"Berhentilah Merokok, Biarlah Bayi Saya Ini Jadi Anak Terakhir Yang Maut Kerana Rokok Anda..."

Ibu ini berharap kisah kematian anaknya akibat asap rokok boleh menjadi pengajaran kepada ibu bapa yang lain tentang bahayanya asap rokok...

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seorang ibu yang kehilangan anak kesayangan akibat asap rokok kini merayu semoga anaknya adalah insan terakhir yang mati akibat asap rokok. Inilah kesannya apabila kanak-kanak yang tidak bersalah menjadi perokok pasif hanya kerana hidup dalam persekitaran yang dikelilingi perokok!

Bahaya Kanak-Kanak Menjadi Perokok Pasif

Laporan Thai Rath Online melaporkan tentang kisah ibu berusia 28 tahun, yang patah hatinya apabila anak lelakinya kini tiada selama-lamanya.

Si ibu mahu berkongsi kisah sedih sebagai gambaran supaya para ibu lain tidak melakukan kesalahan yang sama, dan tidak dapat melihat si manja tersenyum riang lagi…

Bahaya Perokok Pasif: Anak Mengalami Jangkitan Paru-Paru

Pada hari kejadian, si ibu bekerja lewat di tempat kerjanya apabila anak lelakinya yang berusia 1 tahun 2 bulan terpaksa dimasukkan ke hospital akibat jangkitan paru-paru.

Anaknya yang berada di bawah jagaan si bapa, mengalami beberapa simptom awal seperti selesema, batuk dan kahak sudah beberapa hari dan masih tidak baik walaupun sudah berjumpa doktor.

Sehinggalah pada hari kejadian, anaknya mengalami sawan dan sesak nafas selama 2 saat. Si ayah mula menggoncangkan badan anaknya, tetapi bayi itu menjadi semakin sensitif.

Demam berlarutan sehingga jam 5 petang dan si ayah jemput ibu dari tempat kerja dahulu sebelum mereka pergi ke hospital.

Semasa di hospital,si anak mula mengalami demam panas. Jururawat bertegas yang dia perlu kerap dibasahkan dengan kain lembap namun sawan menyerang lagi!

Bahaya Perokok Pasif: Apa yang Berlaku Kepada Bayi Sepanjang di Hospital?

  • Doktor perlu mengeluarkan kahak setiap setengah jam.
  • Bayi diberi oksigen sepanjang masa akibat kesukaran bernafas.
  • Badan dilap dengan kain lembap disebabkan demam panas.

Walaupun mendapat rawatan penuh, gejala yang berlaku masih lagi belum reda. Segala jenis ubat-ubatan yang mahal dan diimport digunakan namun si kecil masih belum sihat, malah terpaksa dipindahkan ke ICU selama 2 malam.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa sahaja seorang ibu boleh lakukan? Ibu hanya boleh melihat sahaja si kecil cuba untuk tidur, dengan mata masih terbuka sedikit.

Keesokan harinya, si ibu bergegas untuk melihat anak yang dikasihinya, alangkah terkejutnya apabila anaknya kini dipenuhi dengan wayar di sekeliling tubuh, malah ada juga bahagian badan yang telah ditebuk. Keadaan tersebut menyebabkan si ibu menangis teresak-esak dan patah hati!

Mimpi Ngeri Si Ibu Menjadi Kenyataan Apabila Bayi Meninggal Dunia

Apabila rawatan dilakukan, doktor akhirnya berkata tiada apa lagi yang boleh dilakukan.

“Sekiranya nafasnya terhenti, kita boleh cuba untuk pam dan jantungnya akan berdegup semula, tetapi dia hanya akan tidur sepanjang hayatnya…”

Jururawat meneruskan pam jantung bayi tersebut, namun tiada tanda yang si kecil itu akan terjaga. Akhirnya si ibu hanya menunggu, sehinggalah denyutan jantung anak kesayangannya itu tiada lagi.

Kematian anaknya adalah disebabkan asap rokok, di mana bayi yang tidak berdosa itu menjadi perokok pasif dan tidak dapat menanggung kesakitan lagi. Keluarga tersebut mempunyai ramai perokok di rumah, iaitu  ayahnya, 3 abang dan suaminya sendiri.

Walaupun sudah 2 tahun berlalu, peristiwa tersebut masih segar dalam ingatannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Tiada sehari yang berlalu pun saya tidak lupa akan hari tersebut. Saya ingin memberi peringatan kepada ibu bapa atau kaum keluarga yang merokok, berhentilah sekiranya sayangkan kanak-kanak…saya tidak mahu orang lain kematian anak sama seperti saya…”

Asap Rokok Menyebabkan Sistem Pernafasan Bayi Menjadi Lemah

Dr. Suriyawet Tripati, Pengarah Institut Kanak-Kanak dan Pembangunan Keluarga di Universiti Mahidol memberi nasihat kepada orang ramai yang mempunyai anak kecil untuk mengelakkan pencemaran asap rokok, dan jauhi dari perokok.

Ini kerana saluran pernafasan anak kecil menjadi lemah dan lebih sensitif, dan akan menyebabkan asma — dan ia boleh berlarutan hingga menjadi jangkitan paru-paru.

Bagi mengelakkan anak terkesan dari asap rokok:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Jangan merokok di dalam kawasan rumah.
  2. Tukar pakaian, basuh tangan dan berus gigi sebelum berada berhampiran bayi. Sisa asap rokok boleh melekat pada baju dan masih boleh menyebabkan asma melalui bau yang masih ada.

Sekiranya anda sayangkan anak anda, tolong prihatin terhadap mereka yang tidak merokok. Sebaiknya anda berhenti merokok kerana ia tidak memberi sebarang faedah.

Anak batuk tak boleh tidur.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh theAsianparent Editorial Team dan mendapat keizinan theAsianparent Philippines untuk diterjemah.

Baca juga

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Asap Rokok Menyebabkan Bayi Ini Dikuarantin Sehingga Umur 4 Tahun!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Beto Rahman