Anak umur 3 tahun 1 bulan seperti span yang menyerap "semua benda baru"

Perkembangan anak 37 bulan, anak anda kini sudah semakin berdikari dan juga boleh mereka cerita mudah. Jom baca perkembangan lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak anda yang berusia 37 bulan itu baru saja selesai menyambut hari lahirnya yang ketiga dan tiba-tiba dia bersemangat untuk belajar kemahiran dan benda baru.

Otak mereka seperti span yang tunggu untuk diisi dengan pengalaman baru. Antara sebahagian daripada perkembangan anak 37 bulan ialah si kecil anda itu semakin pandai berdikari.

Jom lihat apa lagi perkembangan anak di usia 3 tahun 1 bulan ini. 

Perkembangan anak 37 bulan: Perkembangan Fizikal

Dengan kemahiran motor kasar yang semakin baik, anak anda kini lebih pandai memanjat dan turun gelongsor dengan sendiri di taman permainan bulan ini.

Ini juga bermakna yang anda boleh bernafas dengan lega dan tak perlu memerhatikan mereka seperti helang.

Kawalan tambahan pada kemahiran motor halus juga bermakna anak sudah mampu menggunakan gunting dan mengenal huruf-huruf mudah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kemahiran motor halus yang lain juga termasuk tahu membawa air tanpa tumpah yang terlalu banyak, menukar mukasurat dan membukan dan memakai pakaian tanpa bantuan.

Jika anda telah mengajar anak cara yang betul untuk memegang pensil, mungkin anak sudah boleh melakukannya sekarang. Bagaimanapun, jangan rasa kecewa jika mereka belum boleh lakukannya. 

Tip: 

  • Mereka akan terus belajar berdikari dengan cuba melakukan perkara sendiri. 
  • Untuk menguatkan kekuatan jari anak, cuba suruh mereka asingkan butang atau manik mengikut warna. Tapi jangan lupa untuk awasi mereka kerana takut mereka tercekik.
  • Berikan anak anda pilihan yang banyak untuk melakukan seni seperti melukis, mewarna, memotong atau melekatkan kertas.

Bila anda perlu jumpa doktor

  • Jika anak anda sering jatuh, susah untuk naik atau turun tangga dan ada masalah untuk memegang objek kecil.

Perkembangan anak 37 bulan: Perkembangan Kognitif

Walaupun mereka masih belum boleh membezakan realiti dan fantasi, si kecil anda kini boleh bermain doktor atau meniru anda menjadi ibu. Mereka juga boleh mereka cerita mudah!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak kini faham dengan rutin dan boleh mematuhi arahan mudah. Anak anda juga boleh beri perhatian selama 4-8 minit, jadi cuba untuk tak beri mereka banyak arahan.

Anak anda mungkin rasa susah untuk menggabungkan dua aktiviti pada masa yang sama.

Tip: 

  • Biarkan anak anda berlatih mencari stoking yang sama semasa anda lipat baju.
  • Kenalkan anak dengan permainan yang melibatkan pengiraan.
  • Anda juga boleh buat flashcards untuk ajar mereka tentang bunyi haiwan, bentuk atau warna.

Anda perlu jumpa doktor: 

  • Jika anak anda tak boleh membina menara lebih dari empat blok dan tak suka bermain berlakon.

Perkembangan anak 37 bulan: Perkembangan Sosial dan emosi

Sebahagian dari perkembangan anak 37 bulan, anak anda kini pandai bermain dalam kumpulan dan menunggu giliran, berkongsi dan bekerjasama.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak anda juga sudah boleh merasa perasaan seperti cemburu, excited, takut, gembira dan marah. 

Tips:

  • Galakkan anak anda bermain dengan rakan sebaya.
  • Berikan perhatian semasa anak anda ingin bercakap atau bercerita.
  • Bincang dengan mereka jika anak anda tantrum. Mereka akan rasa lebih difahami. 

Anda perlu jumpa doktor: 

  • Jika mereka tak menunjukkan minat untuk bermain dengan kanak-kanak lain dan jika mereka tak membuat eye contact.

Perkembangan anak 37 bulan: Bahasa dan pertuturan

Mereka masih suka bertanyakan banyak soalan dan mereka juga banyak bercakap. Tapi, anda perlu berhati-hati apabila bercakap kerana tindakan dan perkataan anda mereka akan tiru dan buat.

Anak anda juga sukakan buku, lagu mudah dan lagu kanak-kanak. Galakkan kemahiran bahasa dengan membaca dan bercakap dengan mereka.

Anak anda kini tahu dalam purata 300 perkataan dan boleh membuat lima perkataan dalam satu ayat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tips:

  • Baca buku kegemaran mereka sebelum tidur.
  • flashcards dapat menguatkan memori mereka.
 

Anda perlu jumpa doktor: 

  • Jika anak anda keluar air liur selalu atau cakap tak jelas.

Perkembangan anak 37 bulan: Kesihatan dan nutrisi

Jika anak anda memilih untuk makan, tak apa. Berikan mereka pilihan makanan yang sihat dan galakkan mereka untuk cuba makanan baru. 

Bergantung pada umur, saiz dan tahap kecergasan, anak anda perlukan lebih kurang 1,000-1,400 kalori sehari.

Anak anda memerlukan nutrisi lebih kurang 4-5 oz bijirin, 1½ cawan sayur, 1½ cawan buah, 2 cawan susu dan 3-4 oz daging atau kacang.

Anda perlu jumpa doktor: 

  • Jika berat badan anak anda tak naik

*Perkembangan setiap anak adalah berbeza. Jika anda risau tentang perkembangan anak, terus jumpa doktor untuk mendapatkan nasihat.

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Artikel asal ditulis oleh Rosanna Chio, diterjermah dengan izin dari theAsianparent Singapore

Baca juga:

https://my.theasianparent.comperkembangan-anak-36-bulan/

Penulis

Nadia Ghafar