Kini, anak kecil anda sudah menjangkau ke perkembangan anak usia 45 bulan. Wah, cepat betul masa berlalu, kan!
Untuk perkembangan anak usia 45 bulan inu, anda dapat lihat si kecil itu lebih bebas dan bersosial. Jadi, adalah lebih baik anda memberi mereka ruang untuk berkembang dengan lebih berjaya.
Perkembangan anak usia 45 bulan: Perkembangan Fizikal – Sama tak dengan anak anda?
Kemahiran motor kasar anak semakin maju. Dia berlari dengan lebih yakin dan dapat melompat dengan hanya satu kaki selama dua saat. Dia juga dapat melantun dan menangkap bola ketika bermain.
Bukan itu saja, kemahiran motor halusnya juga lebih baik. Dia dilihat dapat memotong, menuang air dan meletakkan sendiri makanan ke pinggannya.
Tips untuk ibu bapa:
-
- Ketika menaiki tricylce, ingatkan anak tentang ciri-ciri keselamatan seperti memakai topi keledar dan pelengkap keselamatan lutut juga siku.
- Dapatkan anak sekotak warna krayon dan kertas putih supaya dia dapat melukis apa yang ada dalam fikirannya.
- Sentiasa ingatkan anak menjaga kebersihan diri seperti memberus gigi dan sebagainya
Bila patut jumpa doktor?
-
- Jika anak tidak dapat melompat atau motor kasarnya masih samar-samar. Jangan malu untuk bawa anak berjumpa pakar.
Perkembangan anak usia 45 bulan: Perkembangan Kognitif
Perkembangan anak usia 45 bulan ini antaranya adalah dapat melakukan perkara tertentu dengan sendiri, menikmati permainan puzzle dan menghafal nombor. Dia juga dapat menamakan warna dengan lebih baik.
Ketika perkembangan anak usia 45 bulan ini, dia tahu konsep masa seperti semalam, hari ini dan esok. Dia juga mempunyai banyak persoalan tentang sesuatu perkara, jadi anda harus bersabar melayani setiap soalan yang diajukan.
Selain itu, anak usia 45 bulan ini juga lebih berimaginasi dari sebelumnya. Dia masih berjuang dalam membezakan fantasi dan realiti.
Contonnya takut tidur di biliknya sendiri. Kekonon ada raksasa di bawah katil. Jadi elakkan anak anda dari terdedah cerita yang terlalu ‘berfantasi’ ini.
Tips:
- Menggalakkan kemahiran belajar seperti menyusun dan mengira permainan atau penggunaan flash card.
- Ini adalah usia anak membuat alasan dan memikirkan sesuatu dengan sendiri. Jadi, sebelum anda masuk membantunya biarkan dia cuba memahami dalam melakukan sesuatu perkara.
- Berikan sokongan kepada anak jika dia ingin bantu mengemas rumah dengan hiasan yang menarik baginya.
Bila patut jumpa doktor?
- Berunding dengan pakar pediatrik jika anak tidak berminat dengan permainan interaktif atau menguji minda.
Perkembangan anak usia 45 bulan: Perkembangan Sosial dan Emosi
Ketika anak anda usia ini, anda seharusnya lebih meluangkan masa bersamanya setiap hari. Si kecil itu sentiasa jadikan parents sebagai idola dan meletakkan anda sebagai contoh yang baik.
Ketika ini dia juga sudah mempunyai sahabat yang suka bermain dengannya. Namun dia juga mempunyai kawalan terhadap emosinya seperti marah, bosan dan bersedih.
Tips:
-
-
- Pastikan anda sampaikan aktiviti yang bahaya kepadanya seperti jangan menggunakan pisau, alatan tajam dan sebagainya.
- Teruskan memupuk minat membaca pada anak dan cari bahan bacaan yang sesuai dengan usianya itu. Anda juga boleh membawanya ke perpustakaan terdekat.
-
Bila patut jumpa doktor?
- Pendiam atau tidak memberi sebarang respon ketika bersama keluarga. Bawalah dia berjumpa ahli pediatrik anda.
Perkembangan anak usia 45 bulan: Perkembangan Bahasa dan Pertuturan
Kemahiran bahasa semakin baik. Selain dapat nyatakan nama dan umurnya. Juga pandai bertutur dengan ayat lengkap.
Dia juga ingat nyanyian lagu kanak-kanak yang ditonton di Youtube atau televisyen. Selain boleh menjawab soalan mudah yang diajukan padanya.
Tip:
Anda boleh menggalakkan kemahiran bahasa mereka dengan mengadakan perbualan dengannya dan membaca bersama.
Bila patut jumpa doktor?
- Tidak mengikut arahan, bercakap kurang jelas atau tidak dapat menceritakan kisah kegemarannya. Bawanya dan bincang dengan pakar kanak-kanak.
Perkembangan anak usia 45 bulan: Perkembangan Nutrisi dan Kesihatan
Sentiasa memastikan anak mendapat nutrisi yang betul, tidur mencukupi dan melakukan rutin aktiviti fizikal yang tetap.
Dalam usia ini, dia memerlukan sekurangnya 1200 hingga 1400 kalori sehari. Jika dia terlalu aktif, dia mungkin memerlukan 1600 kalori.
Setiap hari, dia memerlukan sekitar 4-5 auns bijirin, 1½ hingga 2 cawan sayur-sayuran, 1 cawan buah, 2 hingga 3 cawan susu dan 3 hingga 4 auns daging dan kacang.
Selain, pastikan anak minum air cukup dan jus buah sebagai pilihan minuman manis yang sihat.
Tip:
- Menggalakkan diet seimbang dalam jadual pemakanan mereka setiap hari
- Memperbanyakkan idea kreatif dalam hidangan mereka supaya si kecil lebih berselera.
Bila patut jumpa doktor?
- Berjumpa doktor sekurangnya sekali setahun untuk pemeriksaan kesihatan.
- Sekiranya anak tidak mencapai tahap perkembangan ini, jangan bimbang. Tapi dapatkan nasihat daripada doktor pakar
Setiap kanak-kanak berkembang dan membesar dengan cara mereka sendiri. Berikan tumpuan sepenuhnya pada si kecil anda itu dan dapatkan bimbingan doktor juga keluarga dalam memastikan si kecil mencapai potensi sepenuhnya.
Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Kredit gambar: bebeclub.co.id
Sumber: Penulis asal Cristina Morales. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan.
Baca juga:
https://my.theasianparent.comperkembangan-anak-3-tahun-8-bulan/