Usah Risau Bila Anak Lelaki Lambat Belajar, Daya Fokus Mereka Berbeza Berbanding Perempuan

Perkembangan otak kanak-kanak meningkat seiring pertambahan usia mereka. Namun benarkah anak lelaki dikatakan lambat sedikit berbanding perempuan?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap detik dalam kehidupan anak adalah sangat penting untuk kesihatan serta tumbesaran pada masa akan datang. Meskipun perkembangan otak mereka mengalami perubahan seiring pertambahan usia, ibu ayah hendaklah memastikan tempoh 8 tahun pertama ini mereka sudah menguasai pelbagai asas kehidupan, kemahiran, pembelajaran serta pengurusan diri.

Amatlah rugi sekiranya anda tidak berusaha mendidik anak-anak dengan perkara baharu yang ada disekeliling mereka. Ibu ayah adalah insan paling utama memastikan sel-sel otak si manja berhubung dan memberikan pengaruh besar dalam kehidupan mereka.

Perkembangan otak anak lelaki dikatakan sedikit lambat berbanding perempuan?

credit to sources

Berdasarkan perkongsian yang dimuat naik oleh seorang penulis Dakwah dan Pendidikan Anak-Anak, Nazifatunnisa Salim, perkembangan otak anak lelaki sememangnya berbeza dengan perempuan. Hal ini kerana daya tumpuan mereka dicipta berbeza.

Anak perempuan biasanya akan lebih rajin dan mampu memberikan fokus ketika belajar berbanding lelaki. Namun ibu ayah tidak perlu risau melihat anak orang lain awal lagi sudah mampu membaca al-quran dengan baik. Lebih-lebih lagi kalau anak kita adalah lelaki.

Terus terang bahawa Salahuddin juga agak lambat untuk mampu membaca dan mengaji al-quran berbanding Sumayyah. Perbezaan usia mereka dua tahun, tetapi tahap membaca serta mengaji quran adalah sama.

Apa yang saya perasan ada perbezaan bila diberikan permainan blok, Salahuddin mampu mencipta apa sahaja yang difikirkan oleh mindanya berbanding Sumayyah yang perlu dibantu walaupun hanya membina sebuah rumah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rekod mengenai perbezaan anak lelaki dan perempuan

Ini rekod yang saya buat sendiri mengenai perbezaan perkembangan minda anak lelaki dan perempuan:

#1. Kalau aspek pembelajaran, anak perempuan boleh menyelesaikan tugas tanpa perlu dipantau. Namun, anak lelaki lebih memerlukan bantuan dan dipantau. Mereka juga akan memberikan banyak alasan. Kadang-kadang dia sudah tahu, tetapi masih lagi akan bertanya pelbagai soalan.

#2. Anak lelaki mempunyai daya imaginasi yang tinggi. Sekiranya ibu ayah meminta mereka menghasilkan sebuah lukisan, hasilnya mungkin lebih cantik berbanding anak perempuan kerana lumrah mereka biasanya lebih berimaginasi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

#3. Bentuk pertanyaan anak lelaki lebih berinovasi berbanding perempuan. Sebab itulah kadang-kadang ibu ayah berasa jenuh untuk menjawab. Mungkin sampai satu tahap anda terpaksa meminta sedikit waktu bagi mencari jawapan yang sesuai dengan soalan berkenaan.

#4. Kawalan diri ketika marah. Anak lelaki sekiranya sedang marah atau naik angin, dia akan lepaskan terus. Tetapi, anak perempuan akan merajuk terlebih dahulu. Itu antara sifat biasa bagi lelaki dan perempuan. Sebagai ibu ayah, adalah sangat penting untuk anda mengajarkan mereka mengawal perasaan agar tidak bertindak berlebihan. Caranya juga akan berbeza antara lelaki dan perempuan.

Rekod yang saya kongsikan di atas ini tidaklah semestinya sama dengan orang lain. Anda usahlah terlalu risau apabila menyedari anak kita menunjukkan pencapaian yang berbeza dengan kanak-kanak lain sebayanya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu ayah juga tidak perlu terus terjun kepada konklusi bahawa anak ‘lambat’ ketika melalui proses pembelajaran. Sebenarnya bukan mereka ada masalah untuk berkembang, tetapi cara pembelajaran serta tahap fokus si manja adalah berbeza.

Sebab itulah Allah menciptakan setiap manusia bijak dan pandai, mesti ada kelebihan serta kekurangannya sendiri. Perkara yang lebih penting adalah usaha ibu ayah untuk mendidik dan menyediakan pendidikan terbaik buat anak-anak.

credit to sources

Anda tidak boleh bersikap lepas tangan dan mengharapkan tugas mengajar pada tangan guru di sekolah sahaja, kerana aura ibu ayah lebih hebat berbanding segala-galanya. Justeru, pastikan diri anda mahir dalam teknik mendidik anak-anak di rumah dengan betul dan berkesan.

Nikmatilah setiap masa ketika anak masih kecil. Tidak mengapa sekiranya proses berkenaan memakan masa dan sedikit lambat, yang penting hasilnya lebih berkualiti. Beritahulah hakikat ini pada pasangan, adik-beradik atau kawan-kawan yang berasa tertekan kenapa anak mereka begitu dan tidak begini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bersyukurlah dengan setiap kurniaan yang diberikan oleh Allah S.W.T. Usahlah menyalahkan sesiapa sekiranya ketika masih kecil, si manja menunjukkan dirinya adalah ‘slow learner’ kerana tidak siapapun yang tahu apa akan terjadi setelah mereka dewasa kelak.

Sumber: Nazifatunnisa Salim

Kredit foto: Google Images

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.compegang-kemaluan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan