Ini Perkembangan Anak Umur 4 Tahun 6 Bulan, Mereka Makin Berdikari & Terlebih Berani!

undefined

Antara perkembangan anak umur 4 tahun 6 bulan adalah mereka lebih berdikari dan berani. Mereka ada 'tantrum' sendiri juga ya!

Beraninya anak pada usia ini! Ada saja perkara baru nak dicuba dalam perkembangan anak umur 4 tahun 6 bulan. Adakah anak anda kini semakin berdikari? Boleh ditinggalkan bermain sendirian lebih lama? 

Mereka kini lebih yakin dan semakin berani. Namun, dia juga kadang-kala ada ‘tantrum’ sendiri. Mari lihat perkembangan anak kecil anda.

Perkembangan Anak Umur 4 Tahun 6 Bulan: Perkembangan fizikal

perkembangan anak umur 4 tahun 6 bulan

Anda mesti agak penat melayan anak yang cukup aktif pada usia ini. Dia suka berlari, melompat, memanjat, dan menendang bola. Dia juga boleh:

  • Berjalan ke depan dan belakang
  • Berdiri pada satu kaki lebih 4 saat

Pegangan tangan juga semakin kukuh. Dia boleh memegang sudu dan garpu, melukis bentuk mudah, menyusun blok, menggunakan gunting kanak-kanak, dan memberus gigi.

Tip untuk ibu bapa

Ajar anak anda bermain pelbagai aktiviti, biarkan dia memakai baju, zip dan pasang butang sendiri.

  • Biarkan anak menyusun blok untuk melatih kemahiran menggenggam
  • Latih koordinasi tangan dan mata dengan membaling dan menangkap bola

Bila perlu berjumpa doktor

Jumpa doktor jika anda melihat anak tidak boleh memegang pensel atau krayon, sukar membaling dan menangkap bola, sukar bermain, berlari dan melompat.

Perkembangan sosial dan emosi

Pada usia ini anak anda lebih berdikari dan personalitinya mula berkembang. Dia ingin menggembirakan semua orang termasuk keluarga dan rakan, dan paling utama ialah anda! Dia kini boleh:

  • Berkongsi mainan
  • Bermain dalam kumpulan dan patuh peraturan
  • Menyatakan emosi dengan perkataan

Tip untuk ibu bapa

Biarkan anak tenang dan menangani kekecewaannya dengan memberi kata-kata semangat seperti “Tidak mengapa, kamu boleh cuba lagi selepas ini.” Anda mungkin ingin:

  • Biarkan dia fokus dan sentiasa memberi sokongan
  • Galakkan dia berekspresi biarpun emosi yang negatif

perkembangan emosi anak umur 4 tahun 6 bulan

Bila perlu berjumpa doktor

Dapatkan nasihat doktor jika anak sangat malu, takut, atau agresif, ingin bersendiri dan tidak boleh fokus  lebih daripada 5 minit.

Perkembangan kognitif

Anak anda semakin belajar tentang dunia sekeliling dan berimaginasi. Malah, dia boleh menggunakan logik untuk menjawab soalan mudah dan ada daya kreativiti sendiri. Selain itu, dia juga:

  • Boleh mengira hingga 10 objek, mengenali 4 warna, dan 3 bentuk

  • Kenal beberapa huruf dan boleh menulis nama sendiri

Tip untuk ibu bapa

Biarkan anak membantu membuat kerja rumah mudah dan jadi lebih tanggungjawab. Kenalkan warna baru dan bermain suai padan objek dengan warna. 

  • Tunjuk kepada objek berlainan di dalam rumah dan minta anak kenal pasti
  • Latih anak dengan rutin harian supaya dia menjadi lebih tersusun

perkembangan kognitif anak umur 4 tahun

Bila perlu berjumpa doktor

Jika anak anda tidak dapat mengenali warna asas, warna biru atau hijau, beberapa bentuk asas dan tidak memahami arahan mudah, dapatkan nasihat pakar.

Perkembangan bahasa dan pertuturan

Anak anda pada usia ini sangat banyak cakap! Penguasaan kata sehingga 1,500 patah dan ia semakin berkembang. Dia turut:

  • Mengingati baris ayat daripada buku kegemaran
  • Kenal beberapa huruf kecil
  • Mengenali nama ketika membaca 

Tip untuk ibu bapa

Gunakan kad imbas untuk mengajar huruf dan perkataan mudah, dan kad nombor untuk mengajar mengira. Anda juga perlu:

  • Galakkan anak anda untuk menulis nama sendiri menggunakan pen dan kertas 
  • Baca cerita sebelum waktu tidur, dan terangkan kepadanya perkataan khusus 

Bila perlu berjumpa doktor

Jika anda anda mengalami kesukaran mengira 1 hingga 10, sukar menulis nama sendiri, dan tidak mengenali sebarang huruf, anda perlu mendapatkan nasihat pakar. 

nutrisi anak 4 tahun 6 bulan

Kesihatan dan nutrisi

Pada usia ini anak anda perlu makan lebih banyak sayur-sayuran, buah-buahan, produk tenusu rendah lemak, protein tanpa lemak, dan bijirin dan roti bijirin penuh. 

Elak minuman manis dan bergas. Pastikan anak divaksin dan waspada terhadap penyakit  seperti demam, beguk, campak, dan cacar air.

Bila perlu berjumpa doktor

Jika anda perasan tubuh anak semakin susut, demam panas, sangat mudah berubah emosi dan timbul lebam dan sakit selepas jatuh, segeralah berjumpa doktor.

Luangkan banyak masa dengan mereka dan selalulah bertanya tentang hari mereka.

Baca juga:

7 perangai nakal anak selepas mereka masuk usia 4 tahun pula!

 

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!