Apa Yang Terjadi Pada Payudara Anda Ketika Hamil?

Ketika hamil, payudara anda akan mengalami beberapa perubahan yang kadang kala akan memberikan rasa tidak selesa. Kenapa payudara ini berubah dan apa yang harus anda buat?

Perubahan payudara ketika hamil

Kepada yang pernah hamil, anda mesti pernah rasa perubahan payudara yang sememangnya ketara.

Bagi yang belum pernah hamil, tahukah anda yang payudara anda akan mengalami beberapa perubahan? Dan ada diantaranya akan membuatkana anda tidak selesa!

Apa yang terjadi kepada payudara anda ketika hamil sebenarnya?

Apa yang menyebabkan perubahan itu? Dan bagaimana sebenarnya perubahan-perubahan itu terjadi?

Selain daripada berubah saiz (semakin besar), payudara anda juga akan jadi lebih lembut dan sensitif.

Ia biasanya terjadi pada peringkat awal kehamilan, di trimester pertama.

Inilah sebabnya mengapa kadang-kala memakai coli membuatkan payudara anda sakit

Penghasilan kolostrum yang semakin banyak bukan sahaja menjadikan payudara anda semakin besar. Malah, ada kemungkinan anda akan mengalami ‘kebocoran‘ di minggu yang ke-38 ke atas.

Apakah yang menjadi punca perubahan payudara ketika hamil?

Dua sahabat baik dalam badan anda jawapannya! 

Hormon estrogen dan progesterone. Kedua-dua hormon ini adalah sebab mengapa payudara anda menjadi sensitif dan lembut. 

Pengumpulan lemak dan saluran darah di payudara meningkatkan saliran darah di kawasan itu. Ini kerana badan anda sedang bersedia untuk menjadi ‘mesin susu‘ dalam masa beberapa bulan lagi.

Perubahan payudara yang akan anda alami apabila hamil

Selain daripada rasa sensitif, lembut dan semakin besar. Antara perubahan payudara anda yang lain ialah:

  • Puting anda akan jadi lebih ‘timbul‘ dan jelas daripada biasa. Pasangan mungkin akan melihat anda lebih menggiurkan.
  • Areola ialah akan bertambah gelap, berbintik atau semakin besar.

  • Malah sesetengah dari anda mungkin akan mempunyai biji-biji kecil yang dipanggil Montgomery Tubercles yang sebenarnya liang peluh. Ia membantu membantu melembapkan kawasan areola.

  • Urat-urat yang kebiruan akan lebih jelas kelihatan di kawasan payudara anda. Ia membawa nutrien dari ibu untuk bayi.

    Anda perasan dengan perubahan payudara anda ketika hamil?

Jika perubahan payudara tersebut terlalu sakit

Ia normal jika ketika hamil, payudara mudah untuk rasa sakit.

Dan apa yang anda boleh lakukan ialah:

  • gunakan coli yang lebih sesuai dengan payudara anda, elakkan coli berdawai jika boleh

  • gunakan coli tidur yang diperbuat daripada kain kapas yang sejuk dan selesa ketika tidur
  • beritahu pasangan anda, supaya berhati-hati ketika bersama kerana hanya dengan memeluk juga boleh menyebabkan payudara anda sakit!

Tetapi, ketahuilah yang rasa sakit itu tidak berkekalan dan akan berhenti di satu tahap.

Dan selepas bersalin, sampai satu masa, payudara anda akan menjadi ke bentuk asal malah, ada yang menjadi lebih cantik!

Sudahkah anda membaca tentang Cara-cara ibu menyusu mengatasi payudara kendur dan Apakah Yang Terjadi Pada Payudara Anda Setelah Anda Berhenti Menyusu?

Semoga perkongsian ini menghiburkan!

Sumber: What To Expect

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.compengakuan-lelaki-tentang-susu-badan/

Penulis

Aqma