7 Perkara Yang Tidak Patut Diperkatakan Kepada Ibu Hamil Ketika Bertandang Di Hari Raya

Ketika berbual dengan ibu-ibu yang hamil, kita perlu menjadi lebih sensitif dengan topik yang dibualkan. Takut nanti, terluka pula perasaan mereka. Kami ada kongsikan beberapa perkara yang patut dielakkan semasa berbual dengan ibu hamil.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hari raya sudah menjelang tiba, pasti ramai yang teruja untuk pulang ke kampung untuk berjumpa dengan keluarga dan sanak saudara yang telah lama tidak berjumpa.

Sudah tentu ada di kalangan saudara mara kita yang sedang mengandung dan sedang menantikan saat-saat apabila mereka dapat beraya bersama si kecil.

Ketika berbual dengan ibu-ibu yang hamil, kita perlu menjadi lebih sensitif dengan topik yang dibualkan.

Takut nanti, terluka pula perasaan mereka. Berikut adalah beberapa topik yang patut dielakkan semasa berbual dengan ibu hamil:

1. Adakah ia dirancang?

Adakah informasi ini penting dan berguna untuk diri anda? Tentunya tidak. Sama ada ia dirancang ataupun tidak, itu adalah keputusan si ibu dan suaminya.

Jika dia memberitahu anda dia hamil, ia adalah kerana dia mahu anda tahu dan teruja! Dia bukannya mahu disoal siasat oleh polis, jadi anda hanya perlu ucapkan, “Tahniah!”

2. Bukan hamil anak kembar ke?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber: Quintofislam.blogspot.my

Ia adalah seperti anda sedang berkata, “Wow, anda kelihatan sangat gemuk!” apabila anda bertanya soalan yang tidak bertimbang rasa ini.

Ada wanita ketika mengandung perutnya akan membesar, namun ada juga tidak .

Dengan teknologi yang ada pasa masa ini, pemantauan prenatal dapat dilakukan dan kelahiran berganda bukanlah satu kejutan buat kebanyakan wanita pada hari ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi ya, dia amat pasti dia tidak akan melahirkan sepasang kembar!

3. Mengandung, tetapi kenapa kurus lagi?

Ada di kalangan wanita yang berbadan kurus dan tetap akan kelihatan kurus dan kecil walaupun sedang mengandung.

Mungkin anda rasa ia adalah pujian apabila anda berkata,”Slimnya badan” atau “bestnya, mengandung pun kurus lagi” atau “tak nampak pun perut”.

Tetapi ia hanya akan membuatkan si ibu itu berasa lebih bimbang lagi tentang pertumbuhan bayinya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semua ibu adalah berbeza. Biarkan doktor pakarnya yang bimbang tentang kenaikan berat badannya!

4. Menyusu badan ke?

Ia adalah satu soalan yang pelik. Seperti bertanyakan sama ada ibu akan memberikan anaknya makan atau tidak.

Keputusannya untuk menyusu badan atau pun tidak adalah di tangan si ibu.

Anda tidak perlu membuat andaian dan memberikan lebih tekanan atau buatnya rasa serba salah tentang topik ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5. Akhirnya, mengandung juga!

Bukan mudah untuk setiap pasangan mendapatkan cahaya mata.

Ada yang bunting pelamin dan ada juga yang terpaksa menunggu bertahun-tahun sebelum mendapat cahaya mata pertama mereka.

Apa-apa pun sebab mengapa ibu itu lambat hamil, biarkan sahaja. Mungkin ia adalah satu topik yang amat sensitif baginya.

Jika dia rasa anda seorang rakan yang memahaminya dan dia mempercayai anda, dia mungkin akan memberitahu anda.

6. Bila nak tambah seorang lagi?

Soalan-soalan ini biasa ditanyakan kepada semua ibu di luar sana.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaupun sesetengah pasangan merancang untuk mempunyai keluarga yang besar, ada juga pasangan yang hanya mahukan seorang anak.

Soalan-soalan ini adalah amat sensitif sekali terutamanya jika ia ditujukan kepada seorang wanita atau pasangan yang mahu mendapatkan cahaya mata lagi tetapi tidak dapat (mungkin ada sebab tertentu seperti kesihatan).

Jadi, tak perlu rasanya bercakap tentang hal ini. Tanya sahaja soalan lain.

7. Anda tidak boleh makan / minum itu!

Ibu-ibu di luar sana tidak mahu mendengar syarahan anda tentang diet ketika mengandung (melainkan dia bertanyakan kepada anda).

Sudah tentu doktor pakarnya telah memberitahu tentang gaya pemakanan yang sihat dan betul untuk wanita hamil.

Tambahan pula, ada banyak buku, majalah dan juga website di luar sana yang ibu-ibu pada masa kini boleh gunakan untuk mencari informasi yang diingini.

Ya, anda berpengalaman. Tetapi pengalaman anda tidak diperlukan melainkan si ibu bertanyakan kepada anda.

Jadi anda tidak perlu memberikan syarahan percuma. Bincangkan sahaja hal lain yang lebih menarik ya.

Selamat hari raya aidilfitri dan semoga bergembira ketika berkunjung ke rumah terbuka!

Penulis

Michelle Goh