Isteri Yang Tak Menggunakan Pil Perancang Keluarga Lebih Seksi Bagi Suami?

Kajian mendapati pil perancang keluarga boleh menjejaskan sama ada seorang isteri seksi atau tidak pada mata suami. Tapi bagaimana? Ketahui lebih lanjut di sini.

Waktu di mana isteri paling seksi

Wow, kajian baru-baru ini mendapati pengambilan pil perancang keluarga boleh menjejaskan keseksian isteri buat suami!

Mengapa pil perancang keluarga dan bila waktu isteri paling seksi? 

Biasanya, wanita pasti sudah faham sangat dengan kitaran haid mereka – rasa penat, simptom sebelum haid, tenaga bertambah, waktu paling subur, kembung perut, sakit pinggang dan perubahan mood.

Seorang wanita paling seksi ketika mereka subur. Tapi tahukah anda yang kitaran haid juga boleh menjejaskan intonasi suara wanita?

Malah, pengambilan pil perancang keluarga pun boleh menjejaskan intonasi suara ini. Dari situ suami lebih mudah “tertarik” dan tergoda pada isteri.

Kredit: ikengachronicles.com

Pil perancang keluarga mempengaruhi keseksian isteri

Wanita yang tak mengambil pil perancang keluarga atau kontraseptif hormon akan mengalami perubahan intonasi suara yang berlainan sepanjang kitaran haid berjalan.

Suara wanita akan mempunyai pitch paling rendah ketika kitaran menghampiri waktu ovulasi, berbanding ketika datang haid. 

Tapi, semakin dekat dengan waktu datang bulan, suara wanita akan berubah menjadi lebih tinggi dan kurang “dalam”. 

Walaubagaimanapun, isteri yang mengambil pil perancang keluarga tak melalui perubahan suara ini.

Bagaimana suara wanita boleh berubah-ubah ketika haid?

Kenapa wanita yang mengambil pil perancang tak bertukar suara? Yang paling aneh, kenapa suara wanita boleh berubah-ubah?

Seramai 44 wanita dengan kitaran haid yang normal dan 21 wanita yang mengambil pil perancang dijadikan subjek kajian. 

Suara mereka direkod menyebut 5 huruf vokal pada setiap peringkat kitaran haid. Kajian mendapati, ada jurang perbezaan suara antara 41 wanita tersebut dan 21 wanita yang ambil pil perancang!

Menurut pakar kajian, Irena Pavela Banai, jurang perbezaan antara wanita yang ambil pil perancang atau tak adalah kerana hormon seks dalam badan wanita itu. 

Kajian sebelum ini mendedahkan suara wanita paling “seksi” ketika fasa ovulasi. Waktu ini, hormon estrogen keluar paling banyak

Suara wanita paling “teruk” pula adalah ketika sebelum datang bulan. Waktu itu, hormon estrogen keluar paling sikit

Pil perancang boleh “mengganggu” perubahan suara wanita semasa hormon seks dirembeskan.

Malah, pakar tersebut mengatakan 

“Pil usage may disrupt naturally occuring changes in voice production. It make voice more stable throughout the cycle, and even less feminine!”

Suara yang kurang feminin dan kedengaran lebih parau akan menjejaskan betapa isteri itu seksi atau tidak, bagi suami.

Isteri lebih seksi jika lebih banyak hormon estrogen

Kajian pada tahun 2012 dalam Hormones and Behavior mendedahkan perubahan suara ini boleh mempengaruhi betapa seorang wanita seksi pada lelaki.

Foto dan rakaman suara wanita yang melalui kitaran haid normal dan tanpa makan pil perancang didengari oleh lelaki yang jadi subjek kajian. 

Lelaki akan lebih tertarik dan mengatakan wanita seksi dengan suara dan mukanya apabila waktu subur.  

Kredit: Down-n-Dirty Blog on Relationships

Malah, wanita juga dikatakan lebih menggoda dan lebih menarik ketika itu – berdasarkan gambar dan rakaman suara mereka. 

Idea ini menyokong hipotesis suara wanita boleh berubah sepanjang kitaran haid dan ia boleh mempengaruhi tahap “keseksian” pada lelaki.

Walaubagimanapun, Banai menyarankan kajian lanjut dijalankan bagi memperkaya pengetahuan yang baru dikenalpasti ini. 

Menarik kan kajian ini? Tapi itu tak bermaksud anda perlu berhenti makan pil perancang keluarga demi nak kedengaran dan kelihatan “seksi” untuk suami. 

Pil perancang penting kalau anda mahu mengawal pembentukan keluarga. Lagipun, ada banyak cara boleh goda suami juga 🙂

Sumber rujukan: YahooHormones and Behavior dan PLOS One

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.com6-posisi-seks-buat-wanita-seksi/

Penulis

Ayu Idris