Adakah Pewarna Rambut Selamat Untuk Kanak-Kanak?

Apakah usia selamat untuk mewarnakan rambut kanak-kanak? Apa alternatif pewarna rambut yang lebih selamat untuk anak kecil? Mari baca lanjut untuk dapatkan jawapannya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seorang bintang Instagram terkenal bernama Charity Grace telah mencetuskan perdebatan antara ibu bapa kerana mencelupkan rambut anak gadisnya yang berumur 2 tahun dengan pewarna rambut merah jambu.

Semua orang tahu bahawa bahan kimia dalam pewarna rambut boleh merosakkan rambut. Malah bau ammonia yang kuat juga dianggap tidak bagus untuk kesihatan. 

Menurut satu laporan oleh Suruhanjaya Eropah pada tahun 2006, tidak ada satu jenama pewarna rambut yang terbukti selamat untuk pengguna.

Lebih-lebih lagi, Suruhanjaya EU telah pun mengharamkan 22 bahan yang masih boleh didapati di dalam produk yang dijual di luar Eropah.

Mereka masih dalam proses menyiasat 115 ramuan lain yang mungkin berbahaya.

www.instagram.com/p/BU92Fa3DOzQ/

Pendapat netizen

Charity telah berkongsi video sebelum dan selepas rambut anaknya diwarnakan di Instagram.

Sejak klip pendek itu dimuat naik, dan satu lagi di Youtube, ia telah ditonton lebih dari 80,000 kali dan mencetus pertengkaran antara dua pendapat oleh ibu bapa serata dunia.

“Ini perbuatan yang sangat tidak bertanggungjawab!

“(Anda tidak patut melakukannya) Sudah tentulah dia inginkannya ..”

“Dia hanya seorang kanak-kanak!”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Dia tidak tahu apa yang dia mahu!”

“Anda sebagai ibunya patut tahu!”

“Semua orang tahu rambut gadis kecil tidak patut diwarnakan!” 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Foto Kredit : @charity.grace

Ada juga yang menyokong perbuatan Charity dan mengatakan rambut anak dia sangat cantik.

Pewarna rambut jenis kekal tidak selamat untuk kanak-kanak

Mengikut nasihat Dr. Sejal Shah, seorang pakar bedah dermatologi New York, “pewarna atau peluntur rambut sebenarnya tidak selamat untuk kanak-kanak sehingga selepas mereka akil baligh.”

Kanak-kanak biasanya mempunyai rambut yang lebih halus daripada orang dewasa, maka ia lebih terdedah kepada bahan kimia yang kuat apabila pewarna rambut kekal dan peluntur digunakan.

Rambut serta kulit kepala mereka lebih sensitif dan lebih cenderung untuk mengalami reaksi alahan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Masalah Alahan Makanan Pada Anak Yang Perlu Anda Beri Perhatian

“Ammonia, hidrogen peroksida, dan kimia yang dikenali sebagai paraphenylenediamine yang biasa digunakan dalam pewarna rambut kekal boleh menyebabkan reaksi yang sangat teruk,” kata ahli dermatologi Dr. Margarita Lolis.

Selain itu, bahan kimia ini dapat mengubah tekstur rambut anak anda.

“Terdapat juga risiko lain yang perlu dipertimbangkan,” kata pakar rambut Eva Scrivo,

“Misalnya wasap pewarna rambut kekal yang boleh memudaratkan, terutama jika kanak-kanak itu mempunyai asma.” 

Alternatif pewarna rambut yang selamat untuk kanak-kanak

Alternatif yang lebih selamat adalah pewarna jenis sementara yang hanya melapisi, dan tidak menembusi batang rambut atau meresap sehingga ke akar.

Terdapat juga pewarna alternatif seperti inai, pewarna herba dan teh untuk mewarnakan rambut.

Walaupun Charity menyatakan dia telah menggunakan pewarna jenis sementara yang lebih selamat untuk mewarnakan rambut anaknya, perbuatannya masih menerima komen-komen yang negatif. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Meskipun mewarnakan rambut kanak-kanak bukanlah satu amalan biasa di Malaysia, namun masih ada segelintir ibu bapa yang suka anak mereka nampak cool.

Ia bermanfaat untuk ayah ibu semua memahami potensi bahaya apabila rambut kanak-kanak diwarnakan.

Sekiranya anda benar-benar ingin mewarna rambut anak anda, gunakan pewarna alternatif yang selamat.

Dan, jangan lupa untuk melakukan ujian tompok (patch test) terlebih dahulu untuk memastikan tiada reaksi alahan (dengan menyapu sedikit terlebih dahulu pewarna itu pada kulit tangan anak anda).

 Sumber: Epoch Times, Coventry Telegraph, Good Housekeeping

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Rosanna Chio