Pesawat Peribadi Terhempas Di Elmina, Bukan Tragedi Pertama

Nahas pesawat yang berlaku di Elmina merupakan tragedi kedua selepas tragedi pertama membabitkan Japan Airlines Flight 715 pada tahun 1977.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

10 mangsa termasuk orang kenamaan iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Pahang, Datuk Seri Johari Harun terlibat dalam nahas pesawat terhempas di Elmina Central Park, Seksyen U16 petang semalam.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 3 petang tadi, turut melibatkan penunggang motosikal yang dilihat rentung di tepi jalan akibat kebakaran pesawat tersebut.

Menurut beberapa saksi yang juga penunggang motosikal di kawasan kejadian, pesawat berwarna merah putih biru tersebut berpusing beberapa kali sebelum terhempas.

Pesawat tersebut juga dipercayai melibatkan jet persendirian sedang dalam perjalanan dari arah Langkawi ke Subang Jaya.

Dalam rakaman sebuah video juga, terdapat sebuah bangkai kapal terbang dalam keadaan terbakar telah terhempas di atas jalan raya bersama-sama mayat yang rentung di tepi jalan.

Nahas Di Elmina Bukan  Tragedi Pertama

Nahas pesawat persendirian ini adalah yang kedua berlaku di kawasan itu, dengan tragedi pertama membabitkan Japan Airlines Flight 715, pada 27 September 1977 yang meragut 34 nyawa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam nahas itu, 26 penumpang dan lapan anak kapal maut selepas Japan Airlines Flight 715 terhempas di sebuah bukit di Estet Elmina yang ketika itu masih ladang getah.

Pesawat McDonnell Douglas DC-8 dengan 69 penumpang dan 10 anak kapal itu sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang sebelum menuju ke Singapura.

Terdapat 29 penumpang warga negara Jepun dalam penerbangan itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Haneda di Tokyo dan terbang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Changi di Singapura dan mendarat di Lapangan Terbang Kai Tak di Hong Kong.

Difahamkan, daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA), dua jam selepas penerbangan, kawalan trafik udara LTSAAS memberitahu Japan Airlines Flight 715 untuk memulakan pendaratan di landasan 15.

Pesawat itu terbang di bawah paras minimum 750 kaki, kemudian pada 300 kaki, ia terhempas ke tepi bukit, 6.44 kilometer dari lapangan terbang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pesawat itu rosak disebabkan impak hentaman, bukan kerana kebakaran.

Laporan penyiasatan DCA menyatakan ketika nahas, cuaca buruk di sekitar lapangan terbang dan pesawat berada pada sistem navigasi radio julat omni-arah frekuensi yang sangat tinggi untuk pendekatan pesawat.

“Siasatan bagi menentukan punca kemalangan adalah kapten menerbangkan pesawat di bawah altitud penurunan minimum tanpa melihat landasan dan meneruskan penurunan menyebabkan pesawat itu terhempas sebelum tiba ke lapangan terbang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Kematian kru penerbangan di lapangan terbang disebabkan cuaca buruk yang turut menyumbang kepada kemalangan. Pegawai pertama tidak mempersoalkan kapten kerana melanggar peraturan,” katanya.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Tip Untuk Ibu Bapa Yang Beri Anak Naik Kapal Terbang Seorang Diri

Baca juga : Naik Kapal Terbang Dengan Anak Kecil, Ibu Ini Kongsi 8 Persediaan Travel Jauh Tanpa Suami

Baca juga : Bilakah Waktu Yang Selamat Untuk Ibu Mengandung Naik Kapal Terbang? Ini Jawapan Doktor!

Penulis

Nursyamimi