Masuk usia 3 tahun 2 bulan, anak anda makin bijak sesuaikan diri!

Cepat sungguh masa berlalu. Anak anda kini sudah berusia 3 tahun 2 bulan. Agak-agak, apa perkembangan anak 38 bulan ini? Mereka kini sudah berdikari!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tahniah, anak anda kini sudah masuk usia 3 tahun 2 bulan (38 bulan). Agak-agak, apa perkembangan anak 38 bulan ini? Kalau anda nak tahu, pada usia ini, anak anda akan lebih sosial dan banyak belajar.

Sebab itu mereka suka sangat jika dapat bermain dengan rakan-rakan. Jom kita tengok apakah perkembangan anak 38 bulan yang harus dijangka oleh anda.

Perkembangan anak 38 bulan: Perkembangan Fizikal

Salah satu perkembangan anak 38 bulan yang anda harus tahu ialah mereka kini sudah bijak berdikari. Mereka boleh berlari dan memanjat.

Malah, mereka juga boleh mengayuh basikal! Mereka boleh menyuap makanan sendiri, memakai kasut dan membuka butang baju.

Antara kemahiran lain yang akan anak anda belajar pada usia ini ialah:

  1. Naik turun tangga
  2. Mengayuh basikal
  3. Melompat
  4. Bawa minuman tanpa tumpah
  5. Tangkap bola

Tips untuk ibu bapa:

  • Benarkan mereka bermain, bawa ke taman permainan
  • Biar anak berkawan dengan kanak-kanak lain di taman permainan
  • Biar anak main pasir dan lumpur ataupun doh
  • Galakkan kemahiran berbasikalnya. Tapi jangan lupa pakai helmet!

Bila perlu jumpa doktor:

  • Bila anak tak pandang mata anda
  • Anak ada masalah mendengar atau melihat
  • Anak terlalu cuai seperti asyik jatuh ketika jalan dan berlari
  • Anak tidak boleh naik tangga

Perkembangan anak 38 bulan: Perkembangan Kognitif

Asyik bertanya adalah salah satu perkembangan anak 38 bulan! Mereka akan tanya pelbagai benda, jadi, anda perlulah bersabar, ya?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Antara kemahiran yang akan dicapai oleh anak yang berusia 3 tahun 2 bulan ialah:

  1. Semakin kreatif, ingin tahu
  2. Span perhatiannya meningkat hingga 4-8 minit
  3. Memorinya makin berkembang. Dia kini boleh menamakan warna
  4. Suka meniru aksi orang dewasa
  5. Memahami arahan yang diberi
  6. Boleh membuka tombol pintu atau jar yang tertutup

Tips untuk ibu bapa:

  • Bacakan buku pada anak
  • Galakkan cara dia bermain seperti beli set dapur dan lain-lain. Mereka sekarang suka meniru aksi orang dewasa
  • Nyanyi lagu yang simple
  • Ajak anak ke taman
  • Bina rutin tidur
  • Mewarna, melukis dan melakukan seni dengan anak

Bila perlu jumpa doktor:

  • Anak anda tak faham arahan mudah
  • Anak tak berminat dengan permainan

Perkembangan anak 38 bulan: Perkembangan Sosial dan Emosi

Anda akan perasan yang anak kini suka bergaul. Namun, mereka mungkin masih susah nak berkongsi permainan atau ikut turutan.

Akan tetapi, mereka kini lebih berdikari dan banyak cakap. Mereka juga akan rasa kesian pada orang lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Antara kemahiran sosial yang akan anak anda capai sebagai perkembangan anak 38 bulan ialah:

  1. Anak suka meniru aksi orang dewasa atau kawannya
  2. Mereka akan berinteraksi dengan kanak-kanak lain
  3. Mereka sudah tahu rasa cemburu, gembira, takut, marah, dan bahagia. 
  4. Mereka juga mungkin faham erti berkongsi dan menunggu giliran
  5. Mereka menunjukkan kasih sayang pada keluarga dan rakan-rakan
  6. Sudah boleh menggunakan tandas
  7. Membantu ibu di rumah

Tips untuk ibu bapa:

  • Biar anak bantu anda di rumah. Contohnya seperti meletakkan sesuatu barang
  • Galakkan mereka berinteraksi dengan kanak-kanak lain
  • Boleh ajar anak potty training ketika ini

Bila perlu jumpa doktor:

  • Anak tidak boleh berpisah dengan ibu bapa
  • Anak tidak mahu berkawan atau tidak berminat dengan kanak-kanak lain
  • Anak tak mahu pakai baju, tidur atau ke tandas

Perkembangan anak 38 bulan: Perkembangan Bahasa dan Percakapan

Salah satu perkembangan anak 38 bulan yang dahsyat ialah mereka kini memahami hampir 900 perkataan! Walau bagaimanapun, kemahiran komunikasi mungkin berbeza-beza bagi kanak-kanak.

Salah satu cara paling baik untuk menggalakkan tatabahasa anak ialah dengan membaca buat mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Antara perkembangan lain yang akan dicapai oleh anak pada usia 3 tahun 2 bulan ini ialah:

  1. Bercakap dengan jelas
  2. Membina ayat dengan 3 atau 4 perkataan
  3. Tahu menggunakan “saya”, “awak”, “kami”
  4. Boleh menyebut nama dan umur

Tips untuk ibu bapa:

  • Galakkan pembacaan buku
  • Terus bercakap dengan anak. Biar mereka tanya soalan
  • Biar anak bermain dengan kanak-kanak lain

Bila perlu jumpa doktor:

  • Jika anak tak boleh bina ayat dengan 3 perkataan
  • Salah guna “saya” dan “awak”
  • Tidak boleh bercakap

Perkembangan anak 38 bulan: Perkembangan Kesihatan dan Nutrisi

Anak anda memerlukan tenaga yang banyak ketika ini. Sebab itu, mereka harus mengambil banyak karbohidrat, lemak, protein, vitamin dan mineral. 

Roti, bijirin, nasi dan pasta antara sumber karbohidrat yang bagus. Susu dan yogurt pula sumber protein yang berkhasiat. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tips untuk ibu bapa:

  • Galakkan anak untuk makan sendiri, tapi jangan paksa anak makan
  • Beri sayur-sayuran yang lembut, dipotong kecil, dimasak 
  • Kalau anak cerewet makan, cuba masukkan buah-buahan dan sayur dalam makanan kegemaran mereka
  • Bagi anak minum air yang mencukupi

Bila perlu jumpa doktor:

Jika anak anda kurang berat badan dan kelihatan kecil berbanding umurnya, sila dapatkan pandangan pakar. 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Ayu Idris