Perkembangan sosial emosional bayi boleh bermula seawal usia 2 bulan dan ke atas. Ketika ini, si manja menghabiskan banyak masa setiap hari untuk mendengar bunyi serta melihat orang di sekelilingnya.
Si manja belajar bahawa akan sentiasa anda orang yang menghiburkan, menenangkan, memberinya makan, dan membuatnya selesa.
Isi Kandungan
Perkembangan sosial emosional bayi 3 bulan
Semasa bulan pertama kelahirannya, si manja cenderung menangis untuk berkomunikasi dengan ibu ayah. Namun memasuki bulan kedua, perkembangan sosial emosional ini akan bertukar kepada isyarat keseronokan dan keramahan pada orang sekeliling.
Jika anda mula melihat senyuman pertama bayi, maka ia adalah titik perubahan untuk anda berdua.
Semua malam tanpa tidur dan hari-hari yang tidak menentu dalam minggu-minggu pertama ini tiba-tiba kelihatan berbaloi, dan anda akan melakukan segala-galanya untuk mengekalkan senyuman itu!
Bukan itu sahaja, si manja akan menggerakkan bibirnya dan cuba “berbual” dengan anda. Senyuman juga akan menjadi cara selain menangis untuk menyatakan keperluannya.
Semakin bayi dekat dengan ibu ayah dan memberikan senyuman, semakin berkembang otaknya. Bayi anda kini mula menikmati serta menghargai pengalaman baharu ini.
Senyuman sebagai tanda perkenalan
Seperti orang dewasa, bayi anda akan lebih suka orang tertentu. Dan insan kegemaran secara semula jadinya adalah ibu ayah.
Datuk, nenek atau pengasuh yang biasa mungkin menerima senyuman teragak-agak pada mulanya, diikuti oleh coos dan body talk.
Sebaliknya, orang yang tidak dikenali mungkin menerima tidak lebih daripada pandangan ingin tahu atau senyuman sekejap daripada bayi. Tingkah laku selektif ini menunjukkan dia mula memilih siapa dalam hidupnya.
Dalam proses mengenali satu sama lain, si manja akan secara beransur-ansur menahan pandangan kepada anda untuk tempoh yang lebih lama.
Di samping itu menjelang usia tiga bulan, bayi akan menjadi mahir dalam “berkomunikasi melalui senyuman.” Kadang-kadang dia akan memulakan “perbualan” dengan senyuman lebar dan gelak untuk menarik perhatian ibu ayah.
Pada masa lain dia akan menunggu, memerhatikan wajah ibu ayah sehingga anda memberikan senyuman pertama sebelum membalas respons.
Contoh perkembangan sosial
Ada beberapa contoh perkembangan sosial emosional yang ditunjukkan pada bayi 2 bulan ke atas. Antaranya:
- Bercakap- Mengeluarkan bunyi mendekut (cooing)
- Ketawa kecil sebagai jawapan kepada anda.
- Menangis apabila lapar atau tidak selesa.
- Mengeluarkan bunyi berdeguk.
- Senyap kepada suara atau sentuhan yang dikenali.
- Senyum pada orang.
- Seronok dipeluk atau didukung
Cara merangsang perkembangan sosial bayi
Bagi menggalakkan perkembangan sosial emosional bayi, ibu ayah boleh lakukan beberapa perkara berikut:
- Beri respon dan penuhi permintaan si manja dengan segera- Anak mula belajar mempercayai seseorang
- Buat hubungan mata dengan bayi- Berada dekat dengan si manja dan lakukan hubungan visual apabila anda berinteraksi
- Berceloteh dan bercakap dengan bayi anda- sentiasa berhenti sebentar untuk membenarkan mereka bertindak balas
- Main meniru kata-kata dan tindakan
- Mainkan “peekaboo”—ini mengajar anak bahawa walaupun ibu ayah yang”hilang” sekejap akan kembali semula dan mengurangkan rasa takut pada orang yang tidak dikenali
- Libatkan bayi anda dalam aktiviti harian seperti menjalankan tugas atau melawat rakan—ini menunjukkan kepada mereka cara anda berinteraksi dengan orang lain dengan cara yang penuh hormat dan positif
Tanda bahaya gangguan pada perkembangan sosial
Jika anda melihat beberapa perkara berikut pada bayi selepas usia 3 bulan, pertimbangkan untuk berjumpa dengan doktor atau profesional kesihatan lain seperti ahli patologi bahasa pertuturan , ahli terapi cara kerja atau ahli psikologi.
- Anak tidak memberi tindak balas terhadap bunyi
- Anak tidak tersenyum walaupun diagah
- Anak mengelak daripada bersentuhan atau berpelukan
- Anak tidak dapat ditenangkan pada waktu malam
- Anak tidak dapat menenangkan dirinya meskipun telah dipujuk
- Anak tidak berminat dengan permainan seperti peek-a-boo
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Perkembangan Bayi 6 Bulan: Penting Bantu Bayi Rangsang Kemahiran Kognitif
Baca juga: Perkembangan Bayi 0-3 Bulan Adalah Paling Penting, Ibu Ayah WAJIB Tahu
Baca juga: Perkembangan Fizikal Kanak-Kanak 2 Tahun, Aktif Meneroka & Sepahkan Rumah Tanda Mereka Bijak!