Saat saya menyedari anak saya tidak bernafas dengan baik dan tindakan saya seterusnya telah mengubah hidupnya

Pneumonia adalah jangkitan paru-paru teruk berpunca oleh virus atau bakteria. Ia menjadi punca utama kematian bayi dan kanak-kanak di Malaysia

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Advertisement

Sebagai seorang ibu buat pertama kali kepada anak kecil, saya mengharungi dunia keibubapaan dengan berwaspada. Saya membaca, menyelidik dan mendidik diri dalam memastikan kesejahteraan anak saya terjaga dengan sempurna.

Saya benar-benar yakin bahawa saya telah melakukan segala-galanya untuk memastikan dia sihat dan gembira. Akan tetapi, anak lelaki saya mula demam diselangi batuk yang datang dan pergi. Memandangkan anak saya pernah dimasukkan ke hospital sebelum ini akibat demam panas, saya menyangkakan bahawa ianya adalah satu lagi kes demam disebabkan perubahan musim.

Saya cuba meredakan gejala demam dan batuknya dengan memberikan ubat-ubat yang sedia ada di rumah, dengan harapan dia akan sembuh dengan banyak berehat. Tetapi malam itu, hati saya menjadi tidak keruan apabila melihat dadanya naik turun dengan laju.

Oh tidak…ini bahaya!

Tanpa berlengah lagi, saya terus membawanya ke wad kecemasan.

Selepas doktor memeriksa keadaan anak saya, beliau mengesahkan bahawa anak saya dijangkiti pneumonia atau radang paru-paru. Tindakan pantas saya untuk membawanya ke wad kecemasan mungkin telah menyelamatkan nyawanya kerana doktor memaklumkan kepada saya bahawa pneumonia adalah satu-satunya punca kematian berjangkit yang paling ketara dalam kalangan kanak-kanak di seluruh dunia¹.

Apakah Itu Pneumonia?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Advertisement

Pneumonia merupakan keradangan tisu dalam satu atau kedua-dua bahagian paru-paru yang boleh mengakibatkan pembengkakan. Kebiasaannya, pneumonia berpunca daripada jangkitan bakteria, namun ia juga boleh disebabkan oleh virus².

Pneumonia sangat mudah berjangkit, dan ia boleh merebak daripada satu orang kepada orang yang lain. Menyedari hakikat ini, saya mula mendapatkan lebih banyak informasi untuk mengetahui lebih lanjut tentang pneumonia dalam kalangan kanak-kanak.

Mari saya kongsikan beberapa maklumat penting tentang penyakit ini.

Tanda-tanda Pneumonia

Antara gejala-gejala pneumonia bakteria termasuk:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Advertisement

● Bibir dan kuku menjadi kebiru-biruan³
● Keadaan mental yang keliru atau mengigau, terutamanya pada orang yang lebih tua³
● Batuk yang menghasilkan lendir hijau, kuning atau berdarah³
● Demam³
● Berpeluh berlebihan³
● Hilang selera makan³
● Tidak bertenaga dan penat melampau³
● Nafas laju³
● Nadi laju³
● Menggigil³
● Sakit dada yang tajam atau menikam yang menjadi lebih teruk apabila menarik nafas atau batuk³
● Sesak nafas yang teruk apabila melakukan aktiviti³

Jenis-jenis Pneumonia Berbeza Pada Kanak-kanak

Berikut adalah tiga (3) jenis pneumonia utama yang semua ibu bapa harus tahu:

  1. Pneumonia bakteria⁴
    Streptococcus pneumoniae adalah bakteria paling biasa yang menyebabkan pneumonia bakteria walaupun bakteria lain juga boleh menjadi punca ianya berlaku. Bakteria lain yang boleh menyebabkan pneumonia termasuk:
    ● Streptococcus kumpulan B
    ● Staphylococcus aureus
    ● Streptococcus kumpulan A
    Loading...
    You got lucky! We have no ad to show to you!
    Advertisement
  2. Pneumonia viral⁴
    Penyakit ini boleh disebabkan oleh beberapa jenis virus, termasuk yang berikut
    ● Respiratory Syncytial Virus, atau RSV (biasanya terjadi pada kanak-kanak di bawah umur 5 tahun)
    ● Virus parainfluenza
    ● Virus influenza
    ● Adenovirus
    Dikatakan bahawa gejala-gejala awal pneumonia viral adalah sama seperti pneumonia bakteria. Walau bagaimanapun, dengan pneumonia viral, gangguan pernafasan berlaku secara perlahan-lahan. Kanak-kanak mungkin akan semput, malah akan mula batuk dengan lebih teruk.

    Pneumonia viral boleh menyebabkan pesakit kanak-kanak terdedah kepada pneumonia bakteria.

  3. Mycoplasma Pneumonia⁴
    Mycoplasma pneumonia mempunyai simptom dan tanda fizikal yang agak berbeza berbanding jenis-jenis pneumonia yang lain. Pneumonia jenis ini biasanya tidak serius yang boleh menjangkiti semua peringkat umur, namun lebih cenderung terjadi kepada kanak-kanak yang lebih besar. Simptomnya tidak bermula dengan selsema namun mungkin termasuk yang berikut:
    ● Jangkitan bermula dengan demam dan batuk
    ● Batuk berterusan dan berlarutan selama tiga hingga empat minggu
    ● Batuk yang teruk mungkin akan mengeluarkan sedikit lendir/kahak

Cegah Pneumonia Dengan Memberikan Vaksin Kepada Anak Anda

Selepas beberapa minggu rawatan, anak saya pulih dan kembali sihat seperti biasa. Saya dan suami kemudian memutuskan untuk memberinya vaksin dengan vaksin pneumokokal.

Pada tahun 2008, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan bahawa daripada 8.8 juta kematian tahunan di seluruh dunia adalah kanak-kanak di bawah umur 5 tahun, 476 000 (333 000–529 000) kes adalah disebabkan oleh jangkitan pneumokokal. Kadar kematian dan penyakit lebih tinggi di negara membangun, dengan kebanyakan kematian dilaporkan di Afrika dan Asia⁵.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Advertisement

Di Malaysia, penyakit pneumokokal adalah salah satu penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin, dan merupakan penyakit yang paling luas tersebar. Otitis media akut (AOM) berkait rapat dengan jangkitan virus saluran pernafasan atas. Namun begitu, agen mikrob yang paling biasa ditemui dalam cecair telinga tengah ketika jangkitan AOM ialah Streptococcus pneumoniae⁶.

Ada kalanya, penyakit pneumokokal boleh berkembang menjadi ‘penyakit pneumokokus invasif’ (IPD), yang boleh menyebabkan keadaan teruk, termasuk “meningitis” (jangkitan pada penutup otak), dan “septicemia” (jangkitan darah)⁷.

Ibu bapa, anda harus tahu bahawa vaksin pneumokokal akan diberikan dalam tiga dos: dua dos primer pada usia empat bulan dan enam bulan, diikuti dengan suntikan penggalak pada usia 15 bulan⁸.

Saya berharap perkongsian saya ini telah sedikit sebanyak membantu para ibu bapa di luar sana untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang penyakit pneumokokal dan betapa pentingnya
peranan kita dalam melindungi anak-anak tersayang daripada penyakit berbahaya ini. Ayuh lindungi generasi masa depan kita hari ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Advertisement

Asian Parent 1st Issue – PCV article in conjunction with World Pneumonia Day (v0.1)
NP-MY-SYN-ADVR-240001 04/24
This educational program is brought to you by GSK
Trademarks are owned by or licensed to the GSK group of companies
GlaxoSmithKline Pharmaceutical Sdn Bhd
195801000141(3277-U)
HZ.01, Horizon Penthouse, 1 Powerhouse,
1, Persiaran Bandar Utama, Bandar Utama,
47800 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel : (603) 7495 2600
www.my.gsk.com

For further information please contact your doctor

References:

1 Pneumonia in children (11 November 2022)
https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/pneumonia

2 National Health Services, UK. Pneumonia (12 January 2023)
https://www.nhs.uk/conditions/pneumonia/

3 John Hopkins Medicine. Pneumonia (n.d)
https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/pneumonia

4 Children’s Hospital of Philadelphia. Pneumonia in Children (n,d)
https://www.chop.edu/conditions-diseases/pneumonia-children

5 Kementerian Kesihatan Malaysia. Pneumococcal Vaccine (17 June 2015)
www.myhealth.gov.my/en/pneumococcal-vaccine/

6 Ritva K Syrjänen, Kari J Auranen, Tuija M Leino, Terhi M Kilpi, P Helena Mäkelä. Pneumococcal acute otitis media in relation to pneumococcal nasopharyngeal carriage. (24 Sept 2005)
https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/16148847/

7 Queensland Government. Pneumococcal Disease (19 sept 2023)
https://www.qld.gov.au/health/condition/infections-and-parasites/bacterial-infections/pneumococcal-disease

8 CodeBlue. Malaysia Chooses PCV10 Pneumococcal Vaccine, Immunisation Starts December (24 November 2020)
https://codeblue.galencentre.org/2020/11/24/malaysia-chooses-pcv10-pneumococcal-vaccine-immunisation-starts-december/

Written by

bojamma