Kenalkan Anak Dengan 5 Permainan Tradisional Ini Supaya Tidak Ditelan Zaman

Permainan tradisional merupakan warisan yang wajib kita pertahankan supaya kekal sehingga ke generasi yang akan datang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Zaman kanak-kanak kita banyak dihabiskan dengan bermain pelbagai permainan tradisional seperti batu seremban, congkak, baling selipar, konda kondi, pukul berapa datuk harimau, galah panjang dan sebagainya.

Biasanya kita akan berkumpul setiap petang di padang, halaman rumah mahupun taman permainan untuk bermain bersama rakan-rakan dan ternyata ia sangat menghiburkan dan menyeronokkan.

Sayangnya, kebanyakan anak muda zaman sekarang sudah tidak mengenali permainan tradisional kerana wujudnya mainan-mainan yang lebih canggih dan anak-anak lebih suka menghabiskan masa bermain gajet.

Permainan Tradisional Tingkat Kemahiran Motor Anak

Terdapat banyak permainan tradisi yang kita mainkan pada zaman dahulu melibatkan anggota badan yang besar iaitu tangan, kaki dan keseluruhan anggota badan.

Ianya termasuklah merangkak, berjalan, berlari, melompat, memanjat, membaling, menangkap, mengejar, menarik, menolak dan sebagainya.

Tanpa kita sedari, sebenarnya kesemua pergerakan ini mengukuhkan lagi kestabilan serta keseimbangan seluruh anggota badan kita sekaligus meningkatkan kemahiran motor kasar, malah sesetengah permainan pula memerlukan pergerakan anggota badan yang kecil seperti pergelangan tangan dan jari jemari tangan ketika bermain. Melalui permainan tersebut, kemahiran motor halus dapat diasah dan ditingkatkan.

Permainan tradisional merupakan warisan yang wajib kita pertahankan supaya kekal sehingga ke generasi yang akan datang. Jom kita perkenalkan semula permainan tradisional supaya dekat dihati anak-anak kita, boleh juga bermain bersama-sama mereka!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5 Permainan Tradisional Boleh Diperkenal Kepada Anak

1. Congkak

Dengan bermain congkak, ianya bukan sahaja melatih tahap fokus anak, tetapi juga dapat meningkatkan koordinasi tangan dan mata serta kemahiran motor halus mereka.

Dalam permainan congkak, terdapat 7 lubang pada setiap pihak, dan pemain akan mendapat satu lubang besar yang dipanggil sebagai rumah. Anda boleh belikan set congkak sebagai hadiah kepada anak-anak dan bermain bersama semasa hujung minggu. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Batu seremban

Walaupun permainan batu seremban ini merupakan permainan tradisional yang hanya memerlukan kita duduk sahaja untuk bermain, ianya memerlukan fokus yang sangat tinggi serta koordinasi tangan dan mata yang baik untuk membaling dan menangkap semula batu yang dibaling itu.

Dengan pergerakan pergelangan tangan dan jari jemari tangan ketika bermain batu seremban ini, kemahiran motor halus anak dapat ditingkatkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Konda Kondi

Untuk bermain konda kondi, anda memerlukan dua kayu iaitu kayu ibu dan kayu anak. Anda akan membuat cubaan untuk menyungkit kayu anak menggunakan kayu ibu. Selepas berjaya mengungkit kayu anak,  dan perlu berlari untuk mengejar dan menangkap kayu anak  yang berjaya dibaling.

Permainan konda kondi memerlukan fokus yang tinggi serta koordinasi tangan dan mata yang baik untuk menyungkit kayu anak menggunakan kayu ibu dan berlari sambil mengejar kayu yang dibaling sebelum menangkap kayu tersebut.

4. Galah panjang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memandangkan permainan galah panjang ini memerlukan ramai pemain, anak-anak mungkin boleh bermain bersama sepupu-sepupu mereka atau jiran-jiran terdekat. Lebih ramai yang dapat bermain, permainan ini pasti lebih meriah!

Setiap ahli kumpulan perlu mempunyai kemahiran berlari laju serta berhenti dengan cepat ketika melepasi petak permainan yang dikawal oleh pasukan lawan. Aktiviti ini bukan sahaja dapat melatih fokus dan meningkatkan kemahiran motor kasar anak, malah dapat merapatkan lagi hubungan persahabatan dengan rakan-rakan sepermainan.

5. Pukul berapa datuk harimau

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Siapa pernah main permainan tradisional pukul berapa datuk harimau? Permainan ini sememangnya mendebarkan. Salah seorang pemain akan menjadi harimau. Apabila sampai pukul 12, harimau tadi akan mengejar pemain-pemain lain. Siapa kena tangkap, dia pula akan menjadi harimau.

Permainan ini melibatkan pergerakan aktif anak dengan berlari, mengejar dan menangkap rakan-rakan mereka sekaligus dapat meningkatkan lagi kemahiran motor kasar anak.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Menggamit Kenangan! Rupanya Permainan Zaman Dulu Menjadikan Anak PINTAR & Sihat!

Baca juga : 7 Idea Permainan DIY Yang Mudah dan Menarik Untuk Anak Anda

Baca juga : Permainan bantu perkembangan anak dari umur bayi hingga kanak-kanak- Dr. Debora Weber

Penulis

Nursyamimi