Apa perkembangan anak 1 tahun 11 bulan ini?

Anak anda kini sudah pandai untuk meniru perbuatan dan percakapan anda, jadi hati-hati! Ketahui perkembangan anak 23 bulan yang lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Masih banyak lagi perkembangan anak 23 bulan yang mereka akan capai sebelum mereka memasuki umur dua tahun. Jom tengok apa perkembangan mereka bulan ini!

Di usia 1 tahun 11 bulan ini, anak anda akan menunjukkan beberapa kualiti yang baik seperti semanga untuk belajar benda baru, menunjukkan kemanjaan mereka pada anda dan belajar untuk berdikari.

Perkembangan anak 23 bulan: Harian

Anak usia ini suka meniru gaya dan percakapan ibu dan ayah mereka. Jadi jangan terkejut jika anak anda tiba-tiba berlakon seperti mereka sedang bercakap dalam telefon tentang hal kerja atau sedang menyiapkan makan malam.

Anak anda mungkin akan meniru anda atau membuat hal mereka sendiri.

Mereka mungkin tak sukakan perubahan lebih-lebih lagi apabila anda nak menyiapkan mereka. Tapi ini semua adalah sebahagian dari proses belajar.

Tip: 

  • Galakkan sifat berdikari mereka dengan mengajar mereka kerja rumah yang mudah seperti menyimpan mainan, menyapu lantai atau mengelap meja selepas makan.
  • Masa makan adalah masa untuk mengajar mereka untuk makan makanan yang sihat. Berikan mereka ayam panggang berbanding ayam goreng atau pinggan yang penuh dengan buah dan sayur. Jangan beri mereka air bergas.
  • Ketika menyiapkan mereka selepas mandi, berikan mereka pilihan pakaian dan alihkan perhatian mereka untuk mengurangkan stress. Ajar mereka bagaimana untuk siap sendiri.
  • Walaupun meniru anda merupakan satu perbuatan yang comel. Jangan biarkan mereka dengan perkataan yang anda tak mahu mereka sebut.
  • Jika mereka sakit, perhatikan tanda mereka. Seperti contoh, jika mereka sakit di telinga, mereka mungkin akan memegang telinga mereka untuk beritahu anda kerana mereka belum boleh beritahu anda secara terus.

Perkembangan anak 23 bulan: Fizikal

Perkembangan motor kasar

Anda akan perasan yang anak anda mula untuk jalan menjengket, menendang bola atau baling bola. Mereka juga lebih yakin untuk berlari sendiri.

Mereka boleh memanjat perabot dan tangga tanpa bantuan. Mereka juga boleh melukis garisan lurus dan bulatan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tip:

  • Pastikan rumah anda selamat untuk si kecil yang suka memanjat ini. Jauhkan mereka dari tempat tinggi seperti balkoni jika anda tinggal di apartment.
  • Berikan mereka bola dan tendang bola dengan mereka. Selain dapat menguatkan kemahiran motor mereka, anda juga boleh merapatkan hubungan dengan anak.
  • Bawa mereka berjalan di taman di mana mereka boleh meneroka dan memanjat. Jangan lupa untuk perhatikan mereka bila mereka berlari ke sana ke mari.

Kemahiran motor halus

Anak anda kini mula tunjukkan yang mereka boleh membina menara kiub, meniru garisan melintang dan melukis bulatan serta menggunakan sudu tanpa buat terlalu banyak sepah.

Tip: 

  • Duduk dan buat projek seni bersama mereka.
  • Bacakan buku untuk mereka dan minta mereka tolong untuk menukar mukasurat.
  • Suruh mereka untuk angkat barang untuk anda bagi memupuk kebolehan untuk membantu dan menajamkan lagi kemahiran motor mereka.

Perkembangan anak 23 bulan: Kognitif

Memori anak anda semakin berkembang pada peringkat ini. Anak anda mula menunjukkan tanda yang mereka faham dengan konsep objek kekal.

Seperti, mereka ingat jika mereka meninggalkan mainan di bilik. Mereka juga boleh menyelesaikan masalah mudah, faham konsep masa dan membayangkan objek dalam fikiran.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tip:

  • Anak anda mungkin akan menunjukkan tanda mereka minat artistik. Galakkan mereka dengan memberi mereka krayon, tanah liat dan warna air tak beracun untuk mereka main.
  • Tajamkan pemahaman mereka dengan konsep objek kekal dengan menyorokkan benda disekeliling bilik dan suruh mereka untuk mencarinya.
  • Tanya anak anda tentang nama benda di sekeliling mereka.
  • Sabar dan jangan paksa mereka untuk ingat semua benda. Anak anda belajar dengan baik bila mereka rasa disayangi dan dihargai.

Perkembangan anak 23 bulan: Sosial dan emosi

Sosial

Walaupun mereka takut untuk berpisah dengan ibu bapa mereka pada usia ini, anak anda juga seronok untuk melihat kanak-kanak sebaya mereka. Mereka akan menunjukkan sifat comel kerana mereka mula mempelajari tentang keperibadian dan berdikari.

Tip:

  • Ingat yang anak anda suka bermain sebelah dan bukan dengan kanak-kanak lain. Jadi biar mereka main sendiri walaupun ditemani dengan kanak-kanak lain.
  • Biarkan mereka main mainan yang akan kembangkan kemahiran sosial seperti kejar-kejar.
  • Masuk campur jika mereka ada masalah semasa bermain dengan rakan dan tunjukkan mereka bagaimana untuk menyelesaikan masalah kerana mereka belum tahu cara untu mengendalikan situasi ini.

Emosi

Sebahagian dari perkembangan anak 23 bulan ini adalah peringkat bimbang untuk berpisah yang akan berlanjutan dan semakin jelas di usia ini.

Mereka mahukan perhatian anda sebab itu mereka suka untuk peluk atau tarik baju anda bila mereka mahu menunjukkan sesuatu.

Tip:

  • Puji mereka jika mereka melakukan sesuatu yang baik.
  • Lebihkan pujian dari hukuman.
  • Jangan salahkan mereka tapi cakap dengan baik semasa betulkan mereka. 

Perkembangan anak 23 bulan: Bahasa dan pertuturan

Anak anda kini mempunyai kosa kata yang semakin meningkat. Mereka kini boleh bercakap dua hingga ke empat patah perkataan untuk membuat ayat. Mereka juga boleh menunjukkan pada objek dan gambar yang anda sebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Oleh kerana mereka boleh meniru anda, mereka boleh mengulang perkataan dan ayat yang mereka tendegar. Kerana ini juga mereka boleh mengikit arahan mudah. Mereka juga boleh beritahu keinginan mudah mereka seperti hendak pergi ke tanda atau perasaan mereka. Mereka juga boleh rujuk diri mereka dengan nama.

Tip:

  • Bacakan buku yang bagus untuk anak anda. Biar mereka padankan perkataan dengan gambar dan suruh mereka ulang perkataan atau ayat pada anda.
  • Tunjukkan gambar orang yang mereka kenal dan tunjuk bahagian badan serta namakan ia.
  • Galakkan mereka untuk menyebut benda berbanding tunjuk. Jika mereka mahukan buku, suruh mereka sebut perkataan “buku”.

Setiap anak berkembang mengikut masa mereka sendiri. Jika anda risau dengan perkembangan anak anda, rujuk dengan pakar untuk nasihat.

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel asal ditulis oleh Biancha Mendoza; diterjemah dengan izin dari theAsianparent Singapore

Baca juga:

https://my.theasianparent.comperkembangan-anak-usia-22-bulan/

Penulis

Nadia Ghafar