Anak 3 tahun 4 bulan sudah pandai naik basikal, berkejaran lah lepas ini!

Baca artikel lengkap perkembangan anak 40 bulan dan ketahui jika perkembangan anak anda terbantut dan jika anda perlu bawa anak berjumpa doktor.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Si kecil anda membesar dengan cepat! Dalam perkembangan anak 40 bulan, banyak perkembangan yang anda boleh harap dari anak anda.

Pada usia 3 tahun 4 bulan, mari tengok beberapa perubahan dan perkembangan yang anak anda akan lakukan.

Perkembangan anak 40 bulan: Kemahiran fizikal

Anak kini dah pandai berjalan ke depan dan ke belakang dengan sangat baik. Mereka juga lebih yakin dengan kebolehan mereka untuk melompat dan berlari tanpa jatuh.

Naik dan turun tangga dengan bantuan juga adalah salah satu pergerakan kesukaan mereka.

Perkembangan motor pula, anak anda kini pandai mengawal krayon dan meniru bentuk mudah seperti bulatan. Mereka kini boleh memusingkan penutup untuk membuka barang dan meletakkan barang ke atas satu sama lain.

Tip keibubapaan:

Untuk membuatkan kemahiran motor mereka lebih baik, belikan basikal beroda tiga untuk belajar pergerakan kaki lain selain berjalan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Galakkan mereka untuk melompat dan berlari semasa bermain di taman, tapi jangan lupa perhatikan mereka!

Bila anda perlu berjumpa doktor:

Perkembangan terbantut boleh dilihat jika anak belum boleh untuk melompat, memanjat atau naik atau turun tangga tanpa bantuan.

Anak anda yang berusia 40 bulan ini patut boleh lompat setempat dan membaling bola dari atas kepala.

Jika anak anda tak boleh mengawal atau memusingkan objek, atau memegang objek kecil ini juga tanda perkembangan mereka terbantut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perkembangan anak 40 bulan: Kognitif

Pada usia 3 tahun 4 bulan, perasaan ingin tahu anak anda semakin bertambah. Mereka mula bertanyakan banyak soalan tentang persekitaran mereka.

Mereka juga sudah tahu tentang konsep masa dan konsep kesamaan dan bertentangan.

Mereka boleh mengira, tahu nama warna dan mengenali objek yang biasa dilihat atau digunakan seperti kereta, pinggan, kerusi dsb.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memori mereka juga semakin berkembang di mana mereka akan lebih mengingati cerita atau sebahagian dari cerita atau mengenali buku cerita melalui karakter.

Tip keibubapaan:

Anda akan membantu anak anda untuk lebih mengenali persekitaran mereka dengan bersabar ketika mereka bertanyakan soalan dan menggalakkan mereka untuk bertanya.

Baca buku untuk mereka bagi menajamkan memori, imaginasi dan kebolehan mereka untuk berkomunikasi.

Suruh mereka untuk ulang kembali beberapa perkataan dan situasi semasa anda bercerita kepada mereka.

Bila anda perlu berjumpa doktor:

Jika anak anda tak boleh mengira langsung atau mengenali apa-apa objek, anda perlu bincang dengan doktor.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perhatikan bagaimana anak anda berinteraksi dengan persekitaran mereka, jika mereka tak rasa ingin tahu atau tak ambil tahu, jumpa dengan doktor.

Perkembangan anak 40 bulan: Sosial dan emosi

Pada usia ini, anak anda akan lebih berdikari dan mula pandai mengawal emosi mereka.

Memberi kerjasama, menyelesaikan masalah dan menunjukkan kasih sayang kepada keluaga dan rakan adalah salah satu perkembangan yang anda boleh lihat sebelum mereka berusia 4 tahun.

Ketika bermain mereka juga tahu untuk berkongsi dan menunggu giliran. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tip keibubapaan: 

Kerana imaginasi mereka yang tinggi, mereka mula membina rasa takut dan anda perlu sabar melayan ketakutan mereka.

Galakkan mereka untuk berkongsi mainan dengan rakan semasa bermain dan jadikan tabiat untuk mereka mengikut arahan mudah seperti simpan mainan atau habiskan makanan.

Bila anda perlu berjumpa doktor:

Perhatikan anak anda jika mereka kurang kawalan diri sendiri atau tak boleh membuat eye contact. Jika anak anda mempunyai masalah untuk berpisah atau menunjukkan minat yang kurang untuk bermain dengan rakan, anda perlu bawa mereka berjumpa doktor.

Perkembangan anak 40 bulan: Bahasa dan pertuturan

Di usia ini anak anda boleh bercakap banyak oerkataan baru setiap hari serta nama mereka sendiri. Mereka juga boleh bercerita pada anda dengan bahasa yang lebih jelis walaupun gagap adalah biasa untuk anak usia ini.

Anak anda akan menunjukkan minat untuk berkomunikasi dan respon pada soalan anda serta berkomunikasi dengan kanak-kanak sebaya mereka.

Tip keibubapaan:

Galakkan anak anda untuk bercakap dan bercerita serta menyebut nama dan umur mereka ketika mengenalkan diri mereka.

Bila anda perlu berjumpa doktor:

Beberapa tanda perkembangan lambat termasuk tak boleh bercakap ayat lebih jika dari tiga perkataan. Perhatikan jika anak anda banyak keluar air liur atau susah untuk menggabungkan perkataan. Jika mereka dilihat sukar untuk berkomunikasi atau menerima arahan, jumpa doktor secepat mungkin.

Perkembangan anak 40 bulan: Kesihatan dan nutrisi

Anak anda memerlukan pemakanan yang seimbang dan sihat untuk menyokong perkembangan mereka.

Mereka memerlukan 2 oz protein, 1 cawan buah, 1 cawan sayur, 2 cawan tenusu dan 3 oz bijirin setiap hari.

Berat badan normal mereka pada usia ini adalah 10.4 ke 21.9 kg.

Pastikan juga anak anda mendapat imunisasi dari doktor.

Tip keibubapaan:

Penyakit biasa pada usia ini adalah selsema, demam campak, cirit-birit dan alahan makanan. incang dengan doktor untuk elakkan perkara ini.

Anak ada juga sudah boleh tidur sepanjang malam walaupun kadang-kadang mereka mempunyai mimpi ngeri kerana imaginasi mereka yang semakin tinggi.

Bila perlu berjumpa doktor:

Jika berat badan anak anda kurang atau kecil untuk usia mereka atau tak ada selera makan, anda perlu berjumpa dengan doktor.

Tapi anda perlu ingat yang hanya kerana anak anda kelihatan lambat dalam perkembangan mereka, ini tak bermakna anda perlu risau, setiap anak berkembang mengikut masa mereka sendiri.

Perkembangan mereka sepatutnya konsisten. Tapi, jika anda suspek yang perkembangan anak anda terbantut, minta bantuan dari pakar dan ambil tahu bagaimana cara untuk anda membantu mereka.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautban yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Sumber: Artikel asal ditulis oleh Bianchi Mendoza; diterjemah dengan izin dari theAsianparent Singapore

Baca juga:

https://my.theasianparent.comperkembangan-anak-3-tahun-3-bulan/

Penulis

Nadia Ghafar