Taufik Batisah pertama kali berlakon filem dan sedia terima kritikan pada Dukun Doktor Dani

Taufik Batisah pertama kali berlakon filem berjudul Dukun Doktor Dani.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Advertisement

Menyandang watak utama dalam filem terbaharu terbitan Astro Shaw, Dukun Doktor Dani, penyanyi Taufik Batisah bersedia untuk menerima kritikan berkenaan dengan lakonan pertamanya di layar perak.

Dia sedar bahawa dia mungkin tidak akan dapat menggembirakan semua penonton.

Kata Taufik: “Penglibatan saya dalam bidang hiburan sudah menjangkau 12 tahun. Sudah semestinya saya bersedia untuk menerima segala kritikan mengenai apa yang saya lakukan.

“Jika sebelum ini saya fokus dalam bidang muzik, menerusi Dukun Doktor Dani merupakan percubaan pertama saya dalam bidang perfileman. Dalam bidang muzik, saya tak boleh puaskan hati semua pihak.

“Saya mengambil pendekatan yang sama dalam bidang lakonan ini. Jadi, saya sudah bersedia menerima sebarang komen. Jika ada kekurangan, saya perlu memperbaikinya,” kata Taufik kepada Astro Gempak.

Berlakon di bawah arahan pengarah tersohor, Sabri Yunus, penyanyi lagu Harus Begitu ini sangat berbangga kerana dapat bekerjasama dengan Sabri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Advertisement

“Saya rasa sangat berbangga kerana sebagai pendatang baharu dalam dunia lakonan, saya dapat bekerjasama dengan Sabri yang memang sudah dikenali sebagai seorang pengarah prolifik.

“Sabri seorang pengarah yang tidak lolek ilmu dan dia banyak membimbing saya untuk menjayakan watak Doktor Dani,” katanya lagi.

Filem Dukun Doktor Dani dibintangi oleh Taufik Batisah, Fasha Sandha, Raysha Rizrose, Amerul Afendi, Yus Jambu dan ramai lagi. Jangan lupa saksikan filem ini di pawagam.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Advertisement

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Astro AWANI

Baca juga 

6 filem Bollywood yang sesuai ditonton dengan anak, no. 2 boleh buat kita berendam air mata!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Advertisement
Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Advertisement

Written by

Hamizah Salikimen