Anak anda kini sudah pun berusia 1 tahun 5 bulan semakin lincah dan semakin… nakal. Mereka juga membesar dengan cepat dan belajar benda baru setiap hari. Ini adalah perkembangan anak 17 bulan yang anda boleh lihat.
Perkembangan anak 17 bulan: Fizikal
Perkembangan motor halus anak anda semakin berkembang. Jari-jari kecilnya kini lebih kuat dan kekuatan genggaman cubitan (ibu jari dan jari telunjuk) juga semakin kuat.
Anda boleh melihat mereka memegang pensil dan melukis garisan. Mereka juga mungkin boleh membuka dan menutup zip besar.
Mereka juga mungkin boleh memusingkan tombol pintu jika dia sudah cukup tinggi. Juga mungkin boleh membuka pampers-nya . Jadi perhatikan mereka!
Permainan kegemarannya yang lain adalah membuka dan menutup peti sejuk. Mereka suka melihat lampu dari peti sejuk dan kesejukan yang dirasai.
Anda juga mungkin akan selalu hilang barang kerana mereka kini suka berjalan sambil membawa barang. Jadi hati-hati sebab kalau hilang nak tanya susah pula!
Mereka akan cuba untuk berlari tapi masih belum stabil dan mungkin akan banyak terlanggar sofa dan meja. Jangan risau, ia normal.
Merek ajuga suka sangat menari setiap kali anda buka muzik atau nyanyi lagu.
Perkembangan anak 17 bulan: Kognitif
Kerana kekuatan genggaman cubitannya, anak anda sedang bersedia untuk perkembangan peringkat seterusnya, main menyusun. Anda sekarang boleh ajar anak anda permainan susun barang ikut warna.
Anak anda mungkin masih suka menguyah mainannya. Ini adalah normal, cuma pastikan saja mainannya bersih ya!
Mereka juga kan tunjukkan anda yang mereka kenal sesuatu tempat dan orang. Lihat muka terkejutnya jika anda ubah kedudukan ruang tamu anda!
Perkembangan anak 17 bulan: Sosial dan emosi
Anak anda kini sedang belajar emosi yang meluas seperti gembira, sedih marah dan kecewa. Anda boleh bantu mereka dengan menamakan emosi mereka untuk tunjuk yang anda kisah dan faham.
Anak anda belum tahu mengawal emosi-emosi mereka jadi jangan takut jika anak anda tiba-tiba menghentak kaki, menjerit atau menghentak tangan ke lantai. Ini adalah cara mereka melepaskan tension.
Sesetengan kanak-kanak mempunyai mainan yang suka dipeluk atau membuatnya rasa tenang apabila menghisap jari atau puting. Semakin mereka membesar mereka akan belajar cara baru untuk menghadapi emosi mereka dan melepaskan tabiat ini.
Pada usia ini, anak anda lebih mengetahui apa yang mereka perlu buat berbanding apa yang anda suruh mereka jangan buat. Jadi dari “jangan baling barang tu” anda tukar kepada “letak barang tu dekat bawah.”
Mereka masih memerlukan perhatian anda, jadi berikan mereka pujian kerana mereka sukakan pujian dan manjakan mereka dengan pelukan dan ciuman.
Perkembangan anak 17 bulan: Bahasa dan pertuturan
Anak anda sedang mencuba membuat pelbagai bunyi. Mereka mungkin akan berbisik kemudian bertukar dengan menjerit atau membebel dengan bunyi. Ini adalah latihan untuk mereka mula bercakap.
Anda juga boleh mula bercakap dengan mereka menggunakan ayat penuh berbanding ayat singkat sebelum ini. Mencampurkan perkataan dengan tindakan adalah pelajaran yang bagus untuk anak anda.
Tips ibu bapa
Ambil masa untuk perhatikan anak anda. Jika anak anda hanya pandang anda ketika anda bercakap, memusing dan menaikkan dan tengok anda dengan satu mata atau pegang mainan dekat dengan mata, adalah baik jika anda bawa mereka berjumpa doktor.
Tanda lain adalah jika mereka mempunyai mata merah dan sensitif terhadap cahaya lampu dan matahari.
Setiap anak berkembang dengan cara mereka sendiri dan tak sama dengan kanak-kanak yang lain. Jika anda risau, rujuk dengan doktor anda.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Penulis asal Katrijn de Ronde; diterjemah dengan izin dari theAsianparent Singapore
Baca juga:
https://my.theasianparent.comperkembangan-anak-1-tahun-6-bulan/