Tahniah! Anda berjaya menjadi ibu dan bapa yang cukup hebat. Kini, anda melangkah satu lagi tapak dalam perkembangan anak usia 41 bulan.
Dalam perkembangan anak usia 41 bulan ini, si kecil tidak perlu lagi sokongan anda untuk berlari, mendaki mahupun melompat. Semuanya datang secara semula jadi.
Si manja anda itu sudah tahu buat semua benda dengan sendiri!
Jadi apakah kejayaan lain yang anda harapkan dalam perkembangan anak usia 41 bulan ini? Ayuh, mari kita lihat bersama.
Perkembangan anak usia 41 bulan, adakah anak ada mencapai tumbesaran ini?
1 – Perkembangan fizikal
Si kecil semakin lincah semasa ini. Kemahiran motor halus dan kasarnya menunjukkan positif.
Anda dapat melihat si kecil begitu gembira membabitkan aktiviti yang menggunakan fizikalnya sama ada tangan atau kaki. Berikut antara lain perkembangan fizikal dalam usia ini.
- Boleh berjalan dan naik turun tangga dalam masa yang sama
- Pandai tendang, baling dan tangkap bola
- Boleh mendaki bukit.
- Boleh melompat dan berdiri dengan satu kaki dalam masa lima saat.
- Boleh menggunakan basikal roda tiga
- Boleh memulas tombol pintu bilik
Jika semua perkembangan ini jelas terlihat, anda harus mempersiapkan diri kerana si kecil itu akan berlari di sekitar rumah kerana dia ingin lebih menumpukan aktiviti fizikal yang lebih banyak.
Tips
- Bawa keluar anak bermain di taman supaya dia girang melompat dan berlari.
- Sekiranya terdapat halangan untuk keluar bermain di taman, biarkan si kecil bermain di dalam rumah seperti main bersembunyi dan sebagainya.
- Dapatkan kapur dan papan tulis kecil supaya mendorong anak melukis dan menulis sesuatu dengan menggunakan jari jemarinya.
Bila patut jumpa doktor?
- Jika anak tidak tahu melompat dan melakukan sebarang aktiviti lasak. Bawanya berjumpa doktor untuk memeriksa perkembangan fizikal anak anda.
- Kadang kala ia berkaitan dengan gangguan sistem saraf. Apapun dapatkan rundingan dengan doktor atau pakar pediatrik dengan segera.
2 – Perkembangan kognitif
Pada perkembangan anak usia 41 bulan, si kecil sedang mengembangkan kemahiran kognitifnya dengan begitu cepat. Ini bermakna dia dapat ingat nombor dan huruf dengan baik.
Selain itu, terdapat juga beberapa kemahiran kognitif lain yang begitu ketara dalam diri si kecil anda seperti:
- Mengubah halaman buku cerita dengan mudah, pandai bermain puzzle dan bijak melukis bentuk bulatan dan segitiga dalam sekeping kertas.
- Memandangkan ingatannya sangat baik, dia juga dapat mengenali warna dengan betul
Namun dia akan sering bertanyakan soalan ‘ kenapa’ kepada kalian sehingga anda menjawabnya. Banyak lagi yang akan disoal jika ada sesuatu perkara bermain di benak fikirannya. Bersedia ya!
Tips
- Mengira nombor bersama anak kecil supaya dia ikut dan ingat
- Teruskan membaca buku cerita kepadanya. Dapatkan buku yang mempunyai gambar terang dan jalan cerita yang mudah serta seronok
Bila patut jumpa doktor?
Dalam kes ini mungkin jarang berlaku. Tapi kalau dia masih kurang faham ayat mudah tertentu mungkin dia akan sedikit terlewat perkembanggannya berbanding kanak-kanak lain. Jika merasa tidak kena dengan dirinya, segera saja berjumpa doktor.
3 – Perkembangan sosial dan emosi
Biasanya, kanak-kanak berusia 41 bulan ini sama dengan perwatakan murid pra sekolah. Oleh itu, si kecil cepat berkembang dalam kebolehan berkomunikasi dengan orang lain.
Malah si kecil juga bijak berkawan dengan anak seusianya, kurang rasa malu dan lebih terbuka untuk berbicara secara lisan. Anda juga dapat melihat perkara berikut:
- Tahap imaginasi yang tinggi dan dia meletakkan dirinya di tengah cerita khayalannya supaya disokong oleh rakan-rakannya yang lain.
- Dapat memisahkan diri dari ibu bapa dengan mudah. Jadi tak usah bimbang untuk menghantarnya ke sekolah rendah nanti.
- Dapat ekspresikan diri dengan betul terutama yang membabitkan perasaan kasih sayang.
Tips
- Galakkan anak untuk berteman bukan hanya bermain saja. Jemput rakannya menghadiri majlis hari jadinya di rumah. Tentu dia rasa gembira.
- Bawa anak ke lawatan prasekolah sebelum mendaftarkannya. Prasekolah ini seperti tadika, taska dan sebagainya.
Bila patut berjumpa doktor?
Jika anak anda tidak mahu berbuat (kelihatan pasif) dengan rakannya yang lain, atau sangat agresif dengan orang di sekelilingnya, berunding dengan pakar pediatrik untuk mendapatkan nasihat.
4 – Perkembangan bahasa dan pertuturan
Pada perkembangan anak usia 41 bulan ini, perkembangan perbendaharaan kata mereka cukup meluas dan dia juga dapat gabungkan perkataan baru dalam kalimat yang panjang.
- Dapati bahawa anak kecil anda boleh bercakap tentang 250 hingga 500 perkataan dengan jelas
- Boleh berkongsi banyak cerita
- Yakin menggunakan kata ganti yang betul.
- Dia tahu menggunakan saya, kamu, awak dalam ayat. Malah dia juga suka ceritakan berkaitan dirinya seperti nama dan umur.
Tips
- Banyakkan bersembang dengan si kecil setiap hari.
- Membacakan puisi atau huruf supaya dia boleh mengulanginya.
Bila patut berjumpa doktor?
- Tidak dapat bercakap dengan jelas.
- Tidak tahu menyebut namanya sendiri
- Jika orang lain tidak dapat fahami satu ayat yang keluar dari mulutnya, ini bermakna anda harus bawanya berjumpa terapi pertuturan.
5 – Perkembangan nutrisi dan kesihatan
Pada perkembangan anak usia 41 bulan ini, anda harus kembangkan struktur badannya serupa orang dewasa. Aspek paling penting adalah menjaga pola pemakanannya.
Adalah lebih baik, anda menawarkan lima kumpulan makanan dalam setiap hidangannya setiap hari seperti bijirin, buah-buahan, sayuran, protein dan tenusu.
Apabila anda memberinya pilihan itu, pasti si kecil mengambil nutrien yang bagus setiap minggu.
- Bijirin: Menambahkan 141 gram gandum setiap hari dalam hidangan si kecil. Selain mengajar si kecil mengamalkan makan oat, beras perang, roti, tepung jagung, atau pasta gandum
- Buah-buahan: Pastikan si kecil makan satu cawan buah setiap hari. Contonhnya, sebiji epal untuk makan tengah hari dan pisang untuk makan malam. Juga boleh ambil jambu atau beri, bergantung pada musim.
- Sayuran: Mulai dengan sayuran berwarna seperti brokoli hijau gelap, kacang hijau muda, tomato merah atau kapsul kuning.
- Tenusu: Kalsium diperlukan untuk pertumbuhan gigi dan tulang. Pastikan si kecil anda itu mendapatkan dua hingga tiga cawan susu setiap hati. Anda boleh memberinya sandwich, keju atau yogurt sebagai pengganti susu.
- Protein: Salah satu nutrien yang penting dalam hidangan anak anda adalah ayam, telur, makanan laut dan juga kekacang. Dapat kan sekurangnya 56 gram protein setiap hari.
Ibu bapa merupakan tanggungjawab bagi memastikan anak berada dalam landasan kesihatan yang betul dan sihat.
Tips
- Galakkan masa makan bersama keluarga supaya si kecil berselera untuk menikmati hidangan.
- Guna alat makan yang betul supaya dapat membantu dia memahami cara makan di atas meja.
Bila patut jumpa doktor?
- Jika anak mempunyai kurang berat badan atau obesiti. Anda patut bawanya berjumpa doktor.
- Mempunyai masalah sembelit atau sukar buang air besar.
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Kredit gambar: Slate.com
Sumber: Penulis asal Deepshikha Punj. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemahan.
Baca juga: