Sememangnya semua ibu bapa ingin mencapai satu matlamat yang sama dalam membesarkan anak-anak, iaitu mereka mahu anak mereka gembira, sihat dan berjaya dengan perkembangan emosi sosial kanak kanak yang baik.
Ada ibu bapa yang memberi kebebasan dalam proses membesarkan anak-anak mereka, tahu-tahu mereka bangun dari tidur dengan aura yang ceria dan bertenaga. Ada juga ibu ayah yang mengikut segala petua keibubapaan hasilnya anak masih cerewet dan emosinya tidak stabil.
Kemungkinan juga kepada faktor genetik, tetapi tidak semestinya keceriaan mereka dalam pertumbuhan ini ditentukan sejak lahir. Kata Bob Murray, Ph.D., pengarang Raising an Optimistic Child: A Proven Plan for Depression-Proofing Young Children—for Life (McGraw-Hill), “ada kemungkinan genetik memainkan peranan pada sikap kanak-kanak, namun ia sesuatu yang boleh dilentur dan dikawal.”1
Pernah dengar pepatah melentur buluh biar dari rebungnya? Itulah maksud pepatah tersebut.
Jadi semuanya bergantung kepada ibu bapa. Anda perlu pandai mencorakkan kehidupan mereka dan cara didikan anda mampu mempengaruhi perkembangan mereka secara menyeluruh dan bukan saja fokus pada pembelajaran, termasuklah fizikal, mental dan sosial.
Cara membesarkan anak yang lebih sihat & ceria
#1. Memupuk perhubungan dengan anak
Paling penting dalam perkembangan emosi sosial kanak-kanak adalah sentiasa membantu mereka untuk berhubung kait dengan ibu bapa, adik beradik serta ahli keluarga lain.
Menurut Edward Hallowell, M.D., psikiatri kanak-kanak dan pengarang The Childhood Roots of Adult Happiness, hubungan anak dengan keluarga dan teman-teman rapat sejak muda adalah kunci kebahagiaan mereka apabila dewasa nanti2.
Perasaan disayangi, dihargai, difahami dan diutamakan menjadi pelindung terbesar kepada kanak-kanak dari tekanan emosi dan tingkah laku yang berisiko.
#2. Jangan terlalu mengikut kehendak anak
Kedengarannya agak berlawanan dengan apa yang sepatutnya dilakukan ibu ayah, namun setiap didikan dan tingkah laku ada batasnya.
Semua perkara yang dilakukan jika keterlaluan membawa kesan sampingan. Sekiranya kita meletakkan anak-anak di dalam gelembung mereka sendiri, dan sentiasa memenuhi permintaan mereka, jadi, mereka sentiasa dapat apa yang mereka ingini. Tetapi ini bukan realiti.
Anda patut tahu bahawa anda tidak bertanggungjawab atas kebahagiaan anak anda, sebaliknya anda sepatutnya bertanggungjawab terhadap emosi mereka menghadapi kesukaran besar untuk membiarkan mereka mengalami kemarahan, kesedihan, atau kekecewaan.
Kita sentiasa berusaha menggembirakan mereka sedangkan mereka layak untuk menghadapi emosi berlainan seperti marah dan sedih.
Ya memang sebagai ibu bapa anda bertanggungjawab untuk menggembirakan mereka, sentiasa mahu mereka tersenyum riang tetapi anda perlu tahu masa dan situasi yang sesuai.
Menurut Bonnie Harris, Pengasas Core Parenting, di Peterborough, New Hampshire, dan penulis When Your Kids Push Your Buttons: And What You Can Do About It “anak-kanak yang tidak pernah belajar menangani emosi negatif, berisiko untuk mudah dikecewakan apabila mencapai tahap remaja dan dewasa.”3
#3. Memupuk kebahagiaan sendiri
Walaupun kita tidak dapat mengawal kebahagiaan anak-anak kita, kita bertanggungjawab untuk memainkan peranan kita sendiri. Ini kerana kanak-kanak menyerap segala-galanya dari kita, tingkah laku, reaksi emosi dan macam-macam lagi.
Ibu bapa yang bahagia cenderung mempunyai anak yang gembira, manakala ibu bapa yang mengalami kemurungan menderita memupuk kadar kemurungan 2 kali ganda kepada anak.
Oleh itu, salah satu perkara terbaik yang boleh anda lakukan untuk kesejahteraan emosi anak anda adalah dengan mengurus emosi sendiri. Luangkan masa untuk berehat dan miliki hubungan yang berkualiti dengan pasangan anda. “Sekiranya ibu bapa mempunyai hubungan yang berkualiti maka kebahagiaan anak akan membuahkan hasil4,” kata Murray.
#4. Puji pada sesuatu yang betul
Sebagai ibu bapa tentu saja apa yang perbuatan yang membanggakan akan diberi pujian. Namun awas ya ibu ayah semua, tak semuanya perlu diberi pujian.
Salah satu perkara yang boleh membantu perkembangan emosi sosial kanak-kanak adalah dengan beri pujian apabila perbuatan anak-anak itu diusahakannya dengan bersungguh-sungguh, bukan berdasarkan bakat atau tuah semata.
Dan apa yang lebih bagus adalah puji kesungguhan mereka dan bukan hasilnya. Ini dapat mengelakkan anak hanya membuat sesuatu perkara hanya kerana inginkan pujian dan hanya melakukan perkara untuk berjaya dan menang.
Mereka akan terlepas pandang motif utama ialah usaha itu sendiri. Dan jika mereka hanya usaha berbekalkan pujian, suatu masa nanti bila kalah atau tak berjaya mereka akan rasa kecewa yang teruk.
#5. Beri tanggungjawab sebenar
Sebaik anak sudah menginjak ke alam persekolahan, anak-anak perlu diajar tanggungjawab sebenar.
Kebahagiaan banyak bergantung pada perasaan bahawa apa yang kita lakukan itu penting dan dihargai oleh orang lain.
Berikan anak beberapa tugas yang spesifik seperti menjaga adik mereka ketika ibu memasak, menyediakan meja makan sebelum makanan dihidang dan sebagainya.
Dan kadang kala jika mereka terlepas melakukan tugas mereka, katakan seperti “ibu tak tahu bagaimana nak sediakan meja makan tadi, hanya awak yang mahir melakukannya.” Ia membuat si anak terasa dia penting dan hanya dia yang layak memikul sesuatu tanggungjawab itu.
Berikan khasiat penting untuk melengkapi perkembangan anak-anak
Selain memastikan anak membesar dengan yakin, ceria, pandai mengawal emosi serta sosial, kesihatan tubuh anak juga memainkan peranan penting dalam segalanya.
Jadi apabila ibu ayah sudah melakukan yang terbaik buat perkembangan emosi sosial mereka, biarkan Susu NESPRAY Penuh Krim yang mengambil alih soal nutrien penting untuk anak bagi memastikan mereka sentiasa ceria & aktif!
Pengambilan 2 gelas susu sehari merupakan saranan Garis Panduan Diet Malaysia dan tahu tak, Susu NESPRAY Penuh Krim merupakan satu-satunya susu penuh krim dengan 15 vitamin dan mineral*.
Ia dirumus khusus untuk kanak-kanak yang melalui alam persekolahan untuk membantu perkembangan mereka dari segi fizikal, mental dan sosial.
Disebabkan kanak-kanak yang bersekolah mengalami perkembangan segi mental dan fizikal pada kadar yang pantas, serta usia ini penting untuk menetapkan asas pemakanan yang kukuh demi kesihatan masa dewasa.
Disebabkan itu, pemakanan seimbang dengan makanan dari semua kumpulan makanan terutamanya buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sangat penting untuk memastikan nutrien utama yang memperkuatkan sistem ketahanan seperti Vitamin A, Vitamin C, Vitamin E dan Zat Besi boleh diperolehi dari diet. Susu NESPRAY Penuh Krim juga mengandungi nutrien-nutrien penting ini.
Ia sumber protein yang baik, tinggi dalam Kalsium, Zat besi, Vitamin C, Vitamin D, dan bukan hanya itu, ia juga lazat dan berkrim, dan mengandungi 0g sukrosa!
Pemakanan nutrisi yang baik adalah penting untuk meningkatkan sistem ketahanan badan, terutamanya dalam masa pandemik ini.
Jadi sentiasa pastikan anak-anak anda diberikan nutrien tambahan ini yang secukupnya untuk perkembangan fizikal yang sempurna, kognitif yang cerdas serta emosi sosial yang sihat!
Ketahui lebih lanjut tentang susu Nestle Nespray Penuh Krim di sini . Sekiranya ibu ayah ingin cuba produk ini, anda boleh dapatkannya di Shopee atau Lazada.
Penafian: *Perbandingan berdasarkan maklumat pemakanan Susu Lembu Penuh Krim daripada data Nielsen (Oktober 2020).
Rujukan:
- Murray, Bob. (January 13, 2006), Raising an Optimistic Child: A Proven Plan for Depression-Proofing Young Children–For Life from www.amazon.com/Raising-Optimistic-Child-Depression-Proofing-Children/dp/0071459480
- Edward M. Hallowell M.D. (August 26, 2003). The Childhood Roots of Adult Happiness: Five Steps to Help Kids Create and Sustain Lifelong from www.amazon.com/Childhood-Roots-Adult-Happiness-Lifelong/dp/0345442334
- Bonnie Harris (n.d). When Your Kids Push Your Buttons: And What You Can Do About It from www.amazon.com/When-Your-Kids-Push-Buttons-ebook/dp/B001BYAPNG
- Murray, Bob. (January 13, 2006), Raising an Optimistic Child: A Proven Plan for Depression-Proofing Young Children–For Life from www.amazon.com/Raising-Optimistic-Child-Depression-Proofing-Children/dp/0071459480
- Parents
- Time
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 11 Tanda Anak Anda Lebih Bijak Dari Kanak-Kanak Lain