Yay, cepat sangat masa berlalu. Anak anda kini sudah masuk 44 bulan. Usia ini cukup sesuai untuk hantar anak ke pra sekolah. Agak-agak, apa ya perkembangan anak 3 tahun 8 bulan ini?
Jom kami bawakan khas pada anda apakah perkembangan anak 3 tahun 8 bulan yang anda patut tahu.
Perkembangan anak 3 tahun 8 bulan: Perkembangan Fizikal
Pada usia 44 bulan, mereka seakan “bola” yang penuh bertenaga. Sekejap lari ke sana, sekejap lari ke sini. Panjat sana panjat sini.
Kadang-kadang, kita yang sakit kepala nak melayannya! Tapi, itu adalah perkembangan normal bagi usia mereka.
Walau bagaimanapun, anda perlu lebih berhati-hati dengan keadaan rumah ketika ini kerana risau anak tercedera.
Kemahiran motor anak juga makin berkembang pada usia 3 tahun 8 bulan. Mereka sudah boleh menangkap bola.
Pastikan anda:
- Selalu melibatkan anak dalam aktiviti fizikal untuk mengembangkan kemahiran motornya
- Bermain dengan anak sekerap mungkin, atau ke taman agar mereka boleh meneroka persekitaran
Bila anda patut risau?
- Jika anak tidak boleh berkawan dengan bebudak lain, lebih baik anda dapatkan nasihat pakar. Ada banyak sebab yang boleh mengganggu tumbesaran kanak-kanak
Perkembangan anak 3 tahun 8 bulan: Perkembangan Kognitif
Untuk perkembangan anak usia 3 tahun 8 bulan dari segi kognitif, biasanya mereka akan banyak menyoal ketika ini.
Ini kerana mereka tertarik dengan dunia di sekeliling. Jadi, parents, siap sedialah dengan jawapan, ya!
Mereka juga sudah bijak mengenal objek dan menggunakan imaginasi. Waktu inilah mereka seolah-olah ada “dunia fantasi” sendiri.
- Cara terbaik nak boost kemahiran kognitif anak adalah dengan beri mereka teka-teki
- Tanya mereka soalan dan benarkan mereka bercerita untuk menggalakkan imaginasi dan kreativiti
Perkembangan anak 3 tahun 8 bulan: Perkembangan sosial dan emosi
Apa yang paling best bila anak sudah masuk 44 bulan ialah kurangnya tantrum atau mengamuk. Ia lebih sedikit berbanding masa mereka lebih muda.
Nak tinggalkan anak dekat pengasuh pun tak susah dah sekarang. Mereka juga akan ada kawan tersendiri yang mereka suka.
Sebagai ibu bapa, anda boleh membantu perkembangan sosial dan emosi anak dengan:
- Membiarkan anak bermain dengan bebudak lain
- Galakkan mereka berkongsi, bergilir-gilir dan bekerjasama dengan kanak-kanak lain. Dengan cara ini, mereka lebih bersosial.
Jika anak seakan tidak suka berkawan dengan rakan-rakan yang lain, anda mungkin mahu membawanya berjumpa pakar pediatrik.
Perkembangan anak 3 tahun 8 bulan: Perkembangan bahasa dan percakapan
Ketika umur ini, mereka sudah boleh menyebut hampir 250 ke 500 patah perkataan. Jadi, mereka boleh menjawab soalan mudah, membina ayat, dan cakap dengan jelas.
Jika anda minta mereka ceritakan sesuatu, ha… panjanglah ceritanya itu!
- Anda boleh bacakan buku pada anak untuk membiasakan mereka dengan perkataan
Perkembangan anak 3 tahun 8 bulan: Perkembangan kesihatan dan pemakanan
Masuk bab kesihatan dan pemakanan, kanak-kanak pada usia ini boleh makan apa yang orang dewasa makan. Tapi jangan lupa sayur-sayuran dan buah!
Mereka masih memerlukan diet yang seimbang untuk tumbesaran. Jadi, pastikan mereka dapat 1,200 hingga 1,500 kalori setiap hari.
Berat normal bagi kanak-kanak usia 3 tahun 8 bulan ialah antara 10.4 ke 21.9 KG. Anda perlu mendapatkan nasihat pakar tentang vaksin pada umur ini.
Pakar biasanya akan menyuruh anda mengambil vaksin Hepatitis B, DPT, MMR, Varicella, Pneumococcal, Influenza B dan vaksin polio untuk anak anda.
Baca juga:
https://my.theasianparent.com/perkembangan-anak-43-bulan/