Adakah anda percaya bahawa melalui keseronokan, pasti ada sesuatu untuk dipelajari? Adakah anda berminat untuk mengajar anak anda tentang segala-galanya di dunia ini sebaik mungkin? Anda mungkin seorang ibu bapa Go-getter! (Untuk kepastian, cuba kuiz persona ini).
Go-getter berusaha untuk menjadi ibu bapa “terbaik” dengan memberikan anak mereka segala kelebihan. Mereka orang terdorong, dan sentiasa berusaha untuk mengetahui semua perkara, termasuk kewangan, dan sentiasa belajar dan menyampaikan ilmu kepada anak mereka.
Oleh sebab salah satu cara berkesan untuk anak belajar adalah melalui bermain, Go-getter pandai menggunakan permainan papan selain aplikasi untuk mengajar anak mereka tentang wang. Jika anda seorang Go-getter dan masih belum mulakan ini, usah risau; anda akan tahu mengapa ini kaedah yang terbaik buat anda dan anak.
Sediakan Pentas Untuk Pembelajaran
Sebelum kita bawa permainan keluar dan memulakan pengajaran, kita harus ingat bahawa apa yang kita cuba capai melalui permainan ini – kita adalah Go-getter dan Goal-getter. Semuanya harus ada tujuan.
Kita ingin membina ilmu kewangan anak-anak dan mengajar mereka nilai wang dan paling penting, berseronok ketika membuat semua ini. Teknik pembelajaran harus digunakan bersama-sama cara yang lain, seperti pembelajaran melalui pengalaman atau pelajaran wang lebih formal, permainan adalah alat yang baik untuk membantu kanak-kanak membina asas kukuh untuk masa hadapan mereka.
Untuk mencapai perkara di atas, kita harus ingat beberapa perkara:
Ajar Dengan Cara Yang Sesuai Dengan Usia Mereka
Permainan melibatkan sedikit pembacaan dan memahami konsep wang, seperti Daytrader, satu permainan papan kewangan, yang mungkin bukan permainan terbaik untuk kanak-kanak berusia 4 tahun. Pada usia tersebut, permainan yang tidak melibatkan pembacaan atau berfikir lebih menyeronokkan. Sama juga dengan permainan mudah untuk kanak-kanak bawah 5 tahun yang tidak sesuai dengan anak remaja anda.
Permainan harus mengikut usia anak, mencabar kebolehan mereka supaya sentiasa ada sesuatu yang baru untuk dipelajari.
Belajar Tentang Wang Satu Proses Tidak Henti
Saya pasti sebagai Go-getters, kita sering mencari peluang untuk mengajar anak kita tentang wang, di mana-mana sahaja kita berada, sebanyak mana yang boleh. Apa kata jadikan sesi permainan satu aktiviti mingguan atau bulanan untuk seisi keluarga?
Amalkan Pembelajaran
Sudah pasti, seperti semua perkara yang kita ajar pada anak-anak, apa yang mereka tahu secara teori harus diamalkan agar dapat diterjemah sebagai pembelajaran sebenar. Guna momen dalam kehidupan untuk tunjuk bagaimana mereka pelajari sesuatu yang berkait dengan hidup mereka. Padankan permainan dengan pengalaman secara langsung.
Dan sekarang, ayuh mulakan permainan!
Permainan Tentang Wang: Permainan Klasik, Aplikasi Menarik dan Sebagainya!
Permainan Klasik
Dengan permainan papan, semua orang adalah pemenang. Bukan sahaja anak anda belajar tentang wang melalui permainan ini, anda juga dapat meluangkan masa berhaga dengan seisi keluarga dan cipta memori yang bertahan sepanjang hidup.
1. Monopoly
Adakah anda bermain permainan papan celik kewangan seperti Monopoly dengan anak anda? Menurut tinjauan Asia Money Parenting ditauliahkan oleh Eastspring Investment, 31% daripada ibu bapa Go-getter bermain permainan Monopoly bersama anak-anak mereka (berbanding 19% purata semua ibu bapa dalam tinjauan).
Tidak akan ada silap dengan Monopoly. Anak anda dapat belajar cara mengira, belajar cara berbelanja dan bagaimana untuk menjana lebih banyak wang.
2. The Game of Life
Dalam dunia moden, The Game of Life (kadang-kala dipanggil sebagai Life), telah diadaptasi ke sebuah aplikasi, namun permainan papan asli lebih menarik. Simulasi kehidupan yang penuh liku, permainan ini memperkenalkan idea kewangan seperti perbankan dan insurans. Bahkan ada nota janji dan pegangan saham untuk anak anda pelajari! Anak anda pasti akan lebih maju dalam hidup mereka.
3. Pay Day
Satu lagi permainan klasik daripada era 70-an, PayDay meniru kehidupan seorang pekerja. Satu perjalanan di keseluruhan papan bersamaan dengan sebulan yang mana anda perlu menanggung perbelanjaan dan membayar bil. Ia juga cara bagus untuk ajar anak tentang kehidupan. Dia pasti lebih pandai berjimat cermat dalam masa yang singkat.
Aplikasi
Aplikasi merupakan alat pembelajaran mudah dunia moden, dan ada banyak aplikasi permainan tentang wang. Sebagai seorang Go-getter, anda sudah pasti lebih maju – Go-getter lebih berkemungkinan untuk menggunakan aplikasi dan permainan dalam talian untuk mengajar anak-anak tentang wang.
Jika anda berminat dalam mengajar anak anda mengenai wang melalui aplikasi, berikut adalah pilihan kami:
1. Cha-Ching: Choices
Ingat akan buku Choose Your Own Adventure? Dalam aplikasi dalam talian daripada Cartoon Network dan Prudential Cha-Ching ini, anak anda dapat pengalaman yang sama dalam membuat keputusan dan menanggung akibatnya. Melalui setiap pilihan, mereka boleh belajar untuk menjana, membelanja dan menderma wang.
2. Bankaroo
Di Bankaroo, anak anda akan belajar untuk menyimpan wang dalam sebuah “bank maya”. Mereka dapat mengesan elaun dan wang yang diberikan oleh nenek dan datuk mereka, selain menyemak perbelanjaan. Namun semua ini dilakukan dalam cara yang menyeronokkan dan menggalakkan.
3. Stock Market Game
Direka untuk remaja dan pra-remaja, Stock Market Game adalah cara terbaik untuk anak anda menyertai pasaran saham tanpa risau akan apa-apa kerugian. Malah ada aspek untuk persaingan; anda boleh bermain dalam talian dengan orang lain dan naik taraf apabila anda menjana wang. Untuk Go-getter seperti anda, persaingan sihat antara anda dan anak amat memuaskan.
Ubah Pembelajaran Menjadi Permainan
Anda bukan terhad kepada permainan papan dan aplikasi sahaja. Apa kata cuba untuk mencipta permainan sendiri untuk anak anda agar anda boleh menjadikan ia sebahagian daripada kehidupan anak? Ruang untuk berseronok sambil belajar sentiasa ada dalam hidup.
1. Bermain dengan wang
Wang adalah permainan yang bagus untuk anak-anak kecil. Biasakan mereka dengan duit syiling sebagai contoh dan cabar mereka untuk susun tinggi, atau susun mengikut nilai dengan pantas. Tiada had untuk idea baru.
Untuk kanak-kanak lebih berusia, benarkan mereka membayar bil sendiri (tentunya dengan dompet dan duit anda) – dan lihat sekiranya mereka dapat mengira wang dengan betul.
2. Kerja rumah sebagai penjana wang
Anda berharap anak anda boleh membantu dalam menyiapkan kerja rumah? Jadikan ia sebagai permainan. Tetapkan nilai wang pada setiap kerja rumah tersebut. Apabila mereka selesai, kira jumlah wang yang terjana dan bayar mereka dengan wang tunai. Dengan ini, mereka dapat belajar bahawa wang perlu dijana dengan kerja keras.
3. Permainan membeli belah
Ketika sesi membeli belah barang runcit, libatkan anak anda dengan menjadikan membeli belah sebagai permainan. Minta mereka mencari tawaran terbaik. Atau anda boleh berikan mereka bajet yang kecil dan cabar mereka untuk membeli mengikut jumlah wang yang ada.
Ada satu sebab utama mengapa ibu bapa Go-getter memilih permainan untuk ajar anak-anak mereka tentang wang. Permainan hadir secara semula jadi kepada kanak-kanak dan ia cara mereka memahami dunia kita. Permainan adalah satu alat berguna untuk memanfaatkan kuasa bermain. Memupuk kebolehan semula jadi ini boleh menjadi permulaan pembinaan masa hadapan yang kukuh dan sejahtera kepada anak anda. Tidak kira apa usia mereka, anda boleh mula pembelajaran kewangan melalui permainan hari ini!