3 Perkara Yang Harus Diketahui Sebelum Menjadi Ibu Atau Ayah

Menjadi ibu bapa adalah idaman setiap pasangan. Namun ada beberapa persiapan mental yang anda harus ketahui sebelum si bayi hadir di keluarga anda

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semua pasangan suami isteri mengidamkan kehadiran anak dalam pernikahannya. Namun persediaan menjadi ibu atau ayah bukanlah perkara yang mudah. Persiapan yang dilakukan juga tidak hanya terbatas pada bayaran kelahiran atau cara merawat bayi sahaja, malah persiapan mental juga.

Justeru, sebelum memutuskan melakukan program hamil, ketahuilah perubahan yang akan terjadi ketika anda menjadi ibu bapa nanti sebagai bahan persiapan menjadi ibu dan bapa daripada segi fizikal dan mental bermula sekarang.

Persediaan menjadi ibu dan ayah #1. Kurang waktu bermesraan

Salah satu persediaan menjadi ibu dan ayah ialah, kurang waktu bermesra. Apabila si kecil lahir di dunia, ia adalah satu-satunya perkara yang paling penting bagi anda berdua. Ini bermakna, anda berdua akan kekurangan waktu untuk bermesraan.

Jika salah satu dari anda sedang ingin berduaan tapi pasangan anda tidak ingin bermesra, jangan tergesa-gesa berburuk sangka.

Bukan bererti pasangan tidak lagi menyayangi anda, hanya si bayi memang menjadi fokus perhatiannya untuk saat ini.

Teruslah saling menunjukkan kasih sayang dan pengertian. Jangan lupa untuk menjadualkan momen intim agar kedekatan emosional anda dan pasangan semakin kuat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Persiapan ibu bapa #2. Letih luar biasa

Memiliki bayi bererti anda sudah harus siap untuk bangun tengah malam mengurusnya. Bagi anda yang juga bekerja di pagi hari, ini adalah sesuatu yang harus anda harapkan.

Mengurus anak sambil bekerja pasti akan membuat anda tidak cukup tidur dan keletihan. Oleh itu, anda perlu membagikan waktu yang jelas antara anda dan pasangan anda dalam mengurus buah hati.

3. Perbezaan dalam keibubapaan

Pada mulanya anda dan pasangan anda adalah dua orang yang memang tak berkenalan sejak kecil. Masing-masing dibesarkan dengan cara pendidikan dan keibubapaan yang berbeza.

Faktor perbezaan keibubapaan ini lah yang sering mencetuskan pertengkaran dalam kehidupan ibu bapa baru.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebelum anda memutuskan menjadi ibu bapa, bincang lah dulu dengan pasangan anda teknik keibubapaan seperti apa yang ingin diterapkan pada si kecil kelak.

. Baca juga:

Ilustrasi ‘nikmatnya’ menjadi seorang ibu. No.10 itu huhu taktau nak cakap apa….

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Febby