Dalam masa beberapa bulan saja lagi, anak anda akan masuk umur 4 tahun. Sekejapnya! Anak anda kini berusia tiga tahun tujuh bulan. Apa perkembangan anak 43 bulan ini? Jom tengok.
Perkembangan anak 43 bulan: Perkembangan Fizikal
Anak anda bergerak tak kira masa. Anda akan lihat dia turun dan naik tangga dengan yakin (anda perlu pesan pada mereka supaya jangan lari!).
Untuk anak umur 43 bulan, mereka lebih suka bermain di tempat yang mereka bebas berlari dan bermain, Jadi mungkin anda perlu bawa mereka bermain di taman permainan, menaiki basikal dan main kejar-kejar dengan mereka.
Untuk kemahiran motor halus, anak anda kini boleh meniru anda membina menara menggunakan lego sama dengan apa yang anda lakukan!
Mereka juga lebih selesa untuk menggunakan pensil dan krayon. Jadi jika anda lukis bentuk empat segi, anak anda sudah boleh meniru lukisan anda!
Tip:
- Galakkan aktiviti yang melinatkan pergerakan fizikal.
- Mereka masih belum faham dengan bahaya tempat tinggi, jadi pastikan anda jauhkan mereka dari tempat tinggi yang buat mereka rasa nak terjun.
- Anda juga boleh mula mengajar mereka menaiki basikal roda dua!
- Belikan mereka buku mewarna dan biarkan anak anda menunjukkan kreativiti mereka.
Anda perlu jumpa doktor:
Jika anak anda tak boleh memegang krayon atau pensil atau memegang gunting dengan betul.
Perkembangan anak 43 bulan: Perkembangan Kognitif
Tip:
- Biarkan anak anda menolong anda membuat kerja rumah yang mudah.
- Sabar dengan soalan-soalan mereka yang tanpa henti.
- HAti-hati dengan kandungan di televisyen kerana mereka mudah serap apa yang mereka lihat.
- Bawa anak membeli-belah untuk baju dan biarkan mereka pilih apa yang mereka suka.
Anda perlu jumpa doktor:
Jika anak anda tak boleh beri perhatian dan tak tanya soalan.
Perkembangan anak 43 bulan: Perkembangan sosial dan emosi
Anak anda juga akan bermain sendiri dalam masa 20 minit atau lebih tapi mereka masih mencari anda jika mereka perlukan perhatian dan ketenangan.
Mereka juga kini sensitif dengan perasaan orang lain. Ini adalah cara mereka untuk memupuk identiti sendiri.
Mereka juga gemar bermain dalam kumpulan walaupun untuk masa yang singkat.
Tip:
- Biarkan mereka bermain sendiri ketika di rumah dan galakkan aktiviti yang melibatkan kreativiti.
- Terangkan emosi yang sukar seperti cemburu untuk buat mereka faham apa yang mereka rasa.
- Jika merek adengar dan ikut cakap anda, puji mereka.
Anda perlu jumpa doktor:
Jika anak anda masih suka bersendiri dan tak bermain dengan rakan sebaya atau orang selain keluarga.
Perkembangan anak 43 bulan: Bahasa dan pertuturan
Anda perlu jumpa doktor:
Jika anak anda tak boleh menggunakan ayat mudah dan masih keliru dengan perkataan mudah seperti “saya” dan “awak” kerana mereka mungkin mengalami masalah percakapan.
Perkembangan anak 43 bulan: Kesihatan dan nutrisi
Pada usia ini mereka mungkin tak makan sebanyak dulu. Ini adalah beberapa menu mudah yang boleh anda sediakan sepanjang hari:
Sarapan | 1 roti bakar dan 1 sudu mentega kacang dan 1 cawan susu |
Snek lewat pagi | 1 cawan blueberry dan setengah cawan yogurt |
Makan tengahari |
1 burger kecil (dengan salmon, ayam, daging atau kambing) dengan fries keledek dan limau kecil ATAU Nasi perang goreng dengan ayam hancur atau daging hancur dan setengah epal |
Snek petang |
Lobak atau timun cicah hummus |
Dinner | Setengah cawan pasta dan sos tomato bersama sayur dan setengah cawan strawberi |
Tips:
- Anak anda mungkin memilih makanan dan ingin menukar menu setiap hari. Beri mereka pilihan makanan yang berkhasiat.
- Tutup TV kerana anak anda mudah terpengaruh dengan makanan segera dan makanan ringan yang diiklankan.
Anda perlu jumpa doktor:
Jika berat badan anak tak bertambah.
Luangkan masa dengan anak anda kerana mereka memerlukan perhatian dan kasih sayang lebih-lebih lagi di usia ini.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Artikel asal ditulis oleh Sarah Voon, diterjermah dengan izin dari theAsianparent Singapore
Baca juga:
https://my.theasianparent.comperkembangan-anak-usia-42-bulan/