Perkembangan anak 1 tahun 2 bulan - Apa perlu anda tahu?

Anak anda kini sedang meneroka dunia baru apabila sudah pandai berjalan ni. Apa lagi perkembangan anak 14 bulan yang mereka capai?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Siap sedia untuk peringkat seterusnya dalam perkembangan si kecil anda. Anak anda kini sedang membina personalitinya sendiri dan tiba-tiba anda tahu yang anak anda mempunyai akal mereka sendiri. Ada-ada saja!

Sekarang adalah masanya untuk anda mula mengajar si comel anda tentang peraturan. Anak anda kini hujankan anda dengan pelukan dan ciuman mereka. Apa perkembangan anak 14 bulan ini?

Perkembangan anak 14 bulan: Fizikal

  • Anak anda sekarang boleh berjalan beberapa langkah tanpa bantuan.
  • Perkembangan motor kasar juga semakin berkembang! Mereka juga mungkin boleh berdiri sendiri dari posisi duduk.
  • Jika anak anda sudah pandai melakukan perkara di atas, mereka kini sedang belajar untuk cuba tunduk dan berdiri semula tanpa jatuh.
  • Selain itu, mereka juga dah boleh naik tangga dengan bantuan orang dewasa.
  • Jika anda suka bermain atau memasang muzik, mereka kini dah pandai untuk menari walaupun masih belum mengikut rentak lagu.
  • Jangan risau jika anak anda masih terhuyung-hayang dan berjalan seperti itik yang comel ini adalah sebahagian dari perkembangan kanak-kanak.

Perkembangan motor halus anak anda juga semakin baik.

  • Anak anda kini boleh menconteng menggunakan krayon atau menyusun dua blok atas satu sama lain.
  • Mereka juga sudah pandai menukar mukasurat buku.
  • Perkara kesukaan mereka adalah membuat sepah. Ini juga adalah salah satu cara untuk mereka menguatkan lagi kemahiran motor halus mereka.
  • Mereka juga mungkin cuba untuk menyuap sendiri makanan menggunakan sudu atau garfu.
  • Mereka sudah tahu cara untuk membuka almari dan kabinet jadi jangan lupa untuk kosongkan dan jauhkan mereka dari benda yang merbahaya.
  • Banyakkan bersabar kerana anak anda masih belum tahu perbezaan antara barang rumah dan mainan. Jadi apa yang anda boleh lakukan adalah menyimpan barang plastik di bahagian bawah untuk mereka main dengannya.

Anak anda mungkin mempunyai kemahiran dan perkembangan lebih cepat dari kanak-kanak seusia mereka yang lain. Ini adalah normal kerana setiap kanak-kanak berkembang mengikut masa mereka sendiri.

Perkembangan anak 14 bulan: Kognitif

  • Pemikiran anak anda kini penuh dengan pertanyaan dan rasa ingin tahu. Fizikal mereka yang semakin berkembang membolehkan mereka untuk meneroka benda-benda baru sekeliling mereka.
  • Mereka boleh membuka laci, membuka barang, mengeluarkan barang atau mengosongkan barang kerana mereka memerhatikan apa yang anda lakukan dan meniru perbuatan anda.
  • Semua maklumat ini membuatkan otak mereka sentiasa sibuk, dan jika anda perasan, mereka juga kurang memberikan perhatian seperti sebelum ini.
  • Jangan risau, ini kerana banyak benda yang mereka perlu lihat dan buat dengan masa yang sikit. Mereka perlu lakukan semua ini sebelum mereka tidur, makan atau mandi.
  • Anak anda masih meneroka deria mereka, jadi mereka suka memasukkan barang dalam mulut dan mengutip benda-benda kecil dari atas lantai dan mengkajinya.
  • Anak anda juga kini sedang bereksperimen dengan identiti barunya. Dia kini sedar yang dia, anda dan benda sekelilingnya adalah benda yang berbeza, jadi mereka sedang meneroka diri mereka.
  • Mereka melakukan ini dengan banyak cara, antaranya, mereka mungkin akan jerit untuk mendengar suara sendiri dan membawa mainannya atau buku untuk bermain dengan anda. 
  • Mereka juga akan menolak sayur-sayuran walaupun baru semalam sayur-sayuran ini adalah makanan kegemaran mereka.
  • Ini adalah masa untuk anda menetapkan peraturan. Anak anda masih kecil untuk didenda, jadi anda perlu mengulang "no" atau "jangan" banyak kali.
  • Jangan risau, usaha anda akan membuahkan hasil tak lama lagi.

Perkembangan anak 14 bulan: Sosial dan emosi

  • Anda masih menjadi orang kesukaan mereka dalam dunia! Mereka suka bermain dengan anda. Jadi luangkan masa dengan mereka dan biarkan mereka mengawal cara bermain.
  • Ini akan membuatkan anak anda membina rasa yakin diri dan asas untuk mencapai kejayaan di masa hadapan.
  • Anak anda belajar dengan melihat dan meniru perbuatan anda. Jadi ini peluang anda untuk menunjukkan sifat yang anda mahu mereka tunjukkan.
  • Satu tingkah laku yang mereka dan tunjukkan adalah suka menolong anda. Jadi biarkan mereka menolong anda walaupun sebenarnya tolong sepah, tapi pada masa yang sama anda dapat meluangkan masa berkualiti dengan mereka.
  • Mereka juga sudah mula untuk bermain sendiri beberapa minit. Ini bermakna mereka mula belajar untuk berdikari.
  • Berdikari juga mungkin akan membuatkan mereka takut dengan gelap. Jangan risau jika mereka takut dengan tempat gelap kerana ini adalah perkembangan yang normal.
Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Jika anak anda mula menangis semasa sedang meneroka rumah, jangan risau. Mereka mungkin baru sedar yang mereka takut gelap. Bersedia untuk beberapa perkara lain yang mereka takut. Ini adalah normal.
  • Berdikari juga datang dengan had. Jika anak anda melebihi had yang anda tetapkan, ingatkan mereka dengan peraturan anda dan jangan denda mereka, kerana mereka belum faham.

Perkembangan anak 14 bulan: Bahasa dan pertuturan

  • Personaliti datang dengan keinginan dan kemahuan dan anak anda akan cuba sedaya upaya untuk buat anda faham mereka. Perbendaharaan kata mereka semakin membesar dan mereka sedang berlatih bersuara dengan menjerit.
  • Mereka kini cuba cantumkan bunyi untuk membuat perkataan. Mereka sedang belajar bercakap. Beberapa kanak-kanak kini boleh bercakap beberapa perkataan yang boleh difahami.
  • Anak anda juga mungkin sudah memahami arahan singkat seperti "bagi bola dekat mama". 

Perkembangan anak 14 bulan: Kesihatan dan nutrisi

  • Anak anda penuh dengan rasa ingin tahu. Jadi pastikan rumah anda selamat. Mereka mungkin sudah tahu cara untuk pusing dan buka penutup botol jadi peralatan yang beracun perlu diletakkan jauh dari mereka.
  • Pastikan nombor doktor ada dalam telefon anda kerana di peringkat ini anda mungkin perlukan nasihat kecemasan.
  • Anak anda juga mungkin sudah mula memilih makanan dan mahu makan dengan sendiri.
  • Jika anda biarkan mereka makan sendiri, mereka mungkin akan makan lebih banyak.

Tip untuk ibu bapa:

  • Anda boleh mula mengajar peraturan pada anak anda dan meletakkan pagar pada tempat yang anda tak mahu mereka pergi.
  • Setiap anak berkembang dengan cara yang berbeza. Jadi jangan terlalu risau.
  • Ada anak yang suka bermain dengan ibu bapa mereka ada yang suka bersendiri.
  • Jika anda risau tentang perkembangan anak anda, anda boleh jumpa doktor untuk nasihat.

 

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Artikel asal ditulis oleh Katrijn de Ronde; diterjemah dengan izin dari theAsianparent Singapore

Baca juga:

Penulis

Nadia Ghafar