Perkembangan Anak 6 Tahun 6 Bulan, Mereka Makin Aktif & Perlukan Makanan Sihat Setiap Hari

Perkembangan kanak kanak 6 tahun 6 bulan yang boleh dijadikan rujukan pada ibu bapa. Kemudian semak, adakah perkembangan mereka seiring dengan tingkat tumbesaran yang positif atau sebaliknya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda nak tahu apakah perkembangan kanak kanak 6 tahun 6 bulan?

Dari hari ke hari selepas si kecil anda dilahirkan kini dia sudah dapat membuat semua aktiviti dengan sendirinya. Tentunya ia perjalanan yang luar biasa untuk anda.

Bahkan, dalam sekelip mata anak kecil anda sudah berusia enam tahun enam bulan. Tapi, banyak lagi pengalaman lain yang harus anda saksikan dan penuh menerujakan.

Malah anda juga mesti tertanya-tanya apakah perkembangan kanak kanak 6 tahun 6 bulan yang lain dan adakah ia berada dalam landasan yang betul.

Dalam artikel ini, kami akan meneroka lebih banyak aspek untuk pembangunan keseluruhan si kecil anda.

Apapun, jangan teragak-agak untuk berjumpa doktor sekiranya terdapat keraguan pada perkembangan anak.

Perkembangan kanak kanak 6 tahun 6 bulan

Perkembangan fizikal

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada usia 6 tahun 6 bulan, tahap fizikal anak lebih teruji malah dia akan menikmati pelbagai aktiviti fizikal seperti menendang bola dan melompat tali.

Malah anak akan lebih aktif dari sebelumnya dan ini dapat membantu mengembangkan kemahiran pergerakannya.

Meskipun kemahiran motor kasar anak sedang diasah melalui aktiviti ini, tapi anda juga juga boleh mengharapkan kemahiran motornya lebih baik dan menjadi lebih halus sekarang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagaimanapun, perhatikan jika anak ada mengadu sakit seperti sakit perut, sakit kaki dan lain-lain.

Pada peringkat ini, ketinggian dan berat purata kanak-kanak anda hendaklah seperti berikut:

– Lelaki
Tinggi: 118.9 cm (46.8 inci)
Berat : 22.0 kg (48.4 lb)

– Perempuan
Tinggi: 118.5 cm (46.6 inci)
Berat: 21.6kg (47.6 lb)

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perkembangan lain:
– Tahu mengendalikan zip dan butang pakaian
– Jalan dengan cara zig-zag
– Meluncur tangga
– Menangkap bola kecil
– Mengikat tali kasut

Tips keibubapaan:

– Melibatkan diri dengan minat anak anda.
– Pertimbangkan pelajaran berenang dan latihan keselamatan kebakaran untuk anak.
– Meneroka taman tasik dengan alam semulajadi bersama-sama anak
– Sediakan sedikit masa untuk bermain bersama anak supaya dia dapat memanfaatkan masa lapangnya.

Bila patut jumpa doktor?

– Kehilangan keterampilan ketara yang konsisten sebelum ini yang pernah dilakukan.
– Tidak tahu memakai pakaian sekolahnya dengan sendiri
– Susah tidur di waktu malam

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perkembangan kognitif

Dalam usia 6 tahun 6 bulan, si kecil lebih baik secara intelektual dan emosi. Pada waktu ini, anda dapat lihat perubahan dalam pembelajaran anak dengan menggunakan bahasa dan logik bukannya semata-mata pemerhatian serta pengalaman.

Mainan fantasi juga berkurangan dengan sedikitnya kerana anak kecil lebih banyak berminat pada perkara realiti yang ingin mengalami duani seperti mana orang dewasa.

Perkembangan lain:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

– Penambah baik dalam ingatan
– Tahu objek kumpulan mengikut saiz, bentuk dan warna
– Lihat sama ada dia boleh buat matematik mudah seperti menambah dan menolak.
– Menunjukkan peningtakan rasa ingin tahu tentang dunia dengan bertanya banyak soalan.

Tips keibubapaan
– Bersabar dengan anak kecil anda dan fahami bahawa dia sedang memahami dunia dengan istilahnya sendiri.
– Cabaran baru mungkin menakutkan anak anda kerana takut akan kegagalan. Jadi, berikan sokongan yang teguh kepada mereka dan pastikan kalian ada disamping mereka.
– Ajar anak bahawa sesekali melakukan kesilapan adalah tidak mengapa. Biarkan mereka mencuba perkara baru dan tidak takut melakukan kesilapan.

Bila patut jumpa doktor

– Menunjukkan tingkah laku yang agresif terutama yang berkaitan dengan memukul, menendang atau menumbuk orang lain.
– Memaparkan kelakuan yang membimbangkan.
– Mempunyai kesukaran berkomunikasi dan tidak suka bermain dengan kanak-kanak yang lain.
– Tidak mengenali bila namanya dipanggil
– Sukar berenggang dengan ibu bapanya
– Sukar mengikut arahan mudah seperti letakkan beg, buka pakaian, tanggalkan stokin dan lain-lain.

Perkembangan sosial dan emosi

Aktiviti berkumpulan seperti membuat teka teki, berkebun bersama-sama dan lain-lain merupakan waktu yang sangat bermanfaat buat mereka.

Malah, ia juga menjadi perkara biasa untuk melihat anak lebih terbuka berkongsi pada usia ini.

Dalam menghadapi konflik yang timbul, dia akan terbuka untuk rundingan dan tidak teragak-agak untuk bekerjasama.

Pencapaian lain dalam perkembangannya:

– Dia belajar cara bekerjasama dan berkongsi
– Memberi banyak perhatian pada kerja berpasukan dan persahabatan
– Ingin disukai dan diterima oleh rakan-rakannya.
– Cenderung membandingkan dirinya dengan rakan sebaya.

Tips keibubapaan:

– Hadkan arahan langsung agar dia berupaya membuat pilihan untuk dirinya sendiri.
– Berikan pujian kepada anak
– Lebih dekat dengan anak
– Bercakap tentang perasaan anak dan sentiasa hulurkan bantuan kepada mereka

Bila patut jumpa doktor?

– Jika anak berubah sikap, berwajah masam dan tidak ceria mungkin dia mengalami mangsa buli di sekolah.
– Jika dia menunjukkan tanda – tanda agresif yang melampau.

Perkembangan ucapan dan bahasa

Imaginasi anak pada usia 6 tahun 6 bulan dapat dinyalakan dengan membaca dan berkongsi idea dengan rakan-rakannya. Malah anak lebih suka merasakan perkataan melalui tulisan yang membolehkannya menjadi lebih baik berbanding orang lain.

Jadi, bawa anak kecil anda ke perpustakan untuk membantu perkembangan visual mereka dengan masa yang berkualiti bersama-sama.

Antara pencapaian lain:

– Bercakap dengan kalimat mudah tapi lengkap dengan lima hingga tujuh perkataan.
– Buat kraf yang mudah
– Mengikut arahan dengan mudah seperti basuh tangan anda, susun buku dengan cantik dan lain-lain.
– Mula mengenal pasti corak perkataan
– Sering membalikkan huruf dan nombor.

Tips keibubapaan:

– Tanyakan perihal anak dengan guru mereka.
– Teruskan membaca kepada anak.
– Minta anak mengambil bahagian dalam tugasan kerja rumah
– Berikan tugasan kecil kepada anak dan lihat sama ada dia boleh memberi fokus dengan arahan mudah.
– Bercakap mengenai minat mereka misalnya berkaitan haiwan peliharaan dan lain-lain.

Bila patut jumpa doktor?

– Mempunyai kesukaran untuk membaca perkataan pendek atau ayat mudah.

Perkembangan kesihatan dan pemakanan

Kanak-kanak dalam usia ini berkembang lebih cepat dari apa yang anda bayangkan. Malah mereka memerlukan tenaga yang lebih besar setiap hari.

Walaupun terdapat banyak pilihan yang hebat dan sihat untuk dipilih, namun anda harus memastikan mereka mendapat jumlah makanan yang mencukupi.

Tips

– Pastikan rumah mempunyai pilihan makanan yang sihat seperti buah, sayuran, yogurt, susu dan keju.
– Hadkan minum air sebelum waktu malam.
– Berikan mereka makan gula-gula hanya untuk sesekali sahaja.
– Berikan hidangan yang kecil kepada anak dan boleh ditambah jika mereka meminta.

Berikut ini adalah garis panduan yang disyorkan pada anak umur 6 tahun 6 bulan. Pastikan mereka mendapat 1,200 kalori dalam kumpulan nutrien seperti tenusu, protein, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Biasanya pengambilan kalori kanak-kanak lelaki dan perempuan adalah seperti berikut:

Lelaki : 1796 kcal/hari
Perempuan: 1686 kcal/hari

Produk tenusu

Salah satu kumpulan nutrisi yang penting untuk kanak-kanak dalam usia ini adalah tenusu yang dapat membantu membina gigi dan tulang yang kuat.

– Yogurt
– Smoothie pisang
– Puding krim
– Fettuccine carbonara
– Strawberi yogurt

Protein

Masukkan sekurang-kurangnya 19 gram protein setiap hari untuk hidangan anak anda. Masukkan protein ini semasa menyediakan makanan mereka setiap hari.

Buah dan sayur-sayuran

Seorang kanak-kanak usia ini memerlukan sekurang-kurangnya 1 cawan buah dan 1.5 cawan sayur setiap hari.

Bijirin

Masukkan 4 auns bijirin dalam makanan anak yang boleh diberikan 1 auns setiap kali makan bersamaan 4 kali setiap hari seperti oat, quinoa, roti gandum, beras perang dan lain-lain.

Secara ringkasnya, ini keperluan mereka :

– Buah : tiga cawan untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan
– Sayuran : dua cawan untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan
– Bijirin : empat auns kanak-kanak lelaki dan perempuan
– Protein: 36 gram untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan
– Susu : 17 ke 20 auns untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan
– Air: 1500 ml untuk anak lelaki dan perempuan sekitar enam cawan

Tips
– Campurkan rasa kegemaran anak dalam sayuran. Kemudian cuba sediakan hidangan dengan cara direbus, dibakar, stim atau campur. Kemudian lihat mana yang dia lebih suka.

Bila patut jumpa doktor?

– Mengalami penurunan berat badan
– Muntah selepas makan
– Kurang selera tentang makanan yang pernah disukai
– Hilang selera makan

Vaksinasi dan penyakit

Biasanya pada usia ini mereka telah mendapat vaksinasi yang lengkap.

Namun, apabila sudah masuk ke pra sekolah mereka lebih terdedah dengan selsema, batuk dan demam.

Cara merawat penyakit umum

Demam: Jika anak mendapat suhu lebih dari 38 darjah celcius mungkin dia mengalami demam panas. Pastikan anda membawanya berjumpa doktor.

Batuk: Berikan setengah sudu teh madu yang berkesan mendapatkan antioksidan yang tinggi. Cuba juga buat sup ayam.

Sekiranya tiada ubat-ubatan yang berfungsi segeralah bawa mereka berjumpa doktor.

Bila patut jumpa doktor?

– Mempunyai demam melebihi 39 darjah celcius
– Mempunyai lebam, bengkak atau ruam di kawasan kulit
– Mengadu sakit kepala
– Muntah dan cirit birit dalam beberapa hari

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Penulis asal Jia Ling. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemah. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comperkembangan-anak-umur-6-tahun