Nenek Pilih Kasih, Cucu Kesayangan Dipuji Melambung, Cucu Lain Rasa Tersisih

Tidak dapat dinafikan memang ada golongan nenek yang suka membezakan kasih sayang terhadap cucu.-cucu mereka. Ikuti curahan hati daripada individu ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Biasa yang kita selalu dengar bila nenek lebih sayangkan cucu berbanding anak dan menantunya. Sampai kalau nampak cucu kena marah, habislah anak kena bebel dan katanya salah mendidik anak. Namun begitu, rupanya masih ada nenek yang pilih kasih di antara cucu-cucunya seperti mana perkongsian ini.

Menurut individu yang berkongsi pengalamannya ini, sejak dari kecil dia dan sepupu-sepunya tidak mendapat kasih sayang dari nenek mereka.

Tapi, si nenek lebih mementingkan cucu daripada hasil perkahwinan pertamanya dahulu.

Begini kisahnya…

Nenek pilih kasih terhadap cucu-cucunya

“Boleh dikatakan, zaman kanak-kanak penuh dengan toksik dan saya pasti ramai yang melalui fasa ini. Bila balik ke kampung sahaja mesti akan rasai perbezaan itu.

“Boleh saya tahu siapa masih ada nenek? dan nenek anda orangnya yang bagaimana ya? adakah dia seorang yang pilih kasih atau bahasa mudahnya pilih bulu?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Ini kisah nenek saya yang rasanya saya tidak akan lupa sampai bila-bila. Malah kalau suatu hari nanti saya diizinkan untuk jadi nenek, saya nak ubah semua ini supaya cucu-cucu saya tidak lalui perkara yang sama seperti mana yang saya lalui ini.

Kenapa perlu bandingkan kanak-kanak?

“Kanak-kanak adalah insan yang sangat suci. Jadi kenapa perlu membanding-bandingkan mereka? Kenapa perlu pilih kasih? kenapa tak sayang sama adil? sungguh saya memang tak faham.

“Tapi apabila saya mula melangkah ke alam dewasa, barulah saya faham semua ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Tapi hidup ini cuma sementara kerana suatu saat kita juga bakal tua dan tidak berdaya.

Sewaktu sekolah rendah…

“Keluarga kami sederhana besar sebab adik beradik ayah semuanya tujuh orang. Walaupun masing-masing menetap di daerah berbeza tapi kami semua sepupu amat rapat walaupun jarang jumpa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Nak jadikan cerita, sebelum nenek berkahwin dengan arwah atuk saya, dia pernah ada perkahwinan pertama dan mempunyai seorang anak lelaki dan saya dapat rasakan nenek lebih sayangkan pakcik saya ini berbanding anaknya
yang lain.

“Kemudian timbul pula isu layanan terhadap anak cucu. Rupanya bukan saya saja yang perasan, sepupu yang lain juga turut mengesan bahawa layanan terhadap cucu iaitu anak pakcik A melebihi daripada kami semua.

Sewaktu hari raya…

“Waktu inilah jelas dapat melihat perbezaan layanan. Mungkin cucu kesayangannya sudah balik.

Masih teringat sewaktu nenek menyuruh kami makan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baru sahaja nak menjamah lauk terus disemburnya “Ayu makanlah nanti habis. Sampai nenek paksa Ayu makan bimbang makanan habis nanti.

“Sewaktu itu rasa tak berselera terus, seolah kami anak beranak memang akan habiskan makanan atas meja rumah nenek.

“Mak dan ayah bukan tak tahu tapi sengaja tak ambil pusing.

“Bila cucu kesayangannya ada, nenek langsung tak senyum pada kami dan layan cucu kesayangannya sahaja.

“Malah cucu kesayangannya itu sentiasa dapat duit daripada nenek bukan sikit tapi banyak dan selalu puji cucunya itu pandai, padahal cucu lain ada yang lebih pandai.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Pernah satu ketika sewaktu bermain, kami terpecahkan barang nenek dan kami semua dipersalahkan kecuali cucu kesayangannya itu.

“Kini dah masuk tahun 2020, perangai nenek masih sama dan saya sudah makin besar jadi malas rasanya nak pulang ke kampung kerana tak mahu sakit hati.

“Sebenarnya macam-macam kisah pilih kasih ini yang ingin saya kongsikan, tapi biarlah ini menjadi pengajaran untuk semua yang mungkin bakal bergelar tidak kira nenek, atuk, bapa mentua, ibu mentua, menantu dan
sebagainya sekalipun jangan sesekali pilih bulu seperti kisah ini.

Selain itu, jangan membezakan cucu-cucu dan anak menantu kerana lambat laun orang akan menyampah dengan perangai kita dan tinggallah kita seorang diri tak siapa peduli.

Jadi, sentiasalah hargai orang sekeliling kita dan pupuk rasa sayang menyayangi sesama insan.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Pa&Ma 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comnenek-sebelah-ibu