Tengoklah anak kecil yang berlari-lari mengikut anda ke mana-mana itu! Tak lama lagi, mereka akan masuk dua tahun dan sekarang suka sangat ikut apa yang anda buat.
Agak-agak, apa lagi perkembangan anak 1 tahun 6 bulan ini? Jom kita semak apakah perkembangan mereka yang perlu ibu bapa tahu.
Perkembangan anak 1 tahun 6 bulan: Perkembangan Fizikal
Ketika ini, mereka mungkin memiliki berat dalam sembilan hingga 12 kilogram. Mereka juga mungkin setinggi 76-84 cm.
Salah satu perkembangan anak 1 tahun 6 bulan yang paling ketara anda boleh nampak ialah kemahiran koordinasinya makin meningkat.
Hal ini bermaksud, mereka sudah boleh
- berjalan
- berlari
- naik tangga (jika dipimpin)
- merangkak ke belakang
- melompat
- menangkap bola dengan tangan tertentu
- menarik apa yang dilihatnya
- membina blok
Walau bagaimanapun, setiap kanak-kanak mungkin akan menunjukkan perkembangan anak 1 tahun 6 bulan dalam fasa berbeza.
Apa yang pasti, mereka memerlukan bantuan anda untuk memperkembangkan lagi kemahiran ini.
Mereka juga akan semakin susah nak tidur – sama ada pada waktu malam atau siang. Mereka lebih gemar bermain.
Apa yang anda boleh buat sekarang ialah dengan menukar jadual tidur mereka. Jangan ambil ringan masalah ini.
Jadual tidur yang tidak mencukupi mungkin akan mengganggu corak tidur mereka kelak.
Jika mereka menunjukkan minat untuk ke tandas, anda sudah boleh mengajar mereka potty training. Tapi jika mereka masih belum bersedia, jangan paksa.
Perkembangan anak 1 tahun 6 bulan: Perkembangan Kognitif
Perkembangan anak 1 tahun 6 bulan yang paling best ialah mereka sudah boleh menyanyi dan bijak menepuk.
Ketika ini, irama lagu paling bagus untuk dijadikan sebagai sumber aktiviti.
Mereka juga sudah boleh bermain sendiri. Mereka akan meniru aksi-aksi biasa anda di rumah seperti bercakap telefon, bermain komputer, baca buku atau makan.
Mereka juga sudah mampu membuka stokin dan baju mereka.
Perkembangan anak 1 tahun 6 bulan: Perkembangan Sosial dan Emosi
Anak usia 1 tahun 6 bulan dipanggil sebagai “pembantu” kerana mereka memang boleh bantu anda!
Anda boleh mendidik mereka untuk membantu dalam kerja-kerja rumah yang mudah. Contohnya seperti kutip daun atau kutip baju.
Tapi ingat, kemahiran ingatan mereka masih rendah. Mereka belajar dan meniru aksi anda.
Jadi, puji mereka jika mereka melakukan sesuatu dengan betul. Jangan marah jika mereka salah, sebaliknya, tegur dan lakukan perbuatan yang betul.
Mereka juga sudah tahu apa barang mereka punya. Jadi, ajar mereka erti berkongsi.
Ketika usia 18 bulan ini, anda mungkin akan nampak perangai tantrum makin menunjuk belang. Didik mereka dengan disiplin, tapi jangan lupa tunjukkan kasih sayang.
Perkembangan anak 1 tahun 6 bulan: Perkembangan Bahasa dan Percakapan
Dengar baik-baik! Mereka mungkin sudah boleh menyebut beberapa perkataan ketika ini. Contohnya seperti nama.
Antara perkataan lain juga ialah “tak mahu”, “saya punya” dan barangan kegemarannya. Mereka juga faham lebih banyak perkataan!
Apa yang parent harus buat ketika ini ialah dengan menerangkan pada mereka apa yang dilihat sama ada ketika berjalan atau membaca buku.
Ini akan mengembangkan tatabahasanya.
Perkembangan anak 1 tahun 6 bulan: Perkembangan Kesihatan dan Pemakanan
Anak 1 tahun 6 bulan memerlukan imunisasi. Antara yang akan diambil oleh anak anda ketika ini ialah vaksin diphteria, tetanus, pertussis dan batuk kohol).
Oleh sebab mereka makin aktif kini, anda mungkin susah untuk meminta mereka makan.
Apa yang anda boleh buat ialah tentukan makanan yang mereka perlu makan. Namun, biar mereka sendiri buat keputusan berapa banyak yang mereka perlu makan.
Tips untuk ibu bapa
- Walaupun jika anak anda masih belum bercakap, jangan takut. Setiap perkembangan anak berbeza-beza.
- Akan tetapi, jika mereka tidak boleh berjalan atau berdiri tegak, anda mungkin perlu berjumpa pakar
- Hati-hati ketika ini, risiko mereka tercekik makin tinggi!
Baca juga:
https://my.theasianparent.com/perkembangan-anak-17-bulan