Anak Sudah Pandai Menipu? Jangan Risau, Ia Adalah Tanda Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak

Perkembangan kognitif kanak-kanak dapat dilihat apabila anak sudah pandai bercakap bohong dan mampu menyelesaikan masalah dihadapi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Aduh! Hati ibu bapa manalah yang tak luluh bila anak sudah pandai menipu seawal usia dua tahun? Kecil-kecil dah pandai menipu. Tapi relaks dulu yang ibu bapa, menurut kajian, anak-anak yang sudah pandai menipu ini menunjukkan perkembangan kognitif kanak-kanak adalah semakin baik!

Perkembangan kognitif kanak-kanak: anak pandai menipu

Menurut laporan Harian Metro, seorang penyelidik yang bernama Kang Lee dari Pusat Kajian Perkembangan Kanak-Kanak di Institut Pendidikan Ontario Kanada menyatakan ia merupakan satu perkembangan positif apabila kanak-kanak sudah pandai menipu. 

Apa maksudnya? Ini bermakna, perkembangan otak mereka semakin berkembang, dan ia adalah normal dan satu petunjuk yang bagus. Ia sama seperti perkembangan motor lain, contohnya anak sudah pandai membuat ekspresi wajah, ia menunjukkan satu perkembangan positif!

Jadi samalah bila anak anda sudah pandai menipu, ia mempunyai kaitan dengan perkembangan kognitif si kecil. Anak menjadi lebih sensitif dengan situasi dan keadaan persekitaran, lantas mempunyai keupayaan untuk mengawal perasaan diri dan orang sekeliling. 

Pandai menipu seawal usia dua tahun

Menurut Pakar Psikiatri Universiti Sains Islam Malaysia, Dr. Khadijah Hasanah Abang Abdullah, perlakuan menipu itu adalah normal apabila kanak-kanak menginjak usia dua atau tiga tahun.

“Mereka mempunyai keupayaan menipu seawal usia dua tahun, ia berkait rapat dengan perkembangan kognitif  kanak-kanak iaitu menyusun, mengatur dan merancang,” katanya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Beliau menekankan untuk lihat kepada perspektif lain, yang mana menipu pada usia itu tidaklah serius malah ia lebih kepada membentuk pemikiran kreatif.

Mengikut kepada teori minda, pemikiran kreatif melibatkan satu imaginasi dan mengadakan sesuatu, maka boleh jadi anak hanya menceritakan sesuatu mengikut fahaman mereka. 

Katanya juga, anak-anak suka bercerita mengikut imaginasi mereka, kerana dirasakan apabila menokok tambah sesuatu cerita mereka akan menarik lebih perhatian.

Dan satu lagi ‘point’ untuk ibu bapa melihatnya dari sudut positif adalah apabila anak-anak di usia dua tahun hingga ke awal prasekolah, penipuan mereka mudah untuk dikesan, malah sukar untuk mereka menyembunyikan emosi mereka pada usia ini. 

Jadi wajarkah pencapaian ini diraikan? 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seeloknya, ibu bapa perlu peka terlebih dahulu apa yang membuatkan anak-anak menipu. Sekiranya ia seperti yang diterangkan tadi, tidak perlulah bimbang.

Imaginasi kanak-kanak ini tiada sempadannya. Jadi selidik dan nilai dahulu punca kelakuan untuk anda berasa lebih tenang.

Mengapa kanak-kanak usia dua tahun menipu? Dan cara menanganinya

Penipuan mementingkan diri sendiri adalah jenis pembohongan pertama yang banyak kanak-kanak muda akan cuba.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seperti mana-mana ibu kepada seorang anak kecil atau prasekolah boleh memberitahu anda, anak-anak seawal usia dua tahun atau tiga tahun akan berbohong dengan mudah sekali, menafikan mereka telah melakukan sesuatu atau untuk mendapatkan sesuatu untuk diri mereka sendiri.

Ia tidak masuk akal untuk menghukum kanak-kanak untuk menipu, kerana mereka tidak tahu bahawa apa yang mereka lakukan adalah salah.

Jika seorang lelaki berusia dua tahun menarik ekor kucing dan mengatakan bahawa kawan khayalan dia yang melakukannya, respons terbaik adalah untuk berkata, “kucing juga mempunyai perasaan,” kata Elizabeth Berger, MD, seorang pakar psikiatri kanak-kanak dan pengarang meningkatkan Kids With Character.

“Jangan memaksa anak anda mengakui bahawa dia adalah dalang di sebaliknya.” 

Strategi yang lebih baik adalah untuk mengelakkan pertarungan. “Daripada bertanya ‘Adakah anda memecahkan pasu?’ berkata, ‘Lihat, pasu telah dipecahkan,” kata Dr Brody. “Jika anda marah dan membuat tuduhan, anda akan mendapat satu pembohongan.”

Maksud kognitif yang ramai ibu ayah tidak tahu

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), maksud kognitif ialah proses mental untuk mentafsir, mempelajari dan memahami sesuatu dalam proses pembelajaran. 

Ia adalah pengamatan yang berlaku dalam otak manusia. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Manakala menurut Wong Kiet Wat et al. (2013) menerusi bukunya bertajuk Perkembangan Kanak-kanak, kognitif maksud adalah satu proses keupayaan berfikir dan menaakul yang berlaku seiring perkembangan sosioemosi, fizikal dan penguasaan terhadap kemahiran berbahasa.

Kognitif maksud melibatkan proses dalaman dan hasilan minda yang menjadi asas kepada pengetahuan. Ia meliputi segala aktiviti mental seperti mengingat, membuat perwakilan simbol, menklasifikasikan, menyelesaikan masalah, mereka cipta dan daya imaginasi.

Teori kognitif dalam perkembangan kanak-kanak

#1. Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget (1896-1980)

Jean Piaget (1896-1980) merupakan seorang ahli biologi terlatih yang berasal dari Switzerland (Mok Soon Sang, 2009). Dalam menghuraikan perkembangan kognitif manusia, beliau telah menggunakan model biologi.

Jean Piaget berpandangan minda boleh berkembang, berubah dan mengadaptasi masalah yang berlaku apabila berinteraksi dengan persekitaran.

Semasa bekerja dengan Binet untuk membentuk ujian kecerdasan mental, Piaget tidak berminat untuk melihat hasil jawapan betul yang diberikan oleh kanak-kanak, tetapi beliau lebih berminat untuk melihat pola- pola yang ditunjukkan dalam proses pembentukan pemikiran mereka.

Penyelidikan Piaget bertumpu kepada pemerhatian kanak-kanak di dalam persekitaran semula jadi mereka. Beliau telah mengkaji perkembangan tiga anaknya sendiri. Piaget telah memperkenalkan empat konsep yang penting, iaitu skema, asimilasi, akomodasi, dan adaptasi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2.  Teori kognitif Lev Vygotsky (1934-1986)

Lev Vygostsky (1934-1986) merupakan ahli psikologi Russia. Kajian beliau yang bertajuk The Psychology of Art telah mendapat perhatian masyarakat (Wong Kiet Wah et al, 2013).

Teori kognitif Lev Vygotsky menjelaskan perkembangan kognitif individu berlaku dalam persekitaraan sosiobudaya yang mempengaruhi tingkah laku dan pemikiran individu.

Beliau menyatakan bahawa pergaulan kanak-kanak dengan individu yang lain menyebabkan pemikiran mereka berkembang. Pergaulan dan interaksi yang bermakna selalunya berlaku di antara kanak-kanak dengan individu yang lebih berpengetahuan daripadanya.

Menurut teori perkembangan kognitif oleh Lev Vygotsky, kanak-kanak tidak dapat membina pengetahuannya sendiri tentang persekitaran tanpa bimbingan individu yang lebih kompeten.

Pengetahuan kanak-kanak harus dibina melalui interaksi sosial dengan indlvidu-individu yang berada di persekitarannya seperti ibubapa, adik-beradik, keluarga terdekat atau rakan sebaya.

Individu-individu tersebut bertindak memberi arahan, maklumbalas dan membimbing komunikasi kanak- kanak.

Menerusi teori perkembangan kanak-kanak Lev Vygotsky, beliau mendapat anak kecil kemudiannya akan menggunakan maklumat-maklumat dalam interaksi yang lain iaitu mungkin semasa bermain atau apabila berdepan dengan situasi yang hampir sama di masa akan datang. 

Tahap perkembangan kognitif

Piaget membahagikan empat tahap perkembangan kognitif kanak-kanak iaitu: sensori motor, pra opersi, opersi konkrit dan operasi formal.

#1. Peringkat Sensori Motor (0 – 2 tahun)

Dalam peringkat umur ini, kanak-kanak mula menggunakan deria motornya untuk memahami dan berinteraksi dengan persekitaran. Selepas dilahirkan selama dua bulan, seorang bayi berupaya membezakan objek-objek di sekelilingnya.

Si manja juga mula belajar mengenai bahasa dan koordinasi di antara deria motor dengan gerakannya.

#2. Peringkat Pra Operasi (2 – 7 tahun)

Perkembangan kognitif anak pada usia ini menggunakan bahasa serta simbol untuk menggambarkan sesuatu konsep. Apabila mencapai umur 4 tahun, mereka berupaya bertutur dengan fasih melalui bahasa yang dikuasai dan membuatkan perkembangan kognitif anak kian pesat.

Mereka menganggap pengalaman dan pandangan orang lain adalah serupa dengannya. Menurut Piaget, perkembangan kognitif anak usia 4 hingga 6 tahun ini bersikap egosentrik iaitu mereka melihat dan memahami persekitaran melalui perspektif sendiri.

Misalnya apabila menonton kartun, si kecil anda akan beranggapan bahawa semua orang mempunayi minat yang sama dengannya.

#3. Peringkat Operasi Konkrit (7 – 11 tahun)

Perkembangan kognitif kanak-kanak usia ini membolehkan mereka memahami konsep tranformasi, menguasai proses kebalikan dan akhirnya mengamati proses songsangan.

Di samping itu, kanak-kanak juga boleh mempelajari lebih daripada satu perkara pada satu masa. Mereka boleh memikir secara induktif atau deduktif serta dapat menguasai konsep masa dan kelajuan.

Namun keupayaan berfikir secara logik masih terbatas dan anak masih tidak mempunyai kebolehan berfikir secara abstrak. Justeru ibu ayah jangan risau jika si kecil anda masih tidak dapat menyelesaikan masalah yang kompleks.

#4. Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun dan ke atas)

Selepas usia 12 tahun ke atas, anak anda sudah dipanggil sebagai remaja. Mereka boleh berfikir secara abstrak dan menyelesaikan masalah yang lebih kompleks.

Selain itu juga anak remaja anda boleh berfikir secara deduktif atau induktif, dan menggunakannya untuk membuktikan teoram atau hukum matematik serta membuat rumusan atau generalasasi daripada aktiviti matematik.

Faktor yang mempengaruhi perkembangan kognitif

Faktor utama yang mempengaruhi perkembangan kognitif anak adalah:

  • Faktor Keturunan

Faktor utama yang mempengaruhi perkembangan kognitif anak adalah keturunan. Ini bermaksud seorang kanak-kanak mempunyai kebolehan untuk berfikir serupa dengan ibu ayahnya sama ada normal, di bawah normal, atau di atas normal.

  • Faktor Persekitaran

Selain keturunan, faktor persekitaran juga mempengaruhi tahap kognitif atau kecerdasan si manja anda. Terdapat dua faktor persekitaran yang paling meningkatkan perkembangan kognitif kanak-kanak iaitu keluarga dan sekolah.

  • Faktor Keluarga

Hubungan yang sihat antara ibu ayah dan anak membolehkan si manja memiliki kebolehan kognitif yang lebih baik. Anak yang memperoleh kasih sayang serta perhatian yang cukup lebih mudah mengembangkan kemahiran kognitifnya.

Hal ini berbeza dengan anak yang memiliki hubungan kurang harmoni dengan ibu ayah, perkembangan kognitifnya mungkin agak lambat dan mudah terjejas.

Contoh aktiviti perkembangan kognitif kanak-kanak

#1. Permainan puzzle. Ia dapat meningkatkan daya otak si manja untuk berfikir dan menyelesaikan masalah.

#2. Susunan blok lego. Permainan ini membolehkan anak merancang dan membina mengikut saiz lego yang bersesuaian.

#3. Main masak-masak. Tidak hanya anak perempuan, ada juga anak lelaki yang menyukai permainan ini. Ia membolehkan si manja anda belajar mengenali jenis makanan serta buah-buahan.

#4. Mainan alat muzik. Muzik mampu merangsang perkembangan mental dan kecerdasan si manja. Selain itu kajian mendapati ia mampu membuatkan anak kecil anda lebih yakin.

#5. Bermain bola. Aktiviti fizikal ini berupaya meningkatkan ketahanan badan dan menguatkan sistem emosi si manja.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Mainan Bayi 4-6 Bulan Yang Terbaik Untuk Perkembangan Sosial, Kognitif & Deria Si Manja

Baca juga: Bahaya Beri Gadjet/Tablet Pada Bayi Bawah 2 Tahun, Boleh Ganggu Perkembangan Fizikal & Kognitif!

Baca juga: 7 Perbezaan Perkembangan Kanak-Kanak Lelaki & Perempuan Ketika Membesar, #3 Ibu Tidak Perlu Risau