7 Idea Permainan DIY Yang Mudah dan Menarik Untuk Anak Anda

Permainan dan kanak-kanak tak dapat dipisahkan. Jika kena dengan citarasa mereka, sebarang permainan kreatif yang dibuat sendiri pun menarik. Mari cuba 7 idea permainan DIY ini untuk menambah koleksi permainan mereka!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Permainan dan kanak-kanak tak dapat dipisahkan. Ke mana saja anak anda itu pergi, pasti akan ada satu atau dua jenis permainan yang “disambar”nya.

Sebab itu trip ke kedai Toys R Us hanya sekali atau dua kali sebulan. Permainan yang dijual di sana mahal juga!

Tapi sekarang, tak payah risau lagi. Saya akan kongsikan 7 idea permainan DIY yang mudah untuk dilakukan oleh anda dan mampu menarik perhatian si manja. Tak perlulah ke kedai mainan dan menghabiskan masa selama berjam-jam untuk pilih permainan lagi!

Semua idea permainan ini menggunakan bahan sedia ada yang mudah didapati dalam rumah. Jom semak 12 idea kreatif yang dikongsi Bright Side!

1. Foosball

Kredit gambar: Handimania

Jika si manja gemar bermain bola, permainan DIY ini akan menarik perhatiannya! Lagi kecil kotak lagi seronok.

Bahan diperlukan: Kotak kasut, batang lidi, pengepit baju, pisau, pembaris, Sharpie Marker, gam, pembalut kertas, cat semburan, pita pelekat dan bola ping pong.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit gambar: U Create

Cara buat:

  • Pertama, pastikan di mana anda ingin meletakkan batang lidi. Letak empat batang lidi (dua batang untuk seorang pemain).
  • Kemudian, tanda dan cucuk lidi. Letak penyepit baju di atas lidi. Penyepit baju harus mudah digerakkan dan tak berlanggar di bahagian bawah.
  • Gam penyepit baju tersebut dan hias kotak mengikut kegemaran anda!

2. Shadow puppets

Kredit gambar: Estefi Machado

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi si manja yang gemar buku cerita dan bed time story, anda boleh buat shadow puppet ini untuk menambah koleksi permainan mereka! Ia mudah dan menarik.

Bahan diperlukan: Kotak bijirin sarapan, kertas surih berukuran A4, pita pelekat, kertas A4/kad dengan warna gelap, kayu pemegang

Cara buat:

  • Potong kotak bijirin kepada dua bahagian. Satu bahagian lebih kecil daripada satu lagi.
  • Kemudian, tampal kertas surih.

Kredit gambar: Mini Eco

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Mulakan proses membuat puppet pula (dalam pelbagai bentuk).

Senang saja, kan?

3. Belon dengan doh mainan

Kredit gambar: Pre-school Play

Permainan DIY comel yang dibuat dengan doh mainan! Si manja pasti akan leka bermain belon ini.

Bahan diperlukan: Tepung, air, belon, Sharpie Marker

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara buat: 

  • Masukkan tepung dan air. Uli campuran hingga menjadi doh.
  • Masukkan doh dalam belon dan ikat belon.
  • Lukis pelbagai wajah, corak atau nombor atas belon dengan marker.

4. Labyrinth

Kredit gambar: Fab DIY

Permainan ini bukan saja mampu mencabar minda, malah ia juga boleh melekakan! Mari buat satu untuk si manja?

Bahan diperlukan: dulang kayu, beberapa batang kayu, cat sembur, gam kayu dan guli kecil.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara buat:

  • Potong batang kayu dan tampal atas dulang.
  • Lebih banyak batang kayu kecil lebih mencabar
  • Selepas gam kering, cat batang kayu dan masukkan guli. Siap!

5. Whirligig

Whirligig adalah seperti kincir angin, tapi dengan corak dan warna yang menarik.

Kredit gambar: The Craft Train

Bahan diperlukan: corak whirlygig yang boleh dicetak, tali, kadbod keras, gam, huntung dan pencucuk lidi

Cara buat

  • Cetak corak whirlygig yang diingini. kemudian tampal di atas kadbod keras.
  • Cucuk lubang di bahagian tengah dan masukkan tali.
  • Ikat tali, dan… siap!

6. Patung berubah muka

Apa kata sambil main, anda ajar si manja tentang ekspresi muka juga? Lagi bagus untuk mereka, kan! Okay mari mula buat patung menarik ini.

Kredit gambar: Futuro Fonoaudiologo

Bahan diperlukan: Klip, kadbod, pisau, gam

Cara buat:

  • Mudah saja! Mula-mula, cetak template muka yang diingini. Kemudian tampal di atas kadbod.
  • Masukkan klip pada setiap mata, hidung, telinga dan mulut tadi dan pastikan klip rapat.
  • Siap!

7. Kuari pembinaan

Ini pasti menjadi kegemaran si manja lelaki anda! Mesti seronok jika dapat bermain dengan pasir betul, kan? Idea permainan DIY ini bagus untuk imaginasi si manja. Malah, ia menggalakkan mereka untuk memegang, melihat dan mendengar. Mari buat ia!

Kredit gambar: Frogs Snails And Puppy Dog Tails

Bahan diperlukan: bekas besar, pasir, batu-bata, rubbermaid, dan lori pembinaan

Cara buat:

  • Bersihkan bekas besar.
  • Masukkan pasir, batu-bata, rubbermaid dan lori pembinaan.

Kan saya sudah cakap semua idea permainan DIY ini mudah lagi menarik! Anda tak perlu menghabiskan wang untuk beli pelbagai permainan lagi.

Sekali-sekala kita praktiskan kreatif yang ada untuk manfaat si manja, apa salahnya, kan?

Selamat mencuba, ibu bapa semua!

Sumber rujukan: Brightside

 

Penulis

Ayu Idris