Petua dapat anak ini sungguh aneh
Ryan dan Dee Harris sedang cuba untuk mendapatkan cahaya mata. Selepas beberapa tahun mencuba, mereka mengambil keputusan untuk menjalani rawatan kesuburan.
Tapi tiba-tiba, Dee mendapati dirinya mengandung!
Mereka selalu mencatat bila mereka berasmara sepanjang percubaan untuk mendapat anak. Ketika itu Dee baru perasan sesuatu yang pelik…
Dia sebenarnya “terhamil” selepas melakukan hubungan seks dengan suaminya yang tengah tidur!
Peliknya! Boleh ke jadi begitu?
Suami menghidap seksomnia
Menurut pakar, Ryan, 28 tahun telah menghidap sejenis penyakit aneh yang jarang dihidap oleh orang lain.
Ia adalah seksomnia di mana seseorang individu boleh melakukan hubungan seks ketika mereka tengah tidur.
Semasa menyoal Dee, beliau dipetik mengatakan –
“Bila saya ingat balik, saya pasti saya mengandung selepas kami melakukan seks malam itu. Saya separuh tersedar tapi Ryan betul-betul tengah tidur.”
Kini, mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Lincoln hasil insiden yang tidak disengajakan itu.
Pada mulanya, Dee dan Ryan tidak sedar tentang penyakit aneh yang dihidapnya. Semuanya terbongkar selepas Dee menghantar satu teks mesej.
“Ada satu hari itu, saya hantar mesej pada Ryan mengatakan yang seks semalam sungguh hebat. Tapi kemudian dia balas mengatakan dia tak faham apa saya cakap!
Saya ingat dia main-main. Tapi makin lama makin kerap benda ini terjadi. Lepas hubungan seks pada waktu malam, Ryan tak ingat benda itu keesokan harinya.”
Petua dapat anak dengan mudah – cubalah seks ketika tidur ini!
Dee tidak menghiraukan kejadian aneh itu pada mulanya. Tapi satu hari, mereka sedang menonton televisyen ketika tiba-tiba program TV memaparkan tentang penyakit seksomnia.
Ketika itu barulah mereka sedar yang Ryan mungkin menghadapi masalah yang sama. Selepas berjumpa dengan doktor, mereka mengesahkan ya, Ryan menghidap seksomnia.
Menurut Healthline, individu dengan penyakit ini mungkin akan membuka mata mereka dan seolah-olah sedar, walaupun mereka sebenarnya tengah tidur!
Melakukan seks ketika tidur
Perbuatan melakukan seks ketika tidur ini tidak sama dengan hubungan seks yang anda buat ketika anda atau pasangan mengantuk.
Mungkin ada pasangan yang dalam mamai, dikejutkan dengan rangsangan dan godaan dari pasangan yang belum tidur.
Tapi bagi kes seksomnia, individu tersebut memang benar-benar tengah tidur nyenyak sebelum mereka akan melancap, mencium atau memulakan aktiviti seks bersama pasangan.
Malah, individu ini juga boleh mengeluarkan bunyi moaning yang sangat kuat, walaupun mereka takkan ingat keesokan harinya!
Jadi, jika anda perasan pasangan anda ada ciri-ciri yang menghidap penyakit ini, anda bolehlah mengambil kesempatan untuk cuba mendapatkan anak dengannya dengan melakukan seks ketika tidur!
Walaupun ia jarang dihidapi, namun tidak mustahil pasangan anda mungkin ada tanda-tanda yang sama.
Apapun, kami mendoakan agar percubaan anda untuk hamil akan berjaya kelak. Selamat mencuba!
Artikel ini disumbang oleh theAsianparent Singapore
Kredit gambar: Huffington Post
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.comkesilapan-elak-untuk-cepat-mengandung/