DALAM DIAM, media sosial boleh runtuhkan rumah tangga anda dengan 6 cara

Media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter sebenarnya adalah antara peruntuh rumah tangga yang ramai suami isteri tak sedar! Ini 6 bahaya media sosial.

Peruntuh rumah tangga yang tak disedari suami isteri

Media sosial seperti Instagram, Facebook atau Twitter memainkan peranan penting dalam hidup kita kini. Ia membolehkan kita membina hubungan dan komunikasi. Tapi, tahukah anda yang media sosial juga sebenarnya satu peruntuh rumah tangga?

Di sini kami theAsianparent Malaysia akan membawakan kepada anda bagaimana media sosial boleh meruntuhkan kebahagian anda dalam sekelip mata saja dengan 6 cara ini.

Anda yang menyayangi mahligai yang dibina nampaknya bolehlah mengambil serba-sedikit nasihat dan fakta yang diberi di bawah untuk kurangkan bermain handphone, ya?

6 cara media sosial boleh jadi peruntuh rumah tangga

1. Media sosial merugikan masa

Kita selalu asyik scroll newsfeeds Facebook, Twitter atau Instagram ketika kita tak ada benda nak buat. Betul tak? Kita membuatkan ia jadi satu “habit” untuk scroll media sosial ketika tak sibuk.

Tak salah pun kalau asyik scroll media sosial ketika anda free, tapi kalau anda dan pasangan asyik sibuk dengan handphone dan tak bersembang langsung, maka perkahwinan kalian pasti akan ada masalah nanti.

Salah seorang dari kalian sebenarnya tengah terlepas momen indah yang tak boleh diulang semula

2. Media sosial buat anda berhubung dengan orang yang salah

Sebelum berkahwin, anda atau pasangan pasti pernah date dengan orang lain, kan? Walaupun itu semua kisah lepas, tapi media sosial memudahkan anda untuk “terjumpa” dengan kisah silam ini. 

Berbaik-baik dengan bekas kekasih mungkin tak berbahaya pun, tapi anda kena mempertimbangkan perasaan pasangan. Lebih bahaya kalau anda (atau pasangan) masih belum move on dan menggunakan media sosial untuk stalk bekas kekasih. Aduh!

3. Media sosial buat anda mahu hidup yang “lebih baik”

Kredit: TechSheer

Anda kena ingat satu benda ini: apa yang anda nampak dalam media sosial selalunya bukanlah gambaran sebenar tentang kehidupan kawan-kawan anda.

Kita semua hanya akan muatnaik gambar yang “terbaik” dalam media sosial. Jadi, apa yang anda lihat di newsfeed itu mungkin adalah gambar yang digunapakai untuk menanam idea. 

Ini boleh membuatkan anda rasa “tak cukup” dan mahu hidup yang “lebih baik”.

4. Media sosial memburukkan komunikasi

Media sosial kan satu alat komunikasi, bagaimana ia boleh memburukkan komunikasi pula? Itulah ironiknya media sosial ini!

Kalau anda akan buka media sosial apabila ingin dipujuk, berbanding bercakap dengan pasangan, itu satu masalah.

Apabila anda asyik dengan media sosial apabila bersama dengan pasangan, itu juga satu masalah! Lagi satu, pasangan anda tak sepatutnya tahu tentang sesuatu tentang hidup anda dari newsfeed. Anda yang kena cakap dan bercerita dengannya. Bukan perlu update di Facebook.

5. Media sosial buat anda terlebih kongsi pasal rumah tangga

Pasti kita pernah berkongsi tentang hubungan kita di media sosial, kan? Tak kisahlah mungkin gambar suami dengan caption bergula ke atau kes perselisihan faham malam tadi. 

Anda boleh membebel dan meluahkan perasaan, tapi apa yang anda luah di media sosial TAK BOLEH DIPADAM, walaupun lepas anda menyesal dan delete post itu. 

Ini sebab semua orang di media sosial telah membacanya! Cuba bayangkan anda meluah perasaan marah pada suami di media sosial. Tiba-tiba esok kalian sudah berbaik. 

Walaupun anda padam post marah-marah itu dari timeline anda, tapi tanggapan buruk orang pada suami anda telah tercipta!

6. Media sosial merosakkan keakraban suami isteri

Kalau anda selalu sangat sibuk nak periksa feed media sosial sebelum tidur, percayalah, ia boleh merosakkan hubungan kalian. Ini kerana biasanya sebelum tidur, tika itulah pasangan anda mahu cuddle dan bersembang dengan anda.

Malah, media sosial juga boleh mengganggu waktu tidur anda! Kalau boleh, buka night mode atau reading mode pada waktu malam kerana cahaya terang (warna seakan biru) dari skrin membuatkan anda tak boleh tidur.

 

 

 

Sumber rujukan: theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Suami Sembelih Isteri Dan Bakar Diri Sendiri Lepas Pos Gambar Kahwin Di Facebook

Penulis

Ayu Idris