Kesan negatif pindah sekolah pada anak anda, ramai parents tak sedar

Kajian pakar mendapati pindah sekolah boleh memberi impak negatif pada emosi dan perkembangan sosial anak. Ini 3 sebab kenapa ia tak bagus buat kanak-kanak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kesan pindah sekolah pada anak anda

Pindah ke kawasan baru memang buat kita excited. Tapi ia bukan bagi semua orang. Kajian menunjukkan pindah sekolah lebih dari 3 kali di usia muda boleh memberi kesan negatif pada anak anda.

Sebuah kajian yang telah dilakukan di Sekolah Perubatan Warwick, UK menunjukkan pindah sekolah memberi impak negatif terhadap emosi dan perkembangan sosial kanak-kanak.

Antara kesan tersebut ke atas mereka adalah;

  • keresahan
  • mutu pelajaran merosot
  • kemurungan

Ramai ibu bapa menganggap kanak-kanak mudah berkawan dengan sesiapa saja dan kes pindah sekolah tidak memberi impak langsung kepada mereka. Malah ramai parents menganggap suasana baru dapat membantu anak mereka.

Tanggapan itu ada benarnya, namun ia tidak selalunya terjadi sebegitu pada kanak-kanak. Ini kerana menurut pakar psikologi, tahun-tahun awal usia kanak-kanak adalah amat penting untuk pembentukan dan perkembangan mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ketika usia muda ini, mereka baru mula belajar mempercayai orang luar selain ibu bapa dan keluarga mereka. Jadi, kerap bertukar atau pindah sekolah baru boleh menyebabkan mereka sukar menyesusaikan diri, serta keliru untuk mencari kawan.

Ini akan menimbulkan keresahan dalam diri mereka kerana tidak pasti bagaimana kawan-kawan di tempat baru. Ia secara langsung menyebabkan kemurungan. 2 kesan ini menjadi salah satu punca pelajaran merosot.

Sebenarnya penting untuk ibu bapa memerhati perubahan pada anak sekiranya terpaksa pindah sekolah terlalu kerap.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika terdapat tanda-tanda seperti kerap menyendiri, dekati anak anda dan ambil tahu tentang perasaan atau emosi mereka. Jika perlu, dapatkan bantuan pakar.

Antara tanda keresahan yang boleh diperhatikan oleh ibu bapa ialah:

  • kerap mengigau malam
  • kerap menyendiri
  • mudah mengamuk
  • sukar untuk fokus
  • perubahan selera makan (makan terlalu banyak atau makan terlalu sedikit)
  • sukar tidur malam
  • tidak mahu ke sekolah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa yang boleh anda buat untuk bantu mereka?

Sekiranya terpaksa berpindah rumah atau pindah sekolah dan anak anda kelihatan resah dengan situasi itu, anda boleh bantu mereka melalui cara ini:

  • fokus membantu mereka berdepan dengan keresahan tersebut, bukan menghilangkan keresahan mereka secara total.
  • galakkan mereka meluahkan apa yang mereka rasa kepada anda, atau melalui menulis jurnal
  • jangan memperlekehkan apa yang mereka rasa. Terima dengan positif setiap apa yang mereka rasa.
  • jangan mengugut mereka jika mereka meluahkan kepada anda

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

Sumber: New Vision, Child Mind

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

https://my.theasianparent.comibu-berhenti-hantar-barang-di-sekolah/

Penulis

Aqma