Perkembangan Anak Umur 4 Tahun 7 Bulan, Lagak Mereka Macam Orang Dewasa Kini!

Adakah perkembangan anak umur 4 tahun 7 bulan anda di landasan yang betul? Semak artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut tentangnya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada usia 4 tahun 7 bulan, anak lagaknya seperti orang dewasa! Dia semakin berdikari, berkeyakinan tinggi, dan kadang-kala agak ‘bossy’. Itulah salah satu perkembangan anak umur 4 tahun 7 bulan yang anda perlu peka!

Bersedialah untuk berdebat dan mungkin ibu bapa ingin mencuba perbualan dengan kod rahsia sekarang.

Perkembangan Anak Umur 4 Tahun 7 Bulan: Perkembangan Fizikal

Anak anda mungkin akan mula melompat-lompat menjelang jam 5 petang kerana dia tahu ia adalah masa untuk beriadah di taman.

Bermain amat penting untuk perkembangan anak anda. Justeru, ia adalah aktiviti yang bermanfaat untuk mendorong mereka bermain bersama kanak-kanak lain, atau menjelajah kawasan bermain yang selamat seperti taman permainan.

Aktiviti-aktiviti sebegini akan meningkatkan kemampuan fizikalnya dan menjadikannya lebih kuat.

Petua keibubapaan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sentiasa bawa air apabila anda pergi ke taman dan pakaikan topi keledar dan pelapik lutut jika dia berbasikal atau bersiar-siar. Sekiranya anda berada di luar pada waktu senja, bawa pelekat penghalau nyamuk.

Bila perlu berjumpa doktor

Rujuk pakar jika anak anda tidak dapat menyusun lebih daripada 8 blok, tidak boleh memegang krayon atau berus cat, dan tidak boleh menyarung pakaian sendiri atau mencuci dan mengeringkan tangan mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perkembangan anak umur 4 tahun 3 bulan: Perkembangan kognitif

Anak kecil anda mungkin sangat banyak bercakap dan boleh berbual panjang bukan hanya dengan anda, tetapi juga dengan kawan-kawannya.

Pada usia ini, anak anda kini boleh menggunakan logik untuk bertanya dan menjawab soalan-soalan dan mampu untuk memahami apa yang telah lepas, sekarang dan akan datang.

Sebagai contoh, mengetahui apa yang telah mereka lakukan, apa yang mereka sedang lakukan dan apa yang mereka akan lakukan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Petua keibubapaan

Galakkan anak anda bermain dengan perkakasan asas harian untuk menguji imaginasi dan kreativitinya seperti menjadikan kuali kecil atau pan sebagai mainan unik. 

Sesekali, biarkan anak anda bermain dengan mainan yang lebih canggih dan mencabar untuk menguji perkembangan minda mereka.

Bila perlu berjumpa doktor

Sekiranya anda mendapati bahawa anak anda sangat takut, malu atau agresif, tidak dapat memberi tumpuan kepada tugas selama lebih dari 5 minit, seringkali kelihatan sedih, gelisah dan tidak menunjukkan perubahan emosi, anda mungkin ingin berjumpa pakar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perkembangan anak 4 tahun 7 bulan: Perkembangan sosial dan emosi

Anak anda mula belajar bahawa dunia tidak berputar hanya di sekelilingnya. Sekarang, dia memahami bahawa orang lain juga mempunyai perasaan.

Anda akan mula mendengar mereka menyelesaikan konflik dan semakin terbuka untuk berkongsi dan bergilir. Mereka juga boleh menyatakan emosi negatif secara lisan dan bukannya secara fizikal.

Petua keibubapaan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Galakkan anak anda untuk menyatakan apa yang dia rasa, sama ada positif atau negatif. Biarkan dia memahami dan menyelesaikan konflik emosinya.

Bila perlu berjumpa doktor

Sekiranya anak anda tidak boleh jauh dari anda dan ingin menyendiri serta tidak memberi respons, anda perlu mendapatkan nasihat pakar.

Kesihatan dan nutrisi

Rata-rata anak berumur 4 tahun 7 bulan mempunyai ketinggian 100.3-107.9cm tinggi dan berat di antara 15.4 dan 17.9kg. Diet seimbang adalah penting untuk pertumbuhan dan pembelajaran anak anda serta untuk bekalan tenaga seharian.

Penyakit-penyakit biasa ketika usia ini ialah batuk, demam dan jangkitan telinga, selesema biasa, cacar air, campak, beguk, dan alahan makanan.

Bila perlu jumpa doktor

Pastikan anda berjumpa dengan doktor jika anak anda muntah berterusan atau cirit-birit, mempunyai ruam yang tidak mahu pulih, menyakitkan atau mendalam ke dalam kulit serta demam pada suhu tinggi dan menyakitkan.

Semoga info ini bermanfaat!

Baca juga:

7 perangai nakal anak selepas mereka masuk usia 4 tahun pula!

Penulis

Ayu Idris