Tiada istilah "takut" pada anak 1 tahun 3 bulan - hati-hati ya!

Salah satu perkembangan anak 1 tahun 3 bulan yang akan anda perasan ialah mereka tak rasa takut langsung. Kadang, kita ni yang risau dan panik!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perkembangan anak 1 tahun 3 bulan selalunya akan buat ibu bapa “cuak” dan takut. Kenapa? Sebab mereka tiada langsung rasa takut sekarang!

Mereka aktif meneroka dan bergerak hingga ibu bapa perlu pastikan persekitaran tersebut selamat untuk anak-anak. 

Boleh kena sakit jantung bila mereka tiba-tiba berlari dan tak takut jatuh! Sebab itu anda perlu beli soft mats dan foam tiles untuk mereka. 

Selain itu, apa lagi perkembangan anak usia 1 tahun 3 bulan ini? Jom kita lihat apa yang mereka mampu buat dengan usia ini.

Perkembangan anak 1 tahun 3 bulan: Perkembangan Fizikal

Ketika usia ini, mereka semakin laju berjalan dan lebih suka meneroka. Jadi, bersiap sedia dengan “akal” mereka untuk turun dari kerusi, panjat sana, berguling di sini dan sebagainya.

Malah, ketika ini jugalah, anda kena pastikan setiap almari anda tiada risiko akan terbalik. Pakukan ia di dinding. 

Mereka juga makin aktif 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • bergerak
  • menyanyi
  • turun dan naik tangga
  • menari-nari
  • mencampak bola
  • merangkak ke belakang

Perkembangan anak 1 tahun 3 bulan: Perkembangan Kognitif

Perkembangan anak 1 tahun 3 bulan yang paling best ialah mereka sudah tahu beberapa anggota badan mereka! 

Jadi, anda boleh menyanyi lagu dengan nama anggota badan untuk menambah tatabahasanya. Nyanyi perlahan-lahan ya, kerana mereka masih belajar perlahan-lahan.

Anak yang masuk usia 1 tahun 3 bulan juga sudah tahu mencantum perkataan dengan objek-objek tertentu. Contohnya mereka tahu apa itu buku, botol atau bola, dan mereka tahu meletakkannya di tempat tertentu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk menggalakkan perkembangan kognitif mereka, ibu bapa digalakkan menyedia buku tactile untuk ajar erti permukaan pada mereka.

Mereka juga suka memasukkan benda dalam mulut, jadi hati-hati ya!

Perkembangan anak 1 tahun 3 bulan: Perkembangan sosial dan emosi

Yang comelnya, waktu ini, mereka sudah kenal diri mereka dalam cermin. Mereka juga sudah membiasakan diri untuk melihat muka-muka “tertentu”.

Walaupun mereka semakin membesar, tapi jangan terkejut jika perkembangan sosial mereka masih kurang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mereka lebih suka bermain seorang diri. Tapi, tiada apa yang perlu dirisaukan. Apa yang penting ialah lihat perbuatan anak dengan teliti.

Perkembangan anak 1 tahun 3 bulan: Perkembangan Bahasa dan Percakapan

Mereka mungkin masih memiliki tatabahasa yang kurang, jadi mereka menunjukkan sesuatu dengan perbuatan.

Contohnya mereka tarik kaki anda kerana inginkan perhatian, atau mereka beri anda permainan untuk mengajak anda bermain. Jika mereka cuba bercakap, layankan saja!

Ini boleh membantu menambah tatabahasa mereka. Mereka juga mungkin akan kedengaran seperti suka “memberi arahan”, tapi sebenarnya, mereka masih tidak tahu apa erti soalan dan pernyataan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perkembangan anak 1 tahun 3 bulan: Perkembangan Kesihatan dan Pemakanan

Mereka kini sudah boleh makan apa yang anda makan. Tapi hati-hati dengan rempah, garam dan kekacang. Sesetengah makanan mungkin boleh menimbulkan alahan.

Jika anda ingin memperkenalkan produk tenusu pada anak, beri mereka susu penuh. Jangan beri mereka susu skim kerana mereka memerlukan kalori.

Mereka wajib minum air setiap hari. Segala pemberian susu dan jus buah-buahan perlulah dikawal agar mereka tak hilang selera.

Tip untuk ibu bapa

Jangan lepaskan pandangan mata anda dari mereka. Ketika ini, mereka mahu meneroka tapi tiada rasa takut!

Jadi, bahaya boleh berada di mana-mana. Setiap kanak-kanak memiliki perkembangan yang berbeza, jadi bawa bersabar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

Penulis

Ayu Idris