5 artis Bollywood yang dituduh sebagai perosak rumah tangga orang
Dunia perfileman Bollywood juga tidak terlepas dari isu curang dalam perkahwinan atau orang ketiga. Ada beberapa artis perempuan Bollywood yang dituduh sebagai perosak rumah tangga.
Yang lebih mengejutkan, artis-artis perempuan ini sungguh terkenal! Takkan sudah terkenal pun sanggup jadi perosak rumah tangga orang, ya?
Ada di antara mereka yang akhirnya berkahwin dengan suami orang tersebut. Namun, ada juga yang mengaku kalah dan akhirnya mengambil keputusan untuk mengangkat kaki.
Sempena bulan meraikan perkahwinan dan isu perosak rumah tangga yang sedang hangat dicakap di Malaysia sekarang, mari kita lihat siapa 5 artis Bollywood yang jadi perampas suami orang ini.
Perosak rumah tangga #1: Priyanka Chopra
Bekas Miss World 2000 ini sering dituduh sebagai orang ketiga, perampas suami orang dan perosak rumah tangga kepada mana-mana pelakon lelaki yang berganding dengannya.
Contoh artis yang pernah terpalit berlaku curang dengan Priyanka adalah Shah Rukh Khan dan Akshay Kumar. Semuanya bermula selepas mereka berlakon bersama.
Namun, tuduhan Priyanka Chopra sebagai perosak rumah tangga tidak berjaya kerana Shah Rukh Khan malah Akshay Kumar tidak sanggup untuk meninggalkan isteri mereka demi artis ini.
Perosak rumah tangga #2 Rani Mukherjee
Rani Mukherjee pernah terlibat dengan Govinda, suami orang yang ketika itu mempunyai isteri bernama Sunita. Namun, Govinda akhirnya kembali ke pangkuan isterinya.
Setelah hubungan Rani dengan Govinda terputus, Rani kemudiannya mula mendekati Aditya Chopra, pengarah filem terkenal India. Semuanya bermula apabila mereka kerap terlibat dalam penggambaran filem.
Aditya kemudiannya dikatakan sengaja menceraikan isterinya yang sudah dikahwini beliau selama 7 tahun kerana ingin mengahwini Rani Mukherjee.
Aditya dan Rani kemudiannya berkahwin pada 21 April 2014 dan memiliki seorang anak perempuan. Apa pendapat anda? Adakah Rani salah seorang perosak rumah tangga orang?
Perosak rumah tangga #3 Kangna Ranaut
Kangna Ranaut adalah salah seorang pelakon generasi baru dengan muka yang sungguh jelita. Namun sayangnya, wanita ini tidak dapat menahan godaan dan karisma lelaki yang sudah berkahwin.
Salah satu pelakon yang sudah beristeri dikacau Kangna adalah Ajay Devgan, suami kepada Kajol!
Namun, Ajay kemudiannya telah tersedar dari kesilapan beliau dan kembali ke pangkuan Kajol.
Perosak rumah tangga #4 Sridevi
Mendiang Sridevi pernah disebut-sebut sebagai orang ketiga dan perosak rumah tangga Boney Kapoor. Boney Kapoor sebelum ini mengahwini Mona.
Sridevi dikatakan tinggal bersama-sama Boney dan Mona ketika dia masih muda dan kesusahan. Oleh sebab duduk sekali, Boney tidak tahan godaan artis cantik itu.
Akhirnya, Boney mengambil keputusan untuk menceraikan isteri pertamanya dan mengahwini Sridevi.
Mona, si bekas isteri, tidak pernah reda dengan perkahwinan Boney dan Sridevi. Namun bekas suaminya itu kekal bahagia dengan Sridevi sehinggalah Sridevi maut baru-baru ini akibat serangan jantung.
Perampas suami orang #5 Shilpa Shetty
Pelakon filem Dhadkan ini dikatakan pernah mempunyai hubungan dengan Raj Kundra, suami Kavita. Tak lama selepas itu, Raj terus menceraikan isteri pertamanya dan mengahwini Shilpa!
Perosak rumah tangga Shilpa Shetty ini berkahwin dengan Raj pada 22 November 2009, dan mereka mempunyai seorang anak lelaki.
Kavita, bekas isteri Raj terang-terangan menuduh Shilpa sebagai perosak rumah tangga beliau dan bekas suaminya. Namun Shilpa keras-kerasan menafikan tuduhan tersebut.
Hubungan terlarang antara seorang wanita bujang/janda dengan lelaki yang sudah beristeri ternyata boleh berlaku pada sesiapa saja, pada bila-bila masa.
Sebab itu artis Bollywood sendiri dituduh sebagai perampas suami orang! Bagaimana pendapat anda tentang isu ini?
Artikel ini disumbang oleh theAsianparent Indonesia
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
5 Artis Terkenal Bollywood Yang Kantoi Curang Namun Dimaafkan Oleh Isteri