Galakkan Anak Untuk Berimaginasi! Ibu Ayah, Ini Perkembangan Anak 5 Tahun 2 Bulan

Jika anda tidak membacakan buku kepada anak sebelum tidur, ini masa terbaik untuk mulakannya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Wah si manja kini semakin membesar, menjadi seorang yang riang dan optimistik. Apakah yang ibu bapa perlu tahu tentang perkembangan anak umur 5 tahun 2 bulan mereka?

Berikut kami senaraikan apa yang ibu bapa perlu jangka tentang perkembangan anak usia 5 tahun 2 bulan.

Perkembangan Anak Umur 5 Tahun 2 Bulan: Perkembangan Fizikal

  • Naik turun tangga tanpa sebarang bantuan
  • Jalan ke hadapan dan ke belakang tanpa terjatuh
  • Melompat dengan yakin
  • Memasang butang dan menggunakan zip
  • Memilih untuk menggunakan tangan kanan atau kiri
  • Belajar untuk memegang pensil dengan dua jari dan ibu jari
  • Menggunakan kutleri dengan mudah

Tips Untuk Ibu Bapa

  • Beri anak anda lebih masa untuk bermain di luar.
  • Atur temujanji untuk anak anda dan rakan-rakan mereka bermain bersama-sama
  • Masukkan anak anda ke dalam sebarang kelas yang menyeronokkan seperti karate, tarian atau berenang.
  • Mula meminta tolong daripada anak anda untuk menyediakan sarapan. Ajar anak anda untuk membersihkan sebarang tumpahan.

Bila Anda Perlu Berjumpa Dengan Doktor

Jika anak anda:

  • Gagal menggosok gigi atau membersihkan tangan tanpa bantuan
  • Tak boleh membina menara dengan ketinggian lebih daripada 8 blok mainan

Perkembangan Anak 5 Tahun 2 Bulan: Perkembangan Kognitif

  • Kenal pasti kebanyakan objek dan fungsi objek-objek tersebut
  • Faham konsep wang serta tahu perbezaan antara wang kertas dan syiling
  • Arif tentang konsep cerita yang mempunyai awal, pertengahan dan pengakhiran
  • Boleh nyatakan jika ada nombor dan huruf yang tidak mengikut urutan
  • Fokus dengan satu aktiviti selama 15 minit atau lebih
  • Merancang aktiviti seterusnya

Tips Untuk Ibu Bapa

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Mainkan peranan watak buku apabila membaca dengan anak anda
  • Bawa anak anda membeli-belah untuk kenalkan kepada pelbagai objek.
  • Berlatih menulis dan melukis dengan anak anda.

Bila Anda Perlu Berjumpa Dengan Doktor

Jika anak anda:

  • Tiada minat terhadap sebarang aktiviti
  • Tidak bermain peranan atau berimaginasi

Perkembangan Anak 5 Tahun 2 Bulan: Perkembangan Sosial dan Emosi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Suka bermain dengan kanak-kanak lain
  • Bermain “masak-masak”
  • Blok permainan adalah antara kegemaran anak anda
  • Berayun, memanjat dan melompat
  • Mengikut tingkah laku rakan-rakan mereka
  • Gembira apabila mendapat perhatian

Tips Untuk Ibu Bapa

  • Apabila anak anda sedang bercerita tentang sesuatu kejadian, tanya apa yang mereka rasa tentang kejadian tersebut
  • Biasakan bermain permainan yang mempunyai peraturan
  • Galakkan anak anda untuk bermain sendiri dalam dunia imaginasi mereka juga

Bila Anda Perlu Berjumpa Dengan Doktor

Jika anak anda:

  • Tak boleh bertentang mata atau bercakap dengan orang lain
  • Sentiasa nampak sedih 
  • Tidak menunjukkan pelbagai jenis emosi

Perkembangan Bahasa dan Komunikasi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Bercerita dengan ayat-ayat yang penuh
  • Kenal pasti kebanyakan huruf
  • Mampu berjenaka 
  • Mengikut arahan mudah yang terdiri daripada beberapa peringkat

Tips Untuk Ibu Bapa

  • Ambil masa untuk membaca kepada anak anda sebelum tidur
  • Berbual dengan anak anda tentang hari mereka dan hari anda
  • Jika anak anda sedikit gagap, sabar menunggu mereka habiskan ayat mereka. Cadangkan kepada mereka untuk fikir dulu apa yang ingin disampaikan sebelum bercakap.

Bila Anda Perlu Berjumpa Dengan Doktor

Jika anak anda:

  • Tiada keinginan untuk bercerita tentang aktiviti harian mereka
  • Gagal menyebut nama penuh mereka
  • Tidak mampu menghabiskan satu ayat yang penuh

Perkembangan Anak Umur 5 Tahun 2 Bulan: Perkembangan Nutrisi

  • Ketinggian normal mereka adalah antara 106 cm – 112 cm dan berat normal mereka adalah antara 17 kg – 20.3 kg.
  • Anak anda sekarang perlukan lebih kurang 1,200 – 1,600 kcal setiap hari.

Jumlah sajian yang dicadangkan: 

  • 3 – 5 auns protein
  • 1 – 1.5 cawan buah-buahan
  • 1.5 – 2.5 cawan sayur-sayuran
  • 4 -6 auns bijirin
  • 2.5 cawan susu

Vaksin dan Penyakit Kerap

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada usia ini, anak anda telah lengkap mendapat perlindungan vaksin sepenuhnya. 

Penyakit yang kerap berlaku di usia begini adalah seperti selsema, flu dan juga jangkitan penyakit kaki, tangan dan mulut.

Bila Anda Perlu Berjumpa Dengan Doktor

Jika anak anda:

  • Terlalu kurus atau terlalu pendek
  • Mempunyai perubahan berat badan yang mendadak
  • Demam panas dengan suhu lebih daripada 39 celcius
  • Terdapat kesan lebam atau gatal-gatal di tubuh badan

Semoga bermanfaat!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga:

Anak 1 tahun 6 bulan suka tiru aksi parents – jadi apa anda perlu buat?

 

Penulis

Beto Rahman