Anak 7 Tahun, Kehilangan Ibu Dalam Nahas Pesawat Lion Air

Berita pesawat terhempas ini menjadi berita buruk bagi anak salah seorang mangsa korban Maria Ulfah, yang baru berusia tujuh tahun ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Isnin semalam (29 Oktober), kita digemparkan lagi dengan berita pesawat terhempas. Pesawat Lion Air ini membawa seramai 189 penumpang yang berkemungkinan maut.

Di antara nama-nama mangsa yang terkorban, salah seorang daripadanya adalah seorang ibu yang dikenali oleh penulis theAsianparent Indonesia.

Mangsa korban pesawat tinggalkan seorang anak

Kita memang tak pernah terbayang orang tersayang yang perlu bekerja ke luar negeri diakhiri dengan berita kemalangan mereka.

Berita pesawat terhempas pagi semalam mungkin merupakan berita paling buruk dan sedih bagi keluarga Maria Ulfah.

Maria Ulfah salah seorang Ketua Pengarah Kewangan di Pangkal Pinang yang juga merupakan mangsa korban nahas pesawat Lion Air.

Maria Ulfah merupakan pekerja Kementria Kewangan Republik Indonesia yang diselia oleh Menteri Kewangan, Sri Mulyani. Sri Mulyani berkata di Twitter, terdapat 21 pegawak Kementerian Kewangan yang terlibat dalam nahas ini.

Maria Ulfah yang merupakan ibu kepada seorang anak ini adalah jiran terdekat kepada salah seorang penulis kami.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber: Flightradar24

Menurut maklumat penulis ini, anak lelakinya yang berusia tujuh tahun ini tinggal bersama ibu bapa Maria Ulfah di Jakarta.

Maria Ulfah yang berusia 36 tahun dikenali sebagai seorang yang peramah dan bijak.

Walaupun bekerja di luar Jakarta, Maria tetap rapat dengan anak lelakinya dan akan pulang seminggu atau dua minggu sekali untuk meluangkan masa dan melepaskan rindu dengan anaknya di Jakarta.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hari ini, nama Maria Ulfah termasuk dalam salah seorang mangsa korban pesawat Lion Air JT610 yang terhempas semalam. Mendengar khabar sedih ini, ibu Maria Ulfah tak berhenti menangisi nasib anaknya.

Suaminya juga masih menunggu khabar isterinya dan pihak keluarga belum boleh memberi keterangan lebih lanjut tentang peristiwa ini.

Pesawat terhempas: Pesawat Lion Air Terhempas selepas beberapa minit berlepas

Pesawat Lion Air JT610 ini dikatakan jatuh di perairan Karawang beberapa minit selepas berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno-Hatta pada jam 6.20 pagi waktu Indonesia pada 29 Oktober dan terputus hubungan pada jam 6.33 pagi, 13 minit selepas berlepas.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Di tempat kejadian, pasukan mencari dan menyelamat menemui serpihan-serpihan pesawat, jaket keselamatan, beg tangan, telefon bimbit dan beberapa tubuh manusia yang sudah berkecai.

Pesawat Boeing 737 MAX 8 ini dikatakan pesawat yang masih baru dan hanya mula digunakan sejak 15 Ogos 2018.

Penyebab nahas ini masih belum ditemui dan kotak hitam pesawat ini juga masih dalam pencarian.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
Sama-sama kita doakan agar kotak hitam dapat ditemui dan ahli keluarga dapat tahu apa sebenarnya yang berlaku sebelum pesawat ini terhempas.

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Artikel ini asalnya ditulis oleh Aulia Trisna dan mendapat izin theAsianparent Indonesia untuk diterjemah

Baca juga:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nadia Ghafar