, jadi pekerja hotel tidak membersihkan ia dengan baik. Jika anda merancang untuk duduk di atas sofa itu, pastikan anda mengalas dengan selimut atau tuala ke atasnya. Anda tidak tahu kuman apa yang sedang ada di situ!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5. “Comforter” 

via GIPHY

“Comforter” atau pengalas katil adalah salah satu lagi benda yang sukar dicuci di dalam bilik hotel. Jangan terkejut jika anda menjumpai pepijat hampir setiap masa. Pekerja hotel sering memilih untuk tidak membersihkan “comforter” kerana kerja ini mengambil masa yang lama.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika anda risau akan pepijat, anda boleh mengalihkan “comforter” dan meletakan ia di atas lantai atau lebih baik, bawa “comforter” anda sendiri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Aqma