Melihat anak sedang membesar di depan mata merupakan suatu kenikmatan buat ibu ayah. Jika dahulu perlu berdukung, kini si manja sudah boleh berjalan dan berlari. Namun sedarkah anda ada beberapa perbezaan perkembangan kanak kanak lelaki dan perempuan?
Sesetengah ibu mungkin menyedari akan hal ini sehingga ada yang mengatakan ”Anak perempuan saya seorang yang cepat bercakap, tetapi anak lelaki masih tidak lancar dan menggunakan bahasa alien ketika berbual dengan kanak-kanak lain.”
Perbezaan perkembangan kanak kanak lelaki dan perempuan
Perkembangan kanak kanak lelaki dan perempuan ada perbezaannnya dalam beberapa aspek. Penyelidik juga sentiasa melakukan kajan pada gen, hormon dan otak bagi menjelaskan perbezaan ini.
Sudah tentu, perkembangan kanak kanak berbeza mengikut jantina. Justeru dengan mempelajari secara umum di mana kanak-kanak lelaki dan perempuan berbeza ketika sedang membesar boleh membantu ibu ayah bersedia dalam menguruskan mereka.
#1. Perkembangan fizikal
Di antara peringkat perkembangan fizikal bayi, kanak kanak lelaki dan perempuan membesar dalam ketinggian dan berat pada kadar yang perlahan.
Namun sebaik sahaja anak memasuki sekolah rendah, kanak-kanak perempuan mula membesar dengan lebih cepat.
#2. Kemahiran motor
Kemahiran motor kasar anak lelaki seperti berlari, melompat dan mengimbangi cenderung berkembang lebih cepat.
Manakala anak perempuan lebih kepada kemahiran motor halus seperti menulis dan memegang pensel. Atas sebab ini, anda mendapati si manja menunjukkan minat dalam bidang seni (mewarna, kraf dan melukis).
Selain itu anak lelaki juga lebih agresif secara fizikal dan impulsif. Pusat keseronokan otak menjadi lebih menyala apabila si manja berani mengambil risiiko.
#3. Kemahiran lisan
Penyelidik mengatakan kemungkinan gen atau hormon berkaitan seks menyumbang kepada cara berbeza otak lelaki dan perempuan bertindak balas terhadap pertuturan manusia.
Lebih ramai anak lelaki lambat bercakap berbanding perempuan. Malah, mereka mengguna perbendaharaan kata yang lebih terhad.
Anak perempuan menunjukkan kebolehan membaca tanpa lisan seperti nada suara dan ekspresi. Mereka juga mahir bertutur dengan lebih baik sejak dari awal kerana mampu menghubungkan perasaan dan kata-kata dengan lebih cepat.
#4. Berpakaian
Secara purata, anak perempuan cenderung belajar cara melakukan perkara-perkara yang tidak menentu seperti menconteng, berpakaian sendiri lebih awal berbanding anak lelaki.
Berpakaian dan menconteng dengan krayon melibatkan kemahiran motor halus. Ini adalah tindakan kecil yang dilakukan oleh si manja menggunakan jari-jemari mereka.
#4. Kemahiran berkawan
Anak perempuan cenderung mengembangkan kemahiran sosial seperti pandai bermain dengan kanak-kanak lain lebih awal daripada anak lelaki.
Walau bagaimanapun perkembangan sosial kanak-kanak ini bergantung pada situasi mereka dibesarkan. Kanak-kanak yang mempunyai adik-beradik lebih mudah membiasakan diri bermain dengan rakan mereka.
Manakala anak tunggal mungkin berasa lebih selesa apabila bersama orang dewasa. Apabila anak meningkat usia 3 tahun atau lebih, mereka mula memahami cinta dan kepercayaan.
Si manja akan mula menyayangi rakan dan keluarga, malah mungkin berminat memeri pelukan kepada orang yang digemarinya!
Anak kecil anda juga menjadi lebih baik dalam berkongsi mainan mereka dan melabelkan semua rakan sepermainan adalah kawan.
#5. Aktiviti fizikal
Kanak-kanak lelaki lebih aktif dan gelisah berbanding kanak-kanak perempuan. Namun ia ada sedikit perbezaan.
Semua anak kecil sememangnya akan sibuk berlari, melompat dan bermain sesuatu. Mereka memrlukan sekurang-kurangnya tiga jam melakukan aktiviti dalam sehari.
Walau bagaimanapun, terdapat bukti bahawa kanak-kanak lelaki lebih cenderung untuk menunjukkan kemarahan apabila mereka kecewa berbanding kanak-kanak perempuan.
Jika tingkah laku si manja kadangkala mencabar, ibu ayah hendaklah kekal bertenang dan konsisten. Ingat bahawa semua kanak-kanak kecil memerlukan masa bagi memahami peraturan yang jelas.
#6. Latihan tandas (potty training)
Anak perempuan boleh ke tandas sendiri sekitar 3 bulan lebih awal daripada anak laki-laki. Walaupun begitu, setiap anak boleh berbeza
Ketahui tanda-tanda bahawa anak bersedia untuk memulakan latihan tandas. Tanda-tanda ini boleh muncul kapan saja antara usia 18 bulan hingga 3 tahun.
#7. Kemampuan memahami emosi
Menurut American Psychological Association menjelaskan cara anak lelaki dan perempuan menunjukkan emosi mereka.
Faktanya, pengkaji melihat bahawa anak perempuan adalah lebih baik dalam hal ini jika dibandingkan dengan lelaki.
Walau bagaimanapun anak lelaki lebih pandai dalam menunjukkan perilaku berbanding ekspresi wajah. Justeru tidak hairan jika anak lelaki sering memendam perasaan berbanding ditunjukkan secara terang-terangan.
Kesimpulannya ada beberapa perbezaan dalam perkembangan kanak kanak lelaki dan perempuan. Jika ada yang sedikit lewat, ibu ayah jangan risau kerana si manja mungkin memerlukan sedikit masa lagi untuk membesar.
Apa pun, jadilah ibu ayah yang sentiasa merangsang dan menyokong tumbesaran si manja setiap masa. Waktu-waktu inilah akan menjadi ingatan serta kenangan bersama mereka.
Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Senarai Tempat Menarik Di Selangor 2022, Paling Best & Viral Sesuai Untuk Family Outing!
Baca juga: Ibu Jangan Marah Kalau Anak Main Kotor, Baik Untuk Imun Badan & Perkembangan Otak- Doktor