Anak umur 1 tahun 4 bulan gemar dibacakan buku cerita

Anda sudah bersedia untuk tahu tumbesaran anak umur satu tahun empat bulan? Jom kita lihat satu persatu perkembangan si kecil itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Eh, eh macam sekejap saja si kecil itu  masuk ke perkembangan anak usia 16 bulan. Sedangkan, sakit bersalin pun masih terasa dan sukar nak dilupakan! 

Tapi dalam perkembangan anak usia 16 bulan ini, anda perasaan tak anak bunyi macam ini bila naik kereta, “Mummy, vroom..vroom..” Inilah imagainasi anak-anak dalam usia ini bila menaiki kereta.

Peringkat yang seterusnya ini adalah dari sudut tumbesaran kognitif yang positif. 

Perkembangan anak usia 16 bulan 

Kredit:: Nikita ID

Perkembangan anak usia 16 bulan dari sudut fizikal 

#1. Asyik nak masuk dapur

Seronok lihat perkembangan anak usia 16 bulan ini. Manakan tidak si kecil itu semakin ligat. Ada saja yang dia nak main sedangkan mainan yang dibeli ayah bersepah depan mata.

Tapi yang lebih menarik hatinya adalah nak masuk ke dalam dapur. Kalau sudah ‘terlepas’ habis semua mangkuk, pinggan dan perkakas dapur dikeluarkannya dari kabinet. Aduhai! 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Lincah berlari dan memanjat 

Dia semakin lincah berlari ke sana sini dan memanjat. Itulah hobinya setiap hari. Kalau dilarang lagi bertambah protes si kecil ini. Biarkanlah saja tapi anda harus sentiasa pantau supaya dia tidak tercedera. 

Ketika perkembangan anak usia 16 bulan ini juga, anda boleh lihat dia sangat gemar bermain diluar terutama bila diajak ke taman permainan atau bermain pasir di pantai. Ketawa dan tersengih saja si kecil itu, tanda suka! 

Perkembangan anak usia 16 bulan dari sudut kognitif 

kredit: baby center

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Bermain telefon 

Semakin bijak si kecil itu terutama dia cemburu bila anda memegang telefon bimbit. Lantas dia cuba merampasnya dari tangan anda. 

Kemudian dia akan ‘olok-olok’ buat panggilan telefon tapi butir bicaranya sedikit pelat dan tak jelas. hehe. 

Namun itu adalah perkembangan anak usia 16 bulan yang paling bagus tanda kekuatan minda dia semakin baik walaupun hanya berpura-pura. 

#2. Membaca buku cerita 

Dia sangat gemar bila anda membacakan buku cerita kepadanya. Paling tidak 10 ke 20 minit. Dia akan kusyuk mendengar dengan wajah yang berkeruk-keruk. Faham ke tidak itu? 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tapi antara yang paling dia suka adalah membacakan buku ketika dia masuk tidur. Itu antara yang menjadi kesukaannya setiap hari. Dia akan menantikan cerita apa yang akan dibacakan oleh ibu atau ayah padanya. 

Perkembangan anak usia 16 bulan dari sudut sosial dan emosi 

#1. Tak suka berkongsi

Anak kecil anda seperti kanak-kanak yang lain, di mana dia tidak suka berkongsi. Kalau nampak barangnya diambil orang lain, dia akan merampas kembali.

Bahkan mainan, makanan dan perhatian juga dia tidak suka berkongsi. Baginya keperluannya lebih diutamakan berbanding kepentingan orang lain. 

#2. Memahami emosi orang sekeliling 

Dia mula memahami emosi dan empati terhadap orang sekeliling. Contohnya jika dia menumbuk kecil bahu anda. Kemudia anda buat-buat nangis. Selang beberapa minit, dia akan berasa sedih. 

Perkembangan anak usia 16 bulan sudut bahasa 

#1. Belajar bagaimana nak berkomunikasi 

Dalam perkembangan anak usia 16 bulan ini, si kecil sedang belajar bagaimana untuk mengadakan perbualan. Bahkan dia akan mengajuk cara percakapan anda. Contohnya jika anda kata TIDAK, dia pun akan ulang semula perkataan itu. Comel, kan? 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda juga dapat melihat dia cuba membuat keputusan terhadap sesuatu perkara seperti bila nak mandi, bila nak bermain, memilih baju sendiri dan sebagainya. 

Sabar ya, suatu hari nanti pertuturan anak kecil anda akan didengari. Cumanya anda harus banyakkan bercakap dengan si kecil itu. Supaya dapat melatihnya bertutur dengan cepat. 

Perkembangan anak usia 16 bulan sudut pemakanan 

kredit: friso

#1. Selera makan turun naik 

Tidak semua kanak-kanak lapar selepas bangun tidur. Kadang-kadang selepas satu jam bangun baru dia akan minta makan atau bancuhkan susu buatnya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apatah lagi selera makannya juga turun naik. Contohnya, hari ini dia cukup berselera makan ikan tapi esok mengelak dari makan ikan. Malah hari seterusnya dia langsung tak sentuh. 

#2. Siapkan makanan ringan 

Dalam perkembangan anak usia 16 bulan ini, ibu harus lebih bijak dalam mempersiapkan makanan buat si kecil seperti menyediakan makanan ringan yang sihat seperti buah, roti, oat dan pasta. 

Tip keibubapaan 

  • Dalam usia ini si kecil suka bermain air. Jadikan masa mandi sesuatu yang menyeronokkan bagi mereka. 
  • Jika anak anda hanya konsisten menggunakan satu tangan atau tiada tanda-tanda nak menulis, dapatkan nasihat dan bimbingan dari pakar pediatrik. 
  • Sekiranya anak sangat cerewet soal makan. Siapkan kreativiti makanan yang sihat supaya dapat menarik perhatian seleranya. 

Namun harus diingatkan tumbesaran setiap kanak-kanak adalah berbeza. Jangan cuba bandingkan anak anda dengan anak orang lain. Semoga artikel ini bermanfaat dan kongsikan di laman sosial anda. 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Katrijn de Ronde. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan. 

Baca juga:

https://my.theasianparent.comperkembangan-anak-1-tahun-3-bulan/