Elakkan insiden pintu kaca pecah dengan pilihan kaca laminated atau kaca tempered
Kaca tempered dan kaca laminated merupakan kaca yang mempunyai ciri-ciri keselamatan. Namun, terdapat perbezaan antara kedua-duanya.
Jika kita amati semula kisah pintu kaca pecah ini, anda akan sedar yang di mana-mana pun kita berada, pasti akan ada benda yang tak dijangka. Begitu yang terjadi baru-baru ini.
Ketika seorang ibu masuk ke sebuah kedai menjual gadjet, apa yang terjadi pada anaknya benar-benar membuatkannya terkejut dan terkesima walaupun cuma beberapa minit!
Ini kerana, ibu tersebut begitu berhati-hati membawa anaknya ke shopping mall. Ketika masuk ke gedung itu, anaknya buka pintu dan secara tiba-tiba pintu kaca pecah berderai terus menghempap tubuhnya!
Melalui rakaman CCTV, ketika itu ibu kanak-kanak tersebut masuk ke kedai Apple Store di Chengdu Shopping Mall. Sementera anak lelakinya pula sedang bermain bersama kanak-kanak lain.
Kemudian anaknya dilihat bermain pintu kedai itu dengan buka dan tutup. Namun secara tiba-tiba, pintu pecah berderai lalu mengehempap muka dan tubuhnya. Akibat terkejut dengan insiden itu, ibu tersebut cepat-cepat mendapatkan anaknya dan lantas membawanya terus ke hospital.
Kaca tempered dan kaca laminated merupakan kaca yang mempunyai ciri-ciri keselamatan. Namun, terdapat perbezaan antara kedua-duanya.
Kaca laminated: Sekiranya berlaku sesuatu insiden seperti terlanggar hingga pintu kaca pecah. Ia tidak akan pecah berderai. Tapi hanya retak dan sukar ditembus. Biasanya digunakan untuk kereta.
Kaca tempered: Jika pintu kaca jenis ini pecah, kepingan berbentuk kecil dan tidak tajam.
Oleh itu, memilih pintu kaca yang mempunyai ciri-ciri keselamatan adalah penting. Namun, pintu kaca ‘non-safety‘ lebih murah tapi berisiko tinggi. Sebabnya kepingan kaca tajam dan kulit mudah terluka bila terkena serpihan kaca.
Apabila anak anda terkena serpihan kaca, sebagai ibu bapa anda harus bertenang dan cuci luka pada kulit anak terlebih dahulu. Namun, sekiranya darah keluar tak henti-henti, sebaiknya segera bawa jumpa doktor.
Sumber: theAsianparent Singapore
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca lagi:
Kanak-kanak ini tersekat dalam mesin basuh! Macam mana ia boleh jadi?