Perut Bayi Saya Panas Tapi Badannya Tidak? Perlukah Saya Risau?

Anda rasa kepala dan perut bayi panas tetapi bahagian tubuh badan mereka yang lain normal? Ketahui sebab perkara ini terjadi dan cara menanganinya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Satu hari, semasa anda sedang menyiapkan si kecil, anda terasa kepala dan perut bayi panas tetapi bahagian badannya yang lain tak pula rasa panas. Okay, bertenang ibu-ibu sekalian. Memang kita akan panik tiba-tiba apatah lagi dengan keadaan tidak menentu sekarang.

Kenapa Perut Bayi Panas Tapi Badan Tidak?

Kredit: Shutterstock

Persoalan yang kita akan sering tanya adalah mengapa ini terjadi? Selalunya perkara ini berlaku kerana bayi anda demam.

Apa yang perlu anda lakukan adalah periksa suhu badan anak anda menggunakan termometer. Anda perlu pastikan termometer yang anda beli dapat memberikan suhu badan yang tepat.

Baca juga: 5 Simptom Bahaya Ketika Bayi Demam Yang Tidak Harus Dihirau!

Jika suhu badan bayi anda melebihi 37.5 darjah celsius, ini bermakna anak anda demam.

Jika suhu bayi anda mencecah 39 darjah celsius dan ke atas, anda disarankan untuk membawa bayi anda berjumpa doktor dengan segera.

Sebab-sebab Suhu Badan Bayi Naik

Suhu badan bayi anda boleh meningkat kerana beberapa sebab. Antaranya ialah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: verywellfamily.com

Biasanya jika bayi anda demam, ia adalah perkara yang normal dan tak bahaya kerana ini adalah keadaan di mana dia sedang melawan penyakit dan menandakan bahawa sistem imunisasi bayi anda adalah normal.

Seperti yang disebut di atas, suhu badan bayi boleh berubah menjadi panas apabila dia melakukan aktiviti luar semasa cuaca panas atau memakai pakaian yang tebal.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekiranya bayi anda masih aktif dan masih mahu minum susu, anda tak perlu risau. Anda perlu berhati-hati jika suhu badan mereka meningkat diikuti tanda-tanda ini:

  • Tiada nafsu makan.
  • Kelihatan lesu dan tidak bermaya bila diajak bermain.
  • Tidak responsif.
  • Memiliki ruam.
  • Muntah.
  • Cirit-birit
  • Sesak nafas.
  • Mempunyai tanda-tanda dehidrasi, seperti mulut kering, tiada ada air mata saat menangis, atau lampin tak sebasah biasa.
  • Kejang.

Apa Yang Perlu Anda Lakukan?

Kredit: mountelizabeth.com.sg

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika perut bayi panas dan setelah anda periksa suhu mereka, ia menunjukkan yang mereka demam, apa yang anda boleh lakukan adalah:

  • Jangan pakaikan baju atau seluar yang ketat
  • Memberikan nutrisi yang cukup
  • Toilet training supaya mereka belajar untuk tak menahan dari buang air
  • Menjalankan aktviti seperti biasa dengan mengajak mereka berbual, bermain dan melakukan aktiviti di luar rumah.
  • Memberikan air yang cukup kerana apabila suhu badan mereka meningkat, mereka memerlukan cecair yang lebih kerana mereka mudah haus.

Jika bayi anda berumur tiga bulan ke bawah, segera bawa berjumpa doktor kerana bayi tiga bulan ke bawah belum mempunyai daya tahan yang kuat untuk melawan penyakit serta menyebabkan virus lain mudah menjangkiti mereka.

Jika panas badan bayi anda tak berkurang dalam tempoh 24 jam juga, anda dinasihatkan untuk bawa mereka berjumpa doktor dengan segera.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: AloDokter

Baca juga: 5 Cara Anda Boleh Merawat Demam Panas Di Rumah, Senang Saja Pun!

Penulis

Nadia Ghafar