10 Perkara Yang Anda Harus Hargai Semasa Si Kecil Itu Berusia 2 Tahun

Perkembangan anak berusia 2 tahun semakin hebat. Mereka sudah pandai bercakap, berlari dan bersembang. Ini 10 benda yang patut anda hargai waktu ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perkembangan anak berusia 2 tahun

Dua tahun adalah umur di mana si kecil anda itu sudah pandai melakukan banyak perkara baru. Perkembangan anak berusia 2 tahun sudah bertambah, mereka boleh berlari, ketawa dan bercakap.

Young Parents telah mengongsikan 10 perkara yang harus anda hargai semasa anak anda berusia 2 tahun.

Perkara tersebut adalah:

1. Parti hari lahir kedua

Kredit: BabyDotDot

Berbanding parti hari lahirnya yang pertama, yang kedua lebih rancak dan menyeronokkan. Kawan-kawannya akan hadir dan anak anda teruja dengan kehadiran mereka.

Malah lebih banyak aktiviti boleh dilakukan semasa parti keduanya ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Lebih banyak perkataan 

Semakin banyak perkataan yang dia belajar! Malah komunikasi anda dan anak anda semakin mudah kerana dia sudah faham lebih banyak perkara.

Anda juga sudah boleh bersembang dengannya.

3. Suka dengan buku

Kredit: Huffington Post

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dia akan suka duduk di riba anda dan meminta anda membacakan buku kegemarannya.

Cerita yang mungkin sudah berpuluh kali anda bacakan, tetapi lebih dia menghafal cerita tersebut, dia lebih teruja. Hargai saat mereka mahu berpeluk dan mendengar cerita anda.

4. Kebaikan dari hati

Tidak kira berapa banyak kali mereka mengamuk, pasti akan ada momen mereka menunjukkan kebaikan. Yang bukan dibat-buat, ikhlas dari hati.

Contohnya ketika melihat anda kepenatan mengemas, dia datang berlari memeluk anda dan berkata “Sorry ibu”, cair bukan?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5. Sifat ingin tahu

Semua perkara adalah menakjubkan buatnya, semuanya menarik minatnya. Termasuklah melihat anda membuat perkara biasa, seperti mencabut rumput.

Mereka akan meniru apa yang anda buat dan bertanya bermacam soalan.

6. Waktu tidur

Dia mahu anda tidurkannya, selimutkannya dan menciumnya sebelum tidur. Momen tenang dan relaks ini tidak akan bertahan selamanya.

7. Teruja berjumpa anda

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila anda menjemput mereka dari taska atau pulang ke rumah dari tempat kerja. Mereka akan berlari memeluk dan mencium anda. Membuatkan rasa penat sepanjang hari hilang.

8. Semua yang pertama

Di usia ini, dia akan lebih banyak belajar membuat sesuatu baru. Akan ada banyak saat pertama kali buatnya. Ini semua layak dihargai dan diingati.

9. Hubungan adik beradik

Sesetangah ibu bapa akan mempunyai anak yang kedua di ketika ini. Awalnya, mungkin terdapat kesukaran untuk membiasakan diri. Namun lama-kelamaan, mereka akan mula mempunyai hubungan yang penuh kasih sayang.

Anda tidak akan lupa saat pertama anak anda memeluk adiknya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

10. Kepercayaan

Dia akan percaya anda sebagai penjaganya. Kebolehan anda memujuknya di kala sedih, membantu kesusahannya, membuatkannya selesa ketika sakit. Dia akan melihat anda dengan penuh kepercayaan di dalam matanya.

Hargai semua detik ini. Setiap peringkat umur hanya datang sekali dan tidak mungkin dapat diulangi. Tahun ini anak anda telah mencapai banyak kemajuan berbanding tahun lalu, hargainya.

Sumber: youngparents

Baca juga:

12 Tingkah Laku Baik Yang Semua Kanak-Kanak Perlu Belajar Sedari Umur 2 Tahun

30 Perkara Anak Anda Harus Faham Dan Cakap Sebelum Usia 2 Tahun

Anak Kecil 2 Tahun Tidak Peduli Perasaan Orang Lain – Jangan Paksa Mereka Minta Maaf

 

Penulis

Aqma