Permainan Dalam Rumah 'Malas' Terbaik Untuk Ibu Bapa Yang Terlalu Penat

Kanak-kanak mempunyai tenaga yang sangat banyak, tidak sama dengan orang dewasa yang cepat penat terutamanya selepas seharian melakukan kerja rumah atau di tempat kerja. Baru hendak melelapkan mata, si kecil sudah bawa mainan dan ajak kita bermain bersama! Aduh, macam mana ya ibu?

Anak-anak sering kali mengajak bu bapa untuk turut bermain dengan mereka tetapi kadang-kala ia sangat memenatkan lebih-lebih lagi jika kita baru pulang dari kerja atau baru sudah menyelesaikan perihal rumah. Pasti anda berfikir, apakah permainan dalam rumah yang boleh dilakukan bersama tanpa terlalu bergerak ya?

Permainan Dalam Rumah Buat Ibu Bapa Yang ‘Malas’

Ibu-ibu kelakar di The BreakWomb telah muncul dengan penyelesaian yang pastinya anda akan tertarik. Di dalam video terbaru yang dimuat naik mereka yang bertajuk ‘Lazy Games to Play With Kids“, para ibu tersebut telah berkongsi bagaimana cara kegemaran mereka untuk kurang mengeluarkan tenaga.

Antara permainan yang telah dicadangkan oleh ibu-ibu ini ialah:

  • permainan ‘Mangsa lemas dan penyelamat” : di mana si ibu akan menjadi mangsa lemas (anda baring dan lelapkan mata sebentar), manakala anak anda penjadi penyelamat yang terpaksa berenang merentasi kolam penuh buaya dan halangan sebelum sampai kepada anda.
  • permainan ‘Doktor dan pesakit” : cuba teka siapa yang menjadi pesakit yang perlu terlantar sakit di katil hospital? 🙂 Anda sudah mendapat idea bagaimana permainan ini berfungsi. Anak anda akan menjadi doktor untuk merawat anda atau mungkin melakukan ‘pembedahan’ kecil ke atas pesakit mereka.
  • permainan “Superhero dan penjahat” : sama ada menjadi penjahat mahupun superhero, anda beralah menjadi orang yang kalah dan diikat. Sementara anak anda memainkan peranannya. Atau lebih baik, anda menjadi ‘rakyat biasa’ yang diculik penjahat dan harus menunggu ‘superhero’ menempuh halangan untuk menyelamatkan anda.
  • permainan “sorok-sorok” : anda tawarkan diri anda untuk menjadi penyorok. Sambil menyorok, sambil lelapkan mata hinggalah anak anda mengejutkan anda.

Menarik dan kreatif bukan? Saya juga ada satu cadangan, “Permainan SPA” : di mana anda menjadi pelanggan dan anak anda membuat rawatan rambut atau muka untuk anda. Letakkan hirisan timun di mata dan muka! Ia pasti menyegarkan 🙂

Pentingkan Aspek Keselamatan

Namun, jika anda risau anda terlelap lebih dari masa yang sepatutnya, mungkin anda patut menghidupkan jam loceng anda agar anda lebih mudah terjaga. Selain itu, pentingkan juga segala aspek keselamatan seperti pintu sudah berkunci, tiada alatan atau barangan yang boleh membahayakan mereka serta api di dapur sudah terpadam.

Banyak bukan cara yang boleh ‘mengurangkan’ penggunaan tenaga semasa melayan anak anda,. Cuma kita harus lebih kreatif dalam memenuhi keperluan anak-anak untuk mempunyai kita di sisi mereka sambil ‘berehat’, hanya dengan bermain permainan dalam rumah sahaja.

Selamat mencuba dan kongsikan hasilnya nanti!

Baca juga: 

Permainan bantu perkembangan anak dari umur bayi hingga kanak-kanak- Dr. Debora Weber

Penulis

Aqma