Yay! Anda sudah pun masuk minggu ke 40! Ini adalah merupakan minggu official due date anda. Jom ketahui perkembangan janin 40 minggu dan semak persediaan anda untuk melahirkan bayi pada bila-bila masa ini.
Perkembangan janin 40 minggu: Bayi anda besar mana?
Perkembangan janin 40 minggu: Perkembangan bayi anda
- Kerana mereka belum lagi hendak keluar dari kanal kelahiran anda, tengkorak bayi anda masih belum bersatu. Ini akan memberikan tulang untuk bertindih sedikit jika kanal kelahiran anda sedikit ketat.
- Ini dipanggil membentuk dan menjelaskan kenapa kepala bayi anda berbentuk bujur dan bukan bulat.
Simptom kehamilan
Semasa minggu-minggu terakhir kandungan, simptom-simptom yang sama anda alami akan berterusan. Tugas anda adalah untuk bertahan semasa anda mengalami:
- Kejang kaki. Pastikan anda merenggangkan kaki selalu supaya kekejangan kaki ini tak mengganggu tidur anda.
- Bayi anda akan turun dengan lebih rendah menyebabkan ketidakselesaan di kawasan pelvik menjadi lebih teruk.
- Sukar untuk tidur. Jika anda susah tidur anda boleh lakukan aktiviti seperti membaca atau menulis. Aktiviti yang tak memenatkan kerana anda perlu berehat.
- Sakit kontraksi Braxton Hicks akan bertukar menjadi kontraksi sebenar. Kira jarak kontraksi anda, jika ia semakin hampir itu tanda anda dah mula hendak bersalin.
Penjagaan kehamilan
- Ketahui cara untuk mengenal jika air ketuban anda pecah. Air ketuban biasanya tak berwarna dan tak berbau. Jika anda perasan cecair berwarna kekuningan dan berbau ammonia, itu mungkin air kencing bocor.
- Cara lain untuk mengetahui sama ada ia air ketuban atau air kencing adalah dengan mengemut otot pelvik anda. Jika ia berhenti, tandanya air kencing. Jika tak air ketuban. Jika cecair tersebut berwarna hijau atau coklat, telefon doktor anda segera kerana ini mungkin petanda yang bayi anda telah buang air besar dalam rahim.
Checklist
- Jika semua barang telah siap disediakan, pastikan bateri telefon anda telah dicas dan minyak kereta sudah diisi kerana anda boleh bersalin pada bila-bila masa saja.
- Kalau boleh, dapatkan rehat dan tidur dengan cukup.
Sumber: Penulis asal Jasmine Yeo. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan.
Minggu sebelumnya: Minggu ke – 39
Minggu seterusnya: Minggu ke – 41
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 4 Perkara Yang Patut Anda Lakukan Apabila Lambat Bersalin (Overdue)